Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts
MUAR 1 Mac – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket dadah terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya lima lelaki dan tiga wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini pada Isnin lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, polis merampas dadah jenis syabu, heroin, ketamin, pil ekstasi, ganja dan peralatan memproses dadah termasuk tiga buah kereta mewah kesemuanya bernilai RM1 juta.
Operasi yang dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar itu turut merampas wang tunai berjumlah RM4,200.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, rumah tersebut dipercayai dijadikan makmal untuk memproses dadah sejak sebulan lalu
KUALA LUMPUR 4 Mac - Seramai 37 rakyat Malaysia termasuk enam wanita kini diburu oleh polis antarabangsa (Interpol) kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes jenayah serius yang berlaku di dalam dan luar negara sejak empat tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, usaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah menyusup ke luar negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol menemui kesukaran kerana mereka yang diburu ini licik menyembunyikan diri dengan melakukan perubahan fizikal pada penampilan dan identiti bagi mengelak dikesan.

Suspek berusia antara 21 dan 69 tahun itu diburu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dan kegiatan penyeludupan dadah membabitkan nilai ratusan juta ringgit di negara ini dan juga luar negara seperti Indonesia, Brunei serta Amerika Syarikat.

MELAKA 4 Mac - Kerajaan negeri berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa di Hong Kong bagi menangani masalah penggunaan dadah terutama dalam kalangan remaja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan negeri bercadang menghantar beberapa pegawainya ke negara itu atau mendapatkan kerjasama untuk memberi tunjuk ajar kepada pegawai di Melaka.

Menurutnya, kaedah pendidikan dan promosi yang digunakan oleh pihak berkuasa Hong Kong dilihat berkesan untuk membendung golongan tersebut terjerumus dalam penagihan dadah.

"Usaha yang lebih agresif perlu dilakukan kerana menjelang 2015 di bawah Pelan Colombo, Melaka diisytiharkan sebagai negeri bebas dadah.
SEPANG 1 Mac - Kegiatan penyeludupan dadah di pintu-pintu masuk utama negara oleh sindiket pengedaran antarabangsa dikesan masih menggunakan taktik menelan dadah, meskipun ia berisiko tinggi dan mampu mengundang maut.
Jika sebelum ini, mereka lebih gemar menyeludup masuk bekalan dadah menggunakan bagasi tarik, taktik menelan dadah dilihat tetap menjadi trend yang popular meskipun ia sudah dikesan sejak sekian lama dalam aktiviti penyeludupan oleh pihak berkuasa.
Ini berdasarkan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan tiga kes penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tahun ini yang menggunakan taktik menelan bahan larangan itu.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, tiga kes itu dikesan dalam tempoh dua minggu iaitu dari 16 Februari sehingga semalam melibatkan dadah seberat 2.56 kilogram bernilai RM626,500.
"Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga Nigeria berusia 31 tahun yang menelan 66 ketulan syabu seberat 1,056 gram dibalut dengan kondom dan plastik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Zainul Abidin, kes kedua dikesan pada 25 Februari lalu melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun juga dari Nigeria yang menelan 50 ketulan syabu seberat 1,000 gram bernilai RM250,000.
Kata beliau, kes ketiga pula dikesan pada 26 Februari lalu melibatkan lelaki Iran berusia 27 tahun yang menelan 75 ketul syabu seberat 450 gram bernilai RM112,500.
Beliau berkata, pada 25 Februari lalu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga India berumur 32 tahun di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
"Lelaki itu disyaki membawa dadah jenis ketamin seberat 4 kilogram yang disorok dalam bagasi tarik," katanya.
Beliau berkata, semua suspek kini ditahan reman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati mandatori.
Menurut Zainul Abidin, sepanjang Februari lalu, lapan kes penyeludupan berjaya dikesan melibatkan rampasan sebanyak 24.8 kilogram dadah bernilai RM3.45 juta.
SEREMBAN - Polisi mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pada masa ini kementeriannya dalam proses akhir menyiapkan segala perkara perlu sebelum pengumuman dilakukan.
"Langkah ini akan memberi manfaat kepada 30 peratus daripada pekerja tempatan yang pada masa sekarang mendapat gaji kurang daripada RM900," katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Labu dekat sini semalam.
Beliau berkata, polisi baharu mengenai gaji pekerja swasta itu tidak akan menggugat keupayaan negara bersaing di peringkat antarabangsa mahupun mengurangkan peluang pekerjaan.
"Semua ini sudah diambil kira dan kadar yang akan kita umumkan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara termasuk meningkatkan ekonomi,'' ujarnya
ANGGOTA Jabatan Perhutanan gembira apabila menjumpai tempat sarang maksiat itu, mungkin kerana si beliua "kiri sekali" pernah memarahi pasangan yang beradu asmara disitu akan tetapi tidak di endahkan oleh mereka. ataupun beliau"kri sekali" pernah ke pondok itu untuk mencari daun pucuk paku atau tumbu-tumbuhan untuk dibuat ulam

TILAM, BANTAL, SELIMUT, TIN & KONDOM dijumpai pada 16 buah pondok nipah buatan manusia di Hutan Simpan Kenaboi Jelebu yang mana  tempat mereka melempiaskan nafsu seks tanpa mengira tempat dan persekitaran. Selain itu juga fasiliti lain juga turut dijumpai seperti dapur gas, kuali, periuk dan tandas.Mungkin cara ini selamat dan paling utama ia paling menjimatkan wang tanpa perlu check-in di hotel-hotel bajet kerana takut diserang hendap oleh pasukan pencegah maksiat Jab.Agama di negeri mereka. Mengikut sumber Markas tempat pelempiasan nafsu itu dibina oleh sekumpulan pemilik kenderaan pacuan 4 roda (4x4) yang mempunyai hobi beriadah dan bersuka ria secara agak kurang sopan pada hujung minggu.
JOHOR BAHRU 23 Feb. - Sebuah kedai gambar di Taman Ungku Tun Aminah di sini bukan sahaja sering dikunjungi oleh pelanggan yang ingin memproses gambar dan membeli peralatan kamera malah ia turut menjadi tumpuan pekerja yang sering 'sakit'.
Ini kerana premis berkenaan dikesan menjual sijil cuti sakit (MC) palsu dan kegiatan haram itu dipercayai mula aktif sejak setahun lalu.
Hasil maklumat orang ramai dan siasatan polis, seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pemilik kedai gambar itu ditahan pukul 1.26 petang, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, turut dijumpai semasa serbuan itu adalah 172 keping sijil cuti sakit disyaki palsu dengan 10 keping ditemui di dalam poket seluar suspek, manakala bakinya ditemui dalam pejabat kedai tersebut.
"Polis turut menemui 13 unit cop getah atas nama 13 doktor yang bekerja di hospital kerajaan, tiga unit komputer, sebuah komputer riba, dua pencetak, dua 'pendrive', dua keping disket yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk menghasilkan sijil cuti sakit palsu.
"Siasatan awal mendapati, pemilik kedai itu menjual sijil cuti sakit palsu kepada rakyat tempatan yang bekerja di Singapura dan sekitar bandar raya ini dengan harga RM25 sekeping," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Menurutnya, butiran maklumat pesakit serta tarikh cuti perlu diisi sendiri oleh pelanggan kerana mereka hanya menyediakan sijil dan cop doktor sahaja.
Mohd. Mokhtar berkata, berdasarkan semakan 13 cop doktor berkenaan, seramai enam doktor masih berkhidmat di hospital kerajaan di Johor Bahru, manakala selebihnya telah bertukar ke hospital lain.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Dalam satu lagi kes, beliau memberitahu, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru kosong serta dadah dipercayai jenis syabu di Taman Ungku Tun Aminah pada Khamis lalu.
Beliau berkata, lelaki yang ditahan pukul 6.30 petang itu memiliki satu rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Berbahaya 1952, katanya.
KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.
Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.
Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.
“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.
“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
KUALA LUMPUR: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.
Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan. harian metro
KERATAN akhbar di atas menunjukkan keadaan sekarang yang kita lalui ini. Kemanakah hilang pertimbangan seseorang manusia itu jika perkara ini sanggup dilakukan tanpa segan silu, kewarasan akal ataupun kematangan berfikir. saya sendiri agak hairan,pelik,takut,marah dan pelbagai persoalan yang timbul dan tidak tenggelam daripada petang tadi melihat artikel ini di suratkhabar...
PERSOALANNYA.... adakah perkara ini akan jadi kebiasaan pada masa akan datang ? dan adakah manusia akan hilang pertimbangan dari hari ke hari. Dimana silapnya, yang penting bukan salah ibu mengandung. sama-sama kita fikirkan....

Kejadian yang tidak berapa aneh untuk kita zaman generasi kita laaaanii...bak ang.hehe. Dadah yang diseludup tapi Gagal telah di Lapangan Terbang Congonhas Sao Paulo Ke Senegal. Rakyat bajet macho itu adalah rakyat Britain,lelaki berumur 44 tahun setelah di sinar-X'kan telah didapati dalam perutnya yang buncit mungkin iaitu 89 Kapsul dadah Kelas A ( berat 30kg ).
Sebab musabab terkantoinya lelaki ini adalah apabila terdapat perbezaan maklumat pasport lelaki durjana itu. maklumat dari Ketua Polis, Jose Alonso .Kokain berkenaan dikeluarkan dari perutnya di hospital beberapa jam selepas dia ditahan. Polis berkata, dadah yang bernilai �286,000 (RM1.4 juta) itu ialah untuk jualan di Eropah.
Lelaki itu berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan menyeludup dadah jika sabit kesalahan
Yer.. mesti gempar bila kita lihat mahkamah main akta-akta dengan seksyen ni. Baru-baru ini terjadi satu kisah yang mungkin membuatkan seseorang menyesal tak sudah. bak kata pepatah "menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian....(sambungkan)...
Begini cerita nya. Seorang lelaki 25 Tahun yang hangat bercinta, bekerja sebagai pengedar barang dan sanggup tidak membenarkan kekasihnya pergi ke K.L untuk berkursus (MLM) jualan langsung telah membuat satu panggilan hangit (palsu) kepada Ibu Pejabat Polis Tapah pada khamis lepas dan memberitahu bahawa terdapat bahan letupan di landasan keretapi antara salah satu jambatan di laluan keretapi Bidor -Tanjung Malim. Akibatnya laluan udara terpaksa ditutup dan lebih 1200 penumpang terkandas akibat kejadian tersebut. Siasatan polis pulak menemui satu bonggol di Km 259.25 Slim river yang hanya sekeping tikar dan beberapa botol kosong. Itupun selepas polis meletupkan bonggol itu. Suspek ditahan di Teluk Intan dan 4 hari reman serta kesnya disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 7 Tahun, denda atau kedua-duanya sekali.....

p.s : pergh... inilah dia kawanku semua OMBAK RINDU.....Cinta sampai mati..hehehe, kalau anda kat tempat lelaki itu..sanggupkah anda ??? hehe..chill :-D

MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.
Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.
Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.
“Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel.
“Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di kolej itu,” katanya.

p.s : itu lah dia kawan-kawan semua bila nafsu kalah dengan akal, tiada lagi halal haram difikirkan. hanya kesedapan itulah santapannya untuk bersama nafsu. cuma ada satu keraguan yang mungkin anda semua boleh huraikan. wanita di atas boleh tahan ayunya, tetapi kenapa memilih jejaka pak hitam itu berbanding dengan jejaka di sini. apa bezanya lelaki melayu vs lelaki nigeria..



RM 500 akan diberikan pada lebih kurang 79.5 % daripada keseluruhan isi rumah negara ini iaitu 5.2 juta isi rumah akan menerima bantuan tersebut. bantuan akan dibuat pada januari tahun depan 2012 .caranya sangat mudah dan senang. Bagi sesiapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000 sebulan boleh memohon di laman sesawang LHDN atau walk-in  ke pejabat  Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Kriteria pemohon :

-Ketua isi rumah merangkumi :

  • individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • individu (bujang,duda,ibu tunggal) yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Sebarang pertanyaan bolehlah anda hubungi di 1300 88 3010 LHDN.
SAID ANUAR (empat dari kanan) bersama penduduk membantah tindakan pengambilan tanah di Gombak semalam.

Kasihan kat 10 keluarga yang sudah lama tinggal di Kampung Tengah Gombak ini kerana dilayan seperti warga asing. Tanpa sebarang perbincangan mereka terus dihalau untuk berpindah ke tempat lain. Mereka cuma tahu kawasan itu akan dijadikan kawasan komersial oleh salah sebuah syarikat pemaju perumahan
LEBIH kasihan lagi bila wang pampasan sebanyak RM600 sahaja yang mereka dapat daripada pampasan kerana kesalahan menduduki kawasan itu secara haram..


p.s :- kesian sungguh keluarga ini, persoalannya, di saat ini dan di ketika ini, dimanakah pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk tampil menjawab segala persoalan semua ini ?
sama-samalah kita fikirkan... :(
Hakim Datuk V.T. Singham menyatakan Seksyen 22(1) di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 bahawa Kesatuan Sekerja adalah mempunyai hak imuniti atau kebal daripada apa jua saman yang dikenakan. Kes ini berikutan antara Majikan dan Pekerja. Perkara ini baru berlaku apabila
Malayan Banking Bhd (Maybank) 
VS

Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) & Setiausaha Agungnya, J.Sandagran Solomon.

 dan akhirnya pihak Maybank terpaksa membayar RM 15000 sebagai kos kepada para defenden. Beliau juga berkata , seksyen itu memang jelass sekali dan sepatutnya pihak mahkamah tidak perlu melayan sebarang fitnah terhadap Kesatuan Pekerja.
sumber : BERNAMA




IPOH – Seorang suami tidak dapat menahan kesedihan apabila isterinya yang membonceng motosikal yang ditungganginya untuk dihantar bekerja di sebuah klinik di sini maut digilis sebuah treler di Jalan Raja Musa Aziz di sini semalam.

Dalam tragedi menyayat hati pada pukul 8.50 pagi itu, Liew Suet Foong, 50, mati dalam keadaan mengerikan dengan sebahagian perut sebelah kiri badannya terburai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, semasa kejadian, mangsa yang membonceng motosikal suaminya, Cheow Seng Yee, 62, dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah klinik swasta di Jalan Raja Ekram di sini dari rumah mereka di Silibin di sini
" saya pernah ditawarkan komisen sehingga mencecah ribuan ringgit oleh anggota sindiket, kebanyakannya warga Nigeria dan Iran, sekiranya berjaya mencari rakan di luar negara untuk lakukan jenayah itu" 

kefli ( banduan ) 
sumber : berita harian 22Nov 2011
Sedikit review tentang tajuk di atas, menjadi paparan dan tamparan hebat di mana banduan luar dan sebagai anggota sindiket dadah antarabangsa mengrekrut anggota di dalam penjara sebagai ahli terlatih dalam kegiatan pengedaran dan penjualan dadah mereka. Sangat mudah dimana kenalan banduan di dalam penjara hanya perlu memberikan nombor telefon bimbit rakan mereka yang selalu datang melawat. Komisyen akan diberi kepada banduan sekiranya kenalan mereka sanggup menjadi keldai dadah itu.


p.s : sama-sama kita fikirkan, dalam penjara pun boleh buat bisnes jugak tu...dorang tak takut ker sek.39B tu..ish..ish.ish

PELANCONG datang berduyun-duyun memenuhi perairan laut biru yang tenang itu. Penghidap penyakit kulit juga hadir untuk mendapat manfaat daripada kandungan mineral di dalamnya.

Pada tahun 1970-an dan 80-an, terdapat sebuah hotel besar dibina di sepanjang pantai Israel malah, beberapa hotel terkemuka seperti Movenpick Resort & Spa turut dibuka baru-baru ini di bahagian sebelah Jordan.

Bagaimanapun paras airnya kini berubah mendadak. Selepas lima dekad, paras air di pantai itu menyusut lebih daripada 18 meter apabila Israel, Syria dan Jordan mula menggunakan sumber air di Sungai Jordan. Tujuannya bagi mengairi kawasan pertanian, sumber minuman dan mandi, sekali gus menyebabkan air sungai itu mengalir lesu sebaik sahaja tiba di Laut Mati.



PETANG itu, saya cuma ada lima jam. Ya, hanya lima jam untuk merasai keseronokan kembali menjadi kanak-kanak di taman tema paling mengagumkan di Asia Tenggara, Universal Studios Singapore (USS).
Terletak dalam kawasan gabungan empat buah hotel di Resort World Sentosa (RWS) Singapura seluas 49 hektar, USS menggamit semua pengunjungnya dengan glob biru tulisan Universal Studios berwarna emas yang gah itu.
Lengkap dengan asap di bahagian bawahnya, ia berjaya membangkitkan rasa kagum dan dramatik. Bagaikan satu ritual pula, semua pengunjung pasti merakamkan gambar di sana. Mungkin sebagai tanda bahawa mereka pernah menjejakkan kaki ke taman tema yang sudah menarik lebih dua juta pengunjung walaupun baru dibuka pada Januari 2010.
Melepasi tempat pemeriksaan tiket, saya berdiri tegak meneliti kota khayalan yang dibina penuh teliti. Bangunan di kiri dan kanannya berwarna-warni mengangkat tema Hollywood Boulevard pada era 1970-an dengan struktur seni bina yang dinamik bersama pohon-pohon palma.
Kalau mahu berangan seperti berada di Walk of Fame Hollywood, majukan langkah ke sebelah kiri. Di sana, nama-nama bintang seperti Audrey Hepburn disimen di lantai dalam ruang berbentuk bintang berwarna merah jambu. Satu pengiktirafan yang sangat didambakan oleh golongan selebriti di Hollywood.

SETELAH dua minggu berturut-turut tiada sebarang penyingkiran dilakukan, program realilti Maharaja Lawak Mega (MLM) telah mengumumkan seramai lima kumpulan sekali gus yang terkeluar pada awal rancangan pada minggu ketiga.
Namun, seperti kebiasaan, pihak Astro Warna telah membuat kejutan dengan menyingkirkan satu lagi kumpulan yang gagal mengumpul mata di akhir program. Keenam-enam kumpulan yang tersingkir adalah Gebu, Comel, Lanun, Rap, Caer dan Anje.
Pada minggu ketiga ini, kumpulan 3G yang dianggotai oleh Yassin, Didie Alias dan Enot antara yang menjadi kegemaran ketiga-tiga pengkritik tetap iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan bekas pemain bola sepak Zainal Abidin Hassan serta seorang pengkritik jemputan dari Singapura, pemuzik Art Fazil.
Menurut chef selebriti terkenal, Chef Wan, ada peserta yang mempersembahkan lawak yang berulang namun ada juga peningkatan dari beberapa kumpulan contohnya 3G dan PiMai.
“Ada juga sesetengah kumpulan yang gagal membuat lawak, mereka tidak punya pengisian di dalam lawak mereka. Apabila momentum dan mood itu hilang jadi, bahaya bagi pelawak apabila tidak dapat memberikan saat lawak itu sendiri kepada penonton.
“Ia seperti tidak dapat menepati standard dalam pertandingan ini kerana saya harapkan yang lebih lagi kerana mereka ini semua merupakan pelawak profesional dan yang terbaik di antara yang terbaik,” jelasnya sewaktu sidang akhbar yang diadakan selepas program itu berakhir di Royal Theater Selangor, Shah Alam, Selangor.
Sementara itu, komen penyanyi tersohor negara, Siti pula, kehadiran dirinya sebagai pengkritik tetap adalah di atas nama penonton, maka ia untuk berhibur dan ketawa.
“Maka, apa yang saya komen adalah mengikut apa yang saya rasa dan mengikut cara saya sendiri. Setiap minggu saya sentiasa ingin menonton persembahan lawak dari semua peserta. Kadangkala, minggu pertama dan kedua mereka antara yang terbaik, namun mungkin minggu seterusnya mereka kekal baik,” ucap Siti.
Namun, penyingkiran sebanyak enam kumpulan sekali gus dilihat terlalu banyak dan pihak Astro ada jawapan tersendiri bagi persoalan tersebut yang mana Pengurus Saluran Astro Warna, Azrai Kamaruddin ketika diminta mengulas tentang hal tersebut berkata, ia sebenarnya telah pun dirancang dari awal.
“Jika kita mahu bandingkan perbezaan dengan rancangan realiti yang lain, kita boleh lihat bahawa rancangan lain tidak pernah ada sebanyak 17 kumpulan yang terpilih untuk masuk bertanding.
“Jadi untuk format MLM ini, kita mahu beritahu rakyat yang mana ini semua adalah cita rasa komedi yang ada di rantau ini iaitu di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Maknanya kesemua peserta harus berikan yang terbaik, dan seperti yang dikatakan Chef Wan, ini merupakan pertandingan mega, jadi mereka perlu tonjolkan diri setiap minggu untuk kekal di dalam program ini,” tegas Azrai.
MLM disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) pada setiap Jumaat, pukul 10 malam