Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
TINGKAH laku berubah secara tiba-tiba, gemar menyendiri, suka berhalusinasi dan banyak bercakap benda mengarut serta tidak masuk akal antara gejala awal penyakit psikosis iaitu penyakit mental popular ketika ini.

Mungkin bagi sesetengah orang, penyakit mental adalah biasa, namun yang luar biasa dan perlu dipandang serius apabila penyakit psikosis bermula seawal remaja. Perkara ini didedahkan Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohamad Hussain Habil.

Psikosis berasal daripada istilah Greek, iaitu ‘psyche’ yang bermaksud minda atau jiwa manakala ‘osis’ bermaksud keadaan tidak normal.

Ia adalah terma psikiatri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan hilang pertimbangan terhadap dunia realiti. Penderita masalah ini disebut psikotik.

Situasi psikosis lebih serius digelar halusinasi dan delusi.

Menurutnya, psikosis boleh menyebabkan berlaku perubahan perilaku, termasuk meracau, delusi, halusinasi dan tidak dapat melihat sesuatu dalam bentuk realiti, menjadikan pesakit tidak mampu mengawal perasaan.

“Psikosis tidak boleh dipandang ringan. Pesakit yang mempunyai gejala ini perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan ia berlarutan dan sukar sembuh. Ibu bapa yang mendapati anak mereka mempunyai tingkah laku luar biasa perlu mendapatkan rawatan.

“Walaupun masyarakat kita sedar penyakit mental, masih ramai melakukan rawatan menerusi bomoh atau pengamal agama, sedangkan masalah mental seumpama itu perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ada 280 jenis penyakit mental, dan satu daripadanya ialah skizofrenia. Psikosis adalah satu cabang skizofrenia yang dikaitkan dengan gangguan bahan dalam kimia iaitu serotonin dan dopamin.

Ia dianggap berbahaya jika pesakit tidak dirawat kerana boleh membawa perlakuan negatif, termasuk pembunuhan kejam.

“Walaupun sakit mental adalah penyakit baru dikenal pasti 50 tahun di Malaysia, kemajuan bidang perubatan hari ini membolehkan kita mengesan tahap sakit mental seseorang dan priskripsi ubat boleh diberi berdasarkan tahap penyakit dan jenis tekanan dialami.

“Semua penyakit berkaitan mental boleh diubati, apabila pesakit dirujuk kepada pakar dan patuh pada pengambilan ubat diberikan.

“Kalau dulu penyakit mental mungkin orang kaitkan dengan saka atau terkena ilmu hitam, rasukan makhluk halus, tetapi dengan adanya kemajuan perubatan itu, ibu bapa perlu segera membawa anak mereka yang mula menunjukkan tanda kecelaruan mental kepada pakar,” katanya.

Beliau berkata, pesakit mental banyak berlaku di kalangan orang Melayu dan golongan miskin kerana mereka sering mengaitkan kelakuan pesakit mental seperti bercakap dan ketawa sendirian akibat tersampuk, rasukan dan benda halus menjadikan mereka kurang berminat merawatnya menerusi cara rawatan moden di hospital. sebaliknya dirujuk kepada bomoh serta ahli agama.

“Tidak salah kalau kita mempunyai ikhtiar sebegitu. Sekali dua bawa berubat ke bomoh dan ahli agama, kalau masih tidak baik juga, keluarga perlu rujuk kepada hospital. Jika tidak dirawat dengan betul, lambat laun pesakit akan menjadi lebih teruk, termasuk membunuh,” katanya.

Katanya, kemajuan teknologi perubatan hari ini boleh mengesan pelbagai jenis penyakit mental, malah dalam janin sekalipun imbasan boleh dilakukan mengenal keganjilan pada otak bayi dalam kandungan.

Justeru, jika ada ahli keluarga dikesan berubah atau menunjukkan tanda seperti bercakap seorang diri, segera dapatkan rawatan kerana sebarang jenis penyakit mental boleh dirawat seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.

“Paling penting, pesakit juga memerlukan rawatan, cuma mereka sebenarnya tidak sedar atau tidak tahu diri mereka menghidap masalah mental seperti itu,” katanya.


Simptom psikosis

  • Mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit
  • Berasa keliru
  • Terdengar suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi)
  • Mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi)
  • Percakapan banyak merapu dan mengarut
  • Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab

Antara punca

  • Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental
  • Mempunyai sejarah sakit mental
  • Melahirkan anak (primaparity)
  • Mengalami komplikasi ketika hamil
  • Mengalami komplikasi ketika bersalin
  • Masalah sosial
Salam sejahtera kepada semua. pada pagi ini saya ingin kongsikan kepada anda hiv & aids. Banyak daripada kita yang mungkin sinonim dengan perkataan di atas, akan tetapi fahamkah kita mengenai makna keseluruhan daripada penyakit tersebut. di bawah saya saya kupaskan sedikit darinya daripada anda untuk anda.

Apa itu HIV (Human Immunodeficiency Virus) ?
HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Terdapat 2 jenis virus HIV iaitu HIV-1 dan HIV-2. HIV-1 merupakan jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang ramai manakala HIV-2 pula tidak begitu berbahaya. HIV menyerang Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Sebab saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

“Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang”

Artikel diambil bulat-bulat dari blog bulanpurnama89.blogspot.com & arshad-terunadara.blogspot.com
Pernahkah anda (wanita)penggemar kepak ayam ?
Jika jawapannya YA, cuba lihat dahulu kisah dibawah untuk renungan dan tindakan anda di kemudian hari. semoga perkongsian ini berguna untuk wanita seluruh dunia.hehe

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

sumber :- informasikini.com & arshad-terunadara.blogspot.com
Baru- baru ini digemparkan oleh berita kisah kedua-dua tajuk arikel di atas.

Makan ludah penyelia asrama
Lepas nafsu kencing muka & ‘Perangai bagai haiwan’
Penyanyi buas Anak tiri jadi ‘isteri kedua’
Entah apa lagi akan kita baca dan akan dipaparkan oleh media-media untuk kita esok,lusa dan hari-hari lain.
mungkin bagi pembaca sekitar negara kita akan berkata "Astagfirullahalazim...ape nak jadi zaman sekarang ni!!" dan beberapa momokan lain yang akan kita dengar oleh helawa telinga telinga.Namun persoalannya, sampai bilakah kejadian sebegini akan terus menjenguk kita saban hari dan Adakah kehidupan norma masyarakat kita akan seterusnya begini dan mematikan ketamaduan sahsiah diri kita akan datang.sama-sama kita fikirkan.
Saya bukanlah menyokong perkara sebegini, akan tetapi keruntuhan akhlak dan ketandusan ilmu serta sikap yang semakin menjurus kepada hasutan syaitan akan mengeruhkan lagi keadaan kita pada masa akan datang. maafkan saya dahulu, saya seperti tinggal di tempat manusia yang tidak lagi percaya kepada pegangan yang betul, hanya meneruskan kehidupan di tempat yang mana "asal bangun saja mau wangggggggg!!!!"
untuk itu sama-sama kita fikirkan cara bagaimana untuk kita perbetulkan minda dan sikap masyarakat kita agar dapat berada dilandasan yang betul dan tidak mengikut hawa nafsu serakah dan hasutan syaitan yang tidak kering gusi melihat,ketawa kepada kita kerana mengikut segala ajakan amarahnya.sekian

p.s : maafkan saya, nukilan hang leqiu10
DATUK SERI LIOW TIONG LAI/MENTERI KESIHATAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata punca virus yang disebabkan pencemaran air disalurkan kepada dua daerah di Batang Padang dan Hilir Perak juga sudah dikenalpasti."Kita telah kenalpasti punca dan bilangannya telah dikawal. The number goes up to 2k cases, now we have identified the cost of pollution and we will address the situation."Katanya,  kematian melibatkan dua bayi berusia dua dan 10 bulan di perak itu disebabkan kekurangan air akibat cirit birit yang teruk.
Sebelum ni kecoh sekejap di ruang legar ke udara mengenai topik ini, atas dasar ingin tahu aku pun search la bab ni. sebab utama jugak tempat serangan virus ini adalah salah satu kampungku, agak bahaya jugak kalau kita lihat virus ni untuk kanak-kanak. ( kenapa tak serang dewasa )
Virus ni sama seperti penyakit cirit-birit teruk a.k.a selsema perut. walaupun nampak berbeza dengan selsema tetapi virus yang dikenali sebagai RNA dalam keluarga Reoviridae. Setiap kanak-kanak akan terkena penyakit ini paling kurang sekali seumur hidupnya. virus ini tidak sekuat mana dan jika ia terkena kepada orang dewasa, tidak menjadi apa-apa perubahan dalam sistem imunan badan.Virus ini dihantar oleh laluan tinja oral dan ia akan menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang terdapat dalam usus kecil dan menyebabkan gastroenteritis. Rotavirus telah ditemui dalam 1973 di luar negara, hampir 500,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mati akibat jangkitan rotavirus dan setiap tahun hampir 2 juta lebih menjadi sakit teruk di United States. Sebelum permulaan program pemvaksinan rotavirus, rotavirus menyebabkan kira-kira 2.7 juta kes gastroenteritis teruk pada kanak-kanak, hampir 60,000 kemasukan ke hospital , dan sekitar 37 kematian setiap tahun.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan? 
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

Sumber – Kementerian Kesihatan Malaysia
p.s : jaga tubuh badan kita agar sihat sampai akhir hayat ....

Salam sejahtera
Saya ingin berkongsi sedikit review bahawa esok 27 November ( AHAD ) jam 7.00pm, Ustaz Azhar Idrus akan berada di MASJID AL-FALAH, USJ 9 Subang Selangor.
Dijemput anda semua hadir bersama menimba ilmu dan memberi syafaat kepada kita untuk kemudian hari.

sekelumit masa kita habiskan di majlis ilmu lebih bermakna dengan masa yang kita habiskan dengan perkara lain ...


JOM SERBU MASJID AL-FALAH USJ !!!!

untuk lihat lebih jelas di : http://www.masjidalfalah.com/category/aktiviti/

NAMA sahabat-sahabatnya bukan sahaja dekat dalam hati Shaun Clark malah terus terpahat di badannya.

Bekas tentera itu tidak ubah seperti sebuah monumen bergerak. Beliau bangga menjadi ibarat sebuah memorial bergerak yang membawa nama tentera Britain yang mati di medan peperangan.

Kesemua nama-nama itu ialah anggota tentera yang terkorban dalam peperangan di Afghanistan.

Jika dihitung satu persatu, terdapat kira-kira 383 nama anggota tentera yang maut dicacah dalam bentuk tatu pada bahagian badannya.

Ia termasuklah di bahagian dada, belakang dan kedua-dua belah kakinya.

"Saya ada ramai kawan yang berkhidmat di Afghanistan dan ada antara mereka yang kini masih berkhidmat di sana.

"Saya mahu melakukan sesuatu agar orang ramai sedar bahawa perang masih berlaku di Afghanistan. Ia lebih berbaloi berbanding saya menyumbangkan tenaga dengan berjalan kaki atau melakukan terjunan udara semata-mata untuk menyatakan sumbangan," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Clark kini bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah mahkamah di England menyertai Batalion Light Infantry Regiment kelapan pada 1989 hingga 1996.

Dia mula mengukir tatu tersebut ketika sambutan Hari Peringatan pada 2009 sedikit demi sedikit sehingga lebih 300 nama terukir pada tubuhnya.

Clark yang berusia 45 tahun itu mula membuat tatu sejak tahun 2009.

Sempena sambutan Hari Peringatan pada tahun ini, Clark telah menambah 40 lagi nama lain pada kedua-dua belah kakinya selepas pukul 11 pagi pada 11 November lalu.

Baru-baru ini, beliau mengunjungi sebuah pusat tatu, Doncaster's Fantasy Studio berdekatan rumahnya di England.

Di situ, seorang artis tatu, Kevin Kent berkerja selama hampir dua jam untuk mengukir 40 nama tersebut.

Biarpun sakit, Clark rela untuk diperlakukan sedemikian.

Dia tidak menyangka bahwa ada pihak yang sanggup menderma. Beliau berjaya mengumpul kira-kira £4,500 (RM22,470) untuk diisi ke dalam tabung kebajikan Help for Heroes.
Clark kini tinggal bersama isterinya, Mandy, 44, dan dua orang anak iaitu Peter, 22, dan Robert, 19 di Rossington, Doncaster, England.

Jelas Clark, pada mulanya kesemua ahli keluarganya termasuk isteri dan anak-anaknya menganggap tindakannya itu sebagai satu perbuatan yang gila.

"Semua mereka mengatakan saya gila. Sejak 2009 sudah ada lebih 300 nama yang terpahat pada badan saya ini. Saya puas dan ingin melakukannya lagi," katanya.

"Untuk menyiapkan kesemuanya, ia mengambil masa lebih daripada lima jam dan sangat menyakitkan tetapi tindakan itu berbaloi," kata Clark.

Biarpun gembira membuat tatu tersebut pada badannya, jauh di sudut hati lelaki itu dia berasa sedih setiap kali ada tatu tertulis nama baharu tentera Britain yang terkorban di badannya.

"Saya akan bersedih kerana jumlah nama-nama itu akan bertambah pada masa akan datang," katanya dalam nada sugul.

Biarpun memiliki tubuh badan yang tinggi dan gempal, Clark sedar bahawa nama mereka yang gugur akan terus bertambah sehingga tiada lagi ruang untuk diisi di badannya.

Apa yang menggembirakannya apabila anak lelakinya, Peter akan meneruskan usahanya itu dengan menyumbangkan tubuh badannya untuk dijadikan monumen baharu.

"Saya sudah membuat perancangan. Anak saya akan meneruskan mengukir nama-nama itu pada badannya apabila tidak cukup ruang lagi pada badan saya.

"Apabila kematian tentera bertambah, Peter akan mengambil alih tempat saya," katanya lagi.

Clark sedar bahawa kelakuan peliknya itu memberi kesan yang besar kepada kehidupannya. Privasi kini seakan menjauh daripada hidupnya.

Dia kini menjadi tumpuan buat mereka yang berminat untuk melihat nama-nama tersebut.

Itu membuatkan Clark tidak ubah seperti sebuah monumen bergerak.

"Selepas menjadi perhatian orang ramai, saya menghadapi masalah lain pula.

"Bayangkan saya perlu menyelak baju apabila ada yang meminta untuk melihat tatu tersebut," katanya.

Ujarnya, kisah pelik beliau telah merebak sejak beberapa tahun lalu di England. Sejak itu ramailah yang meminta untuk melihat tatu tersebut.

"Ada juga di kalangan hakim dan peguam turut meminta izin untuk melihat tatu ini," katanya sambil ketawa.

sumber :www.kosmo.com.my
MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya.

Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi- kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.

Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada keha- diran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).

Punca kematian kanak-kanak


MESKIPUN hidrogel berdepan dengan reputasi buruk di media massa berikutan kejadian-kejadian yang mengancaman nyawa, namun Naveed Ahmad, 27, tetap meletakkan kepercayaan terhadap sebatian kimia yang mampu menyerap dan menampung air dalam jangka masa panjang itu.

Pelajar lepasan sarjana muda jurusan farmasi itu yakin bahan yang menjadi tesis doktor falsafahnya itu mempunyai masa hadapan cerah. Kini, beliau sudah berada pada peringkat akhir kajian dan artikel penerbitan sainsnya bakal diterbitkan.

"Bahan utama yang digunakan sangat murah iaitu kelapa yang bersifat natural dan diyakini selamat untuk penggunaan manusia," ujarnya ketika ditemui di makmal Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), cawangan Kuala Lumpur.

                            Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di Jakarta
TAHNIAH !!! saya ucapkan kepada team  Malaysia yang berjaya menewaskan siGaruda itu. sudah patah sayap agaknya mereka, hehe.
Orang tua-tua cakap bola sepak ini macam Ibu Emas, kalau menang semacam JUARA. kalau kalah sekan memberi tekanan,dendaman,hinaan.. begitulah lebih kurang ceritanya...
bukan sebab apa. Otaimer-otaimer kita sekarang sudah hidup lebih lama. so, semangat kesukanan diorang memang tak boleh disangkal lagi. bukan apa, pakcik makcik yang kita lihat macam sopan santun itulah orang pertama melompat bila Malaysia jaring gol masa perlawanan. mungkin zaman dorang dah berlalu. tapi semangat sukan dorang tu ( terutama bolasepak ) tak pernah luntur sampai sekarang.

p.s : tapi tak tahulah otaimer kat tempat-tempat lain. ada pendapat tak? bolehlah komen untuk kita sembang kacang kat bawah ni. terima kasih :D

kalau tak sempat tengok, boleh view kat sini, t.kasih
Malam ini, pasti suatu gegaran melanda lagi. KEJUARAAN yang harus direbut oleh kedua belah pihak. Antara suka dan duka, pahit dan manis. Sama-sama kita saksikan  MALAM INI . .
Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA Edisi ke 26 2011 diantara MALAYSIA VS INDONESIA, Selepas kedua-dua pasukan menewaskan pihak lawan, pada 19 November 2011, Kini perlawanan Akhir pada malam ini.
MARILAH BERSAMA-SAMA MENYEMARAKKAN SEMANGAT SUKAN PASUKAN MALAYSIA AGAR DAPAT MENEWASKAN INDONESIA DI SAMPING MEMPERTAHANKAN PINGAT EMAS YANG DIMENANGI DUA TAHUN LALU.

Siaran secara langsung anda boleh menontonnya di Astro dan TV3. Buat pelayar internet anda juga boleh melayari pautan yang saya sertakan untuk LIVE Streaming sambil merasai debaran Final Bolasepak Sukan SEA 2011, Malaysia vs Indonesia. Selamat menonton. 

MALAYSIA VS INDONESIA 

STADIUM GELORA BUNG KARNO

21-NOVEMBER-2011

8.30 MALAM


KAJIAN dilakukan Universiti Arizona di Amerika Syarikat, mendapati kira-kira 200,000 bakteria pada setiap 12.9 sentimeter persegi lantai. Justeru itu, bayangkan lantai di kediaman kita tidak mustahil dipenuhi bakteria atau kuman berbahaya.

Sehubungan itu, kediaman yang sempurna, bersih dan terpelihara daripada kekotoran atau bahaya adalah syurga bagi keluarga, terutama jika mempunyai anak kecil yang tidak tahu membezakan persekitaran selamat mahupun tidak, bersih atau kotor.


Selain lantai, kawasan seperti bilik air, tandas dan dapur terutama permukaan sinki antara kawasan yang mungkin dihuni bakteria berbahaya tetapi tidak dapat dilihat mata kasar manusia menyebabkan kita hanya membersihkan setiap hari sambil lalu tanpa terfikir bahawa bakteria masih kekal di situ.


PERNAHKAH anda terfikir pesakit strok mahupun lumpuh mampu bersenam di dalam air? Ya, keadaan ini tidak mustahil dengan adanya program terapi akuatik yang dilengkapi peralatan khas.

Lebih istimewa, bukan hanya pesakit strok boleh menggunakan perkhidmatan itu tetapi ia boleh digunakan pelbagai golongan termasuk bayi, ibu mengandung dan wanita selepas bersalin yang mengalami masalah berat badan (obesiti).


Di Malaysia, penggunaan terapi akuatik masih belum meluas. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan terapi ini sebagai rawatan tambahan dalam proses pemulihan yang boleh membantu mempercepatkan proses baik pulih anggota dan fungsi badan.

Terapi akuatik adalah pergerakan fizikal atau senaman yang dilakukan dalam air. Terapi ini menggunakan rintangan air bagi menggantikan alat bebanan yang lazimnya digunakan di gimnasium pemulihan.


MASALAH jantung berlubang adalah satu penyakit jantung yang agak kerap kita dengar. Ia masalah jantung kongenital atau sejak kelahiran. Secara amnya masalah jantung berlubang terbahagi kepada dua:

1. Atrial septal defect (ASD)
Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung.

Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.


PROSEDUR... kolonoskopi dalam usus besar.

PENDARAHAN ketika buang air besar sesuatu yang membimbangkan, terutama di kalangan mereka yang lanjut usia. Namun, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan.

Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan.
Bekas Presiden dan Ahli Majlis Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Prof Datin Dr Hamimah Hassan, berkata berdasarkan statistik Pertubuhan Pelancongan Sedunia (WTO), ketibaan pelancong antarabangsa dari seluruh dunia pada 2009 bagi tujuan perniagaan, percutian dan urusan lain berjumlah 880 juta.

“Ketibaan antarabangsa dijangka mencecah 1 bilion pada 2010 dan 1.6 bilion menjelang 2020. Di Malaysia, 31 peratus rakyat negara ini didapati melancong ke luar negara untuk bercuti dalam tempoh 12 bulan lalu,” katanya.
Sambungan . . .

ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Timbul persoalan mengapa golongan ini masih mahu belajar biarpun sudah berusia? Mengapakah sanggup berkorban dan meninggalkan waktu bersama keluarga semata-mata mahu memperoleh ijazah yang tidak mampu lagi menjamin pekerjaan?

Apakah matlamat yang dicari golongan ini?


Ab Hamid Yunos, 74, yang baru menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini, berkata semangat cintakan ilmu menjadi titik tolak dia melanjutkan pelajaran.


Meskipun meninggalkan alam persekolahan sejak 1954, hasratnya tidak pernah padam dan peluang itu tiba selepas bersara.

“Sejak kecil, saya suka belajar namun keadaan hidup yang sukar, terpaksa diketepikan sementara. Bagaimanapun tidak bermakna saya melupakan biarpun usia menginjak senja.

“Selepas bersara peluang itu tiba dan tiada istilah terlambat jika ingin menuntut ilmu. Saya teruja dan tidak sabar memulakan pengajian biarpun terpaksa menunggu begitu lama.

“Saya puas menyempurnakan impian sebelum menutup mata. Kejayaan menggenggam segulung ijazah ini, membalas segala penat lelah dan penantian selama ini,” katanya.

Berasal dari Melaka, dia mengakui pengalaman pertama bergelar pelajar semula sangat manis biarpun terpaksa berhempas pulas dari bawah dan bersaing dengan mereka lebih muda.

Beliau memulakan pengajiannya selepas bersara dalam dunia ketenteraan di sekolah pondok di Kelantan selama lima tahun sebelum mengambil keputusan melanjutkan pengajian peringkat sijil dalam bidang hadis dan sunnah di kampus Nilam Puri, Universiti Malaya (UM).

Kemudian ke peringkat diploma dalam bidang sama sebelum ditawarkan tempat di USM.

Antara cabaran paling sukar apabila terpaksa menyesuaikan diri dengan peralihan penggunaan bahasa Melayu lama kepada moden.

“Sebagai orang lama yang bersekolah pada zaman sebelum merdeka, banyak perbezaan dari segi lenggok dan penggunaan bahasa. Penggunaannya kini cukup ‘warna-warni’ dan ‘advance.’

“Peringkat permulaan sukar namun sokongan rakan dan pensyarah, banyak membantu selain saya menganggapnya cabaran belajar di alaf baru.

“Selepas lama meninggalkan alam persekolahan, janggal belajar semula. Namun jika ada disiplin dan kemahuan segalanya boleh diatasi,” katanya.

Biarpun memperoleh keistimewaan dan kelonggaran, dia tidak menggunakannya bagi kepentingan diri sendiri.

“Apa yang diberikan bukan alasan menggunakannya sesuka hati. Perhubungan dijalin atas landasan saling menghormati dan membantu.

“Biarpun ada jarak usia antara rakan sekuliah dan pensyarah, saya tetap profesional serta tahu meletakkan batas tertentu dalam pergaulan. Saya menghormati pensyarah kerana ilmu dan mereka juga menghormati saya kerana usia dan pengalaman,” katanya.

Beliau mengakui sebagai bekas tentera, hidupnya penuh disiplin dan tugasan perlu dilakukan dengan sempurna.

“Malangnya bukan semua boleh mengikut rentak itu, saya mesti ‘bertolak-ansur.’
Golongan muda hari ini banyak kerenahnya dan memerlukan pendekatan boleh diterima kelompok mereka,” katanya yang mengakui banyak ‘benda’ berubah terutama penggunaan teknologi moden.

Dari sudut lain pula menganggap pelajar hari ini tidak pandai memanfaatkan peluang dengan baik selain gemar melakukan tugasan di saat akhir.

“Perubahan zaman dan penggunaan teknologi seperti Internet memudahkan proses pembelajaran namun turut menyumbang kepada penurunan tahap disiplin.

“Ada pelajar hanya belajar sambil lewa dan kurang memanfaatkan peluang selain gemar membuat tugasan atau ulang kaji di saat akhir.

“Gaya hidup seperti itu tidak sihat. Untuk berjaya, perlukan disiplin serta percaturan hidup yang teratur,” katanya yang mengikuti pengkhususan sejarah.
Beliau memperoleh gred purata kumulatif (CGPA) 2.5.

Keinginan yang meluap-luap menjadikan bapa kepada dua orang cahaya mata ini bersedia memulakan kembali perjuangannya di menara gading dengan mengikuti program peringkat sarjana pula.

“Selagi ada hayat, saya akan terus belajar biarpun semakin sukar. Ini adalah perjuangan dan jika saya boleh melakukannya, kenapa tidak orang lain lebih muda?,” katanya.

Rakannya, Musa Jaafar, 79, berkata keputusan kembali belajar didorong cita-citanya yang tidak kesampaian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi sebaik menamatkan pengajian sekolah Inggeris pada 1955.

Menurutnya, pada waktu itu, dia perlu memberi laluan kepada alam pekerjaan kerana keputusan peperiksaan Cambridge (setara Sijil Pelajaran Malaysia kini) kurang memberangsangkan.

“Saya mempunyai cita-cita tinggi memasuki institusi pengajian tinggi namun disebabkan dapat gred tiga, terpaksa melupakan impian itu.

“Keinginan untuk terus belajar tidak pernah luput, tetapi keadaan memaksa melupakannya seketika dan memberi fokus pada pekerjaan.

“Peluang itu diperoleh selepas bersara manakala keluarga juga tiada halangan.
Akhirnya pada usia senja, saya menggenggam segulung ijazah,” katanya.

Berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah, bekas pengurus Felda ini cukup bertuah kerana memperoleh sokongan padu keluarga apatah lagi semua sembilan anaknya berpendidikan tinggi.

Mengambil jurusan sains sosial dengan pengkhususan sains politik, dia menganggap cabaran paling sukar dihadapi apabila terpaksa berulang alik antara Sungai Petani, Kedah ke USM bagi menghadiri kuliah.

“Itulah kesukarannya kerana terpaksa memandu sendiri ke kampus. Sebagai orang tua kadang kala ada masalah kesihatan. Namun, itu bukan alasan tidak hadir ke kuliah, malah terasa rugi jika ponteng.

“Pada waktu ini, saya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran tanpa perlu memikirkan soal tanggungjawab. Disebabkan usia, ramai pensyarah sudi membantu.

“Ia meningkatkan penguasaan terhadap subjek sukar, tetapi saya juga terpaksa menggandakan usaha membuat ulang kaji dengan belajar pada waktu malam selama empat hingga enam jam.

“Ini pengalaman manis kerana saya mengulang semula saat-saat belajar seperti waktu kecil dulu. Bezanya sekarang ia lebih mudah kerana dipacu penggunaan teknologi seperti komputer,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana jika keadaan kesihatan mengizinkan.