Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts
Salam sejahtera.
Masa kini, sudah ramai rakyat kita yang celik mata tentang keajaiban emas yang sudah lama terletak di muka bumi ini. dengan harga yang selalu melonjak naik dan tinggi itu membuatkan kita tidak senang duduk jika masih tidak memiliki barang kemas seperti rantai, gelang, cincin, jongkong, syiling dan pelbagai lagi barangan berasaskan emas. Persoalannya, adakah emas ini selamat jika kita memakainya selalu dan menyimpannya di rumah tanpa pengawasan dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Kes kecurian, rompakan yang kini kian meninggi statistiknya melibatkan rakyat kita sendiri yang menjadi mangsa atau pemangsa telah memberikan ilham untuk saya berkongsikan sedikit tips. silakan untuk membaca. terima kasih


Tips berguna untuk anda:

1. Simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai dalam peti keselamatan bank.
2. Asingkan jenis-jenis barang kemas semasa menyimpan.
3. Jangan simpan semua barang kemas dalam beg tangan semasa pergi beraya kerana takut tertinggal atau dicuri semasa orang ramai.
4.  Cara membersihkan barang kemas – campurkan sabun dalam air panas dan masukkan barang kemas. Angkat bila air suam dan berus perlahan dengan berus gigi. Bilas dengan air sejuk dan biar kering.
5.  Jika sorok barang kemas, jangan lupa di mana tempatnya.
6  Jangan pakaikan anak dengan barang kemas semasa hendak pergi membeli-belah kerana kemungkinan akan diragut.
7.  Bila ke kedai emas, cari tempat letak kereta yang paling hampir.
8.  Jangan pakai terlalu banyak barang kemas pada satu masa kerana rekaannya tidak jelas dan tidak cantik.
9.  Barang kemas asas yang mesti ada – rantai, gelang, cincin dan kerongsang. Beli yang boleh dipakai dengan semua baju.
10. Bagi yang belum ada barang kemas, beli satu rantai tangan pintal kerana rekaannya evergreen, sesuai dengan semua baju dan cangkuknya selamat.
  • Pastikan anda memegang cincin pada gelungnya, tidak pada batu berlian. Jari anda boleh meninggalkan lapisan nipis berminyak pada batu yang akan mengurangkan kilauannya. Ia boleh diatasi hanya dengan menghembus perlahan-lahan pada permukaan cincin, selepas itu gosok lembut dengan kain pengesat cermin mata
  • Dapatkan khidmat pakar emas bagi memastikan ikatan tatahan cukup teguh setiap 12 - 18 bulan sekali. Ini penting terutama bagi cincin emas putih yang jauh lebih rapuh berbanding emas kuning.
  • Anda mungkin ingin memakai cincin berlian setiap masa, tetapi adalah lebih elok menanggalkannya setiap kali melakukan aktiviti lasak. Walaupun berlian emas sangat keras, pukulan kuat boleh menyebabkann ia sompek atau retak. Jangan letak cincin anda di tepi sinki atau berdekatan dengan lubang longkang kerana kemungkinan anda terlanggar barang kemas dan boleh menyebabkan ia hilang dalam air.
  • Simpan cincin berlian dalam kotak berasingan atau beg lembut kecil bagi mengelak batu permata lain daripada tercalar akibat bergesel dengan barang kemas lain. Cara lain adalah dengan membalut cincin berlian dalam fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil tertutup
  • Simpan barang kemas di tempat kering. Udara yang keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas sebarang batu permata.
  • Klorin boleh menyebabkan lekukakn hodoh atau perubahan warna pada "ikatan" tatahan atau gelung cincin. Elak daripada menyarung cincin ketika mengguna sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur atau ketika berenang dalam kolam mandi.
  • Cara paling selamat membersih barang kemas ialah menggunakan air suam bersabun. Kekotoran atau minyak yang terkumpul pada berlian boleh hilang dalam campuran 50/50 air dan amonia. Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dengan berus gigi lembut. Bilas dengan cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata.
  • Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkan kilauannya dengan sapuan lembut fabrik chamois. untuk hilangkan kesan kusam, rendam dengan air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dengan berus gigi lembut.