Showing posts with label jantung. Show all posts
Showing posts with label jantung. Show all posts
Macam tak percaya jer bila ada statement macam ni keluar, ye lar sebelum ni ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.
IALAH degupan jantung yang pantas dan ia berlaku sepanjang masa .AF ialah gangguan rentak jantung berterusan yang paling lazim dan menjejaskan lebih lima juta penduduk Amerika Syarikat dan enam juta orang di Eropah. Dianggarkan 0.4 peratus penduduk negara kita turut mengalami masalah inirentak degupan jantung yang tidak normal, tidak sekata dan sangat cepat iaitu antara 350 hingga 700 degupan seminit sedangkan kadar degupan jantung yang normal ialah antara 60 hingga 100 degupan seminit.

Keaadan ini berlaku apabila..........
Jantung kita mempunyai 4 bilik
- 2 bilik di bahagian atas (kiri dan kanan)
- 2 di bawah. Untuk membolehkan jantung berdegup (dan mengepam darah), ia memerlukan sistem elektrik yang dihasilkan oleh sel dalam bilik kiri atas yang bergerak ke bilik kanan atas.