Satu sukan yang sebenarnya sudah lama bertapak di tapak negara kita ini. tapi pernahkah anda dengar sukan di atas ?. jika pernah tak mengapa jika belum teruskan membaca ya.hehe. Sebenarnya sukan ini adalah permainan melempar cakera yang sudah lama bertapak di negara kita, dan ia seakan-akan UFO akan tetapi kurang popular dan kini kebanyakan institusi awam dan swasta sudah mengetengahkannya di dalam tempat belajar mereka. Untuk keterangan lanjut, meh baca kat sini....
SUASANA padang Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sama seperti waktu-waktu petang lain. Ia penuh dengan para penuntut yang beriadah. Ada yang bermain hoki, bola jaring mahupun bola sepak, malah tidak kurang juga yang hanya menjadi penonton setia di tepi-tepi padang sambil berbual dan mencuci mata.
Kehadiran beberapa objek piring persis objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di udara tidak diendahkan.
Objek seperti piring berterbangan pada setiap petang itu adalah fenomena yang lazim dilihat. Ia bukan UFO yang sinonim dikaitkan dengan makhluk asing tetapi ia adalah frisbee. Permainan itu dikenali sebagai Ultimate Frisbee.
Hakikatnya, sukan itu agak asing di Malaysia kerana tidak ramai yang mengetahuinya.
Namun, sukan yang agak popular di Lembah Klang itu semakin berkembang di Malaysia pada momentum yang sederhana.
Ia dimainkan dengan cakera frisbee seberat 175 gram, berdiameter antara 20 hingga 25 sentimeter iaitu saiz yang mengikut piawaian antarabangsa. Bahannya pula diperbuat daripada plastik.
Penentuan mata sukan ini berdasarkan penyerahan cakera frisbee kepada pemain sehingga sampai ke zon hujung (end zone) pihak lawan sama seperti American Football atau ragbi.