Thursday, 20 June 2013

Senaman Warga Emas Bergunakah?


Senaman berterusan amat berguna untuk semua kita sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. warga emas yang mengalami pelbagai penyakit seperti contohnya diabetes, tekanan darah tinggi/rendah dan penyakit sendi yang sangat popular ketika ini akan mendapat faedah dengan melakukan senaman yang sesuai  (dapatkan nasihat daripada doktor / ahli fisioterapi dahulu).
FAEDAH SENAMAN


  • meningkatkan daya tahan dan kekuatan badan
  • dapat menghindarkan dari terjatuh dan cedera
  • meningkatkan keanjalan (fleksibiliti) otot dan sendi
  • baik untuk jantung, paru-paru dan perjalanan darah
  • menjadikan badan lebih tegak
  • mengurangkan ketegangan mental
  • memperlahankan proses penuaan seperti kerapuhan tulang bagi wanita yang telah putus haid
  • mengawal berat badan
  • meningkatkan tahap kesihatan
  • meningkatkan imej kendiri
TIPS SENAMAN
  • jangan lakukan senaman semasa perut kosong atau dalam masa 2 jam selepas makan
  • pakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai (saiz kasut yang betul dan tidak licin)
  • minum air secukupnya semasa dan selepas senaman bagi menggantikan kehilangan cecair dalam badan akibat berpeluh
  • elakkan bersenam ketika cuaca terlalu panas
  • jangan lupa lakukan senaman regangan memanaskan badan dan regangan selama 5-10 minit sebelum bersenam dan senaman menyejukkan serta regangan selepas bersenam
  • pastikan ambil kadar nadi sebelum dan semasa senaman (perbezaannya antara 20-30 denyutan)
  • berhenti senaman jika terdapat tanda seperti loya, pening, berpeluh sejuk, berdebar dan sakit dada.
  • pilih senaman mengikut kemampuan dan minat contohnya berjalan kaki, tai chi, kayu basikal dan sebagainya
  • elakkan senaman sekiranya sakit atau demam
  • lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20-30 minit atau lebih bagi setiap sesi
  • senaman bersama rakan lebih menyeronokkan
TINDAKAN JIKA CEDERA
  • hentikan senaman dengan segera dan berehat
  • jika berlaku kekejangan oto, lakukan regangan otot secara perlahan-lahan
RAWATAN SERTA MERTA UNTUK TERSELIUH IALAH :-
  • rehatkan anggota yang terseliuh
  • letakkan air batu/ais
  • balut dengan pembalut plastik
  • tinggikan anggota yang bengkak
Peringatan :- Jangan urut supaya tidak bertambah teruk. sakit keterlaluan, bengkak berterusan, lebam yang teruk, sendi yang kurang bergerak atau petanda patah, sila jumpa doktor dengan segera

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, Esok Datang Lagi