Selepas selesai solat sunat aidiladha, aku pulang ke rumah bersama bapaku. Tiba di rumah, baru ku tersedar sunjunku telah habis sejak daripada malam semalam lagi. Tanpa pikir panjang ku capai motor lalu terus ke kedai yang tidak asing lagi beroperasi 24 jam dalam sehari "7-11". Terpandangku kepada surat khabar Harian Metro yang dipesan bapaku, lantas ku gapai ia dan membayarnya.
Terasa dahaga tekak ini,kataku dalam hati. Aku terus menuju ke kedai minum yang berdekatan walaupun aku tahu di rumah memang sudah siap tersedia hidangan lazat seperti rendang,ketupat dan bermacam juadah streotaip  di musim perayaan ini. Sesampainya aku di kedai, ku lihat beberapa kerat manusia seperti aku, yang mungkin masih tidak balik ke rumah dan singgah disitu untuk menikmati sarapan pagi atau tak kurang juga yang membungkus makanan.
"Teh Ais 1 bang"ujarku kepada pelayan di situ." Baik bang, makan?"katanya."Em....makan tak nak lah bang"kataku.Dia mengangguk paham padaku. Aku bingkas mencari kerusi yang agak redup sedikit kerana waktu ini matahari sedang molek terus ke paksinya di atas kepala. Terasa bahangnya di tengkukku yang sudah berkeringat ini. Ku labuhkan punggungku ke kerusi yang mana di sisiku mampan, seorang yang digelar ayah, bersamanya dua orang anak-anak kecil seakan umur 6 tahun. Putera dan puteri, cukup lengkap keluarga ini, bisik hatiku sendirian.
"Bang, teh ais" sambil meletakkan gelas yang berisi air di hadapan mejaku."Ok. time kasih bang" ujarku sambil melemparkan senyuman kepada pelayan itu.
Fikiranku mula berselerak ke sana ke mari. Mataku meliar melihat sekeliling. Aku keliru sedikit, kerana pada pandangan mata kasar.seorang ayah dan dua anak kecil ini persis tidak cukup seorang lagi bagi melengkapkan sebuah keluar. Jawapanku jawab sendiri. "Ah......patutla, mak dorang takde kat situ..mungkin kat umah kot.Ishh! kalau kat umah, apasal pulak dorang ni makan kt kedai ni, takkan mak dorang tu tak masak kat umah" merungut ku sendirian. Sambil melepaskan hembusan asap rokok winston light,  aku berfikir sejenak. Mungkin sayu dan pilu hati kedua orang putera dan puteri si Ayah ini, ketiadaan ibunya pada pagi Aidiladha ini.
Jelas terpampang dengan kemonyokkan  wajah mereka membuatkan ku sendiri seakan faham isi hatil kecil mereka. namun, apa boleh ku buat..akukah siapa untuk keluarga ini untuk bersoal dengan mereka, dengusku lagi.
si Ayah memujuk puteranya untuk makan, tetapi tidak dilayan oleh anak itu. Mungkin dia memberontak,mungkin dia inginkan ibunya atau mungkin saja apa yang tengah difikirkan budak kecil baru berumur 6 tahun itu. Puterinya dengan tudung, comel ku lihat dia menyuapkan makanan kemulutnya sambil memujuk siputera itu untuk makan.
Sayugia aku terpanggil, mungkin ada kisah di sebalik keluarga ini. Kemanakah ibunya ketika ini? persoalan yang mungkin tidak mampu untuk menjawabnya, tapi jelas terpampang wajah mereka persis tidak lagi menggambarkan keriangan di pagi raya ini, sebaliknya sayu dan pilu tersorok di kotak hati kecil itu.
Sekian.....
disini ada disisihkan sekali lagu yang menyentap bagi sesiapa saja yang mendengarnya time raya, xdapat balikkampung.hehehe. lagu "DARI JAUH KU POHON MAAF - SUDIRMAN", memang sentap wa cakap lu..hehe
ni, ada lirik ngan video yang didatangkan khas untuk anda...
p.s : tapi memang x sedap ngan x ori langsung.hehehe
hehe, dengar jer ler...
Adakah anda selalu yakin dengan apa jua dalam menjalankan kehidupan seharian anda?.jika YA, mungkin anda adalah calon orang-orang yang berjaya, maka jika tidak..check lah dlu, jika anda tersenarai dibawah ini dan terus ambil tindakan supaya anda tidak berada dalam golongan orang-orang yang gagal.
Kejayaan akan datang dengan usaha ayang berterusan ( a.k.a ISTIQAMAH )
sO. dibawah ini ada review sedikit untuk anda dari saya....Silakan,
4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri adalah:

1. Anda takut mencuba.

Mencuba adalah melakukan sesuatu buat pertama kali. Anda takut mencuba sebab Anda ragu.

Bila Anda sudah tidak mahu melakukan apa-apa untuk mencuba serta memilih untuk kekal sebegitu, keyakinan diri Anda langsung tidak ada. Keyakinan diri tetap tidak akan ada selagi hal ini belum diubah.

2. Anda sangsi pada kebolehan diri Anda.

Anda sangsi pada kebolehan diri sebab Anda taksub pada kebolehan orang lain. Anda nampak orang lain lebih berkaliber daripada diri Anda sehingga Anda sendiri mempersoalkan di mana kebolehan Anda. Anda merasa tidak yakin kerana kebolehan orang lain yang Anda nampak tu jauh lebih tinggi, terasa bagai mustahil untuk Anda menyamai kebolehannya. Maka, Anda tak nampak di mana kekuatan Anda.

3. Anda terlalu banyak minta pendapat orang lain, kurang mendengar suara hati sendiri.

Apabila terlalu banyak meminta pandangan orang lain, Anda akan jadi ‘konpius’ kerana menerima berpuluh pendapat berlainan hingga menyebabkan  Anda tidak yakin pada diri sendiri. Meminta pendapat itu boleh, tapi biarlah untuk Anda mencari idea baru sebagai pelengkap kepada idea yang Anda telah fikirkan.

Perangai meminta pendapat jika dilakukan berlebihan akan membuat Anda hilang keyakinan sebab Anda menyerahkan nasib hidup Anda untuk ditentukan oleh orang lain melalui pendapat-pendapat mereka. Anda bagaikan tidak tahu ke mana arah yang mahu dituju.

Kekadang ada orang suka memperbodohkan Anda dengan memberi pendapat palsu. Hati-hati dengan orang sebegini.

Dengarlah suara hati Anda. Roh Anda tahu apa yang terbaik untuk diri Anda di iringi panduan ilham dari Tuhan.

4. Anda banyak mengutuk diri sendiri.

Anda manyumpah-nyumpah diri sendiri sebab melakukan kesilapan. Anda sukar menerima kesilapan. Anda merasa malu, kecewa, hampa. Perasaan ini terperap dalam di minda Anda berbulan-bulan lamanya.

Itu hanyalah 4 petanda dominan.

Jika salah satu daripadanya ada pada Anda, berwaspada kerana ia akan menghancurkan motivasi Anda sekelip mata. Anda akan susah membina rasa yakin diri.


Sebagai penutup, semoga hadith ini dapat memberi inspirasi untuk kita  sentiasa memiliki keyakinan yang kukuh dan keistiqomahan dalam  bertindak (positif), demi menggapai kejayaan dalam hidup di dunia dan  akhirat.

Dari Abu Amr-ada yang menyebutnya Abu ‘Amrah-Sufyan bin AbdillahAts-Tsaqofi, dia berkata: Saya berkata,“Wahai  Rosulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallama, katakan kepada saya tentang  Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan seseorangpun selainmu.”  Beliau menjawab, ”Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, lalu  beristiqomahlah.” (H.R. Muslim). Hanya saja, istiqomah dalam hadith ini  tak berlaku untuk hal-hal buruk, kejahatan atau maksiat.

“Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.” (At-Thoriq: 17)
Kita sering melihat diluar sana, termasuk mungkin rakan-rakan kita dengan pelbagai "peel" untuk mencari kejayaan tidak kira sama ada dalam bidang pendidikan,pekerjaan ataupun dalam bidang kebahagiaan atau mencari keredhaah ilahi. Akan tetapi berapa ramaikah yang berjaya dan berapa ramaikah yang kecundang untuk mencari kejayaan dalam hidup ini.Baiklah review di bawah ini akan menerangkan jenis-jenis orang yang menempah kegagalan..adakah kita seperti itu...sama-samalah fikirkan

1. PEMBUANG MASA

Golongan ini memang favourite antara kita. Malah mungkin kita sendiri kadangkala termasuk dalam golongan ini. Mereka ini sering membuang masa padahal macam2 perkara berfaedah boleh dilakukan. Jauhilah diri dari golongan ini kerana ia paling mudah dijangkiti. Untuk berjaya, fokuskan usaha, tenaga dan masa kita kepada perkara yang berfaedah dan memberi pulangan kepada diri kita, keluarga dan agama. Masa jauh lebih berharga daripada emas kerana perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa yang telah berlalu mana mungkin kita akan mendapatkannya lagi...

2. PEMBERI ALASAN

Golongan ini juga mudah untuk kita sertai. Mereka ini sering kali mudah memberi alasan daripada memikul tanggungjawab. "Mengapa lewat datang kerja?" Jawapan: "sebab traffic jam" Soalan: "Mengapa tak siap lagi kerja tu?" Jawapan: "Komputer kena virus" Soalan: " Mengapakah tak nak join perniagaan yang hebat ini?" Jawapan: "Tak ada Modal". Teringat pula pada kata2 sifu motivasi negara Dato Dr Fadhilah Kamsah. "Orang lain buat duit kita asyik buat alasan saje...yang amat dalam maknanya. Janganlah kita terlalu mudah buat alasan kerana kunci kejayaan terletak pada pilihan yang kita buat. Samaada kita datang lewat maka tidak dapat siapkan kerja atau tidak mahu mulakan perniagaan maka kita tiada peningkatan pendapatan itu semua pilihan kita percayalah.

3. SERING MENYALAHKAN ORANG LAIN.

Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitaran sebagai penyebab mereka tidak berjaya. Ketika gawat ekonomi dulu ramai usahwan merungut, "susah nak cari pelanggan ekonomi down". Benarkah ekonomi yang salah? Ataupun kita yang tak pandai mencari peluang lain ketika ekonomi kurang stabil ? Ataupun kita yang tidak menggandakan usaha ketika ekonomi menuntut kita untuk lebih berusaha? Ataupun kita tidak sediakan plan B jika sesuatu yang tidak dijangka terjadi kepada perniagaan kita. Untuk berjaya 100% tanggungjawab perlu dipikul oleh diri sendiri. Sesuatu yang hebat yang berlaku kepada diri kita adalah atas usaha kita. sesuatu yang tidak diingini juga berlaku, juga adalah salah kita sendiri..

4. BERFIKIRAN NEGATIF

Memang lumrah kita manusia mudah berfikiran negatif berbanding positif. Statistik menunjukkan 90% antara kita adalah berfikiran negatif 10% aje yang berfikiran positif dan hanya 1% daripada 10% itu yang sentiasa positif. Yang menjadi masalahnya golongan negatif ini menjadi terlalu ramai kerana mereka sering menyuarakan fikiran negatif tersebut dan seterusnya tersebar virus2 negatif itu kepada yang lain. sebagi contoh: apabila kita nak memulakan sesuatu perniagaan , mungkin keyakinan kita agak ragu2. sering kali perasaan takut atau negatif itu terlintas dalam fikiran kita dan membuatkan kita lemah semangat. Lebih buruk lagi pada masa yang sama ada pula kawan yang menyuarakan pandangan yang negatif. Pastinya akan memberhentikan langkah kita.

5. TIDAK ADA USAHA UNTUK MENAMBAH ILMU.

Pernahkan anda terfikir kita terpaksa belajar selama 5 hingga 10 tahun untuk mendapat sekeping ijazah dengan membelanjakan puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk menamatkannya. setelah graduate kita hanya dibayar sekitar 2ribu hingga 5ribu sebulan. Ramai antara kita yang sanggup.Tetapi untuk memulakan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan puluhan malah ratusan ribu ringgit sebulan kita tak sanggup untuk belajar untuk menambah ilmu walaupun cuma untuk tempoh 6bulan hingga setahun dan hanya membelanjakan tak sampaipun sepuluh ribu. Ramai kita yang tak sanggup. untuk berjaya 100% proses menuntut ilmu perlulah berterusan kerana kita baru dalam bidang ini walaupun kita telah ada Phd sekalipun dalam bidang lain tak bererti kita lebih pandai jika masuk ke bidang perniagaan ini.
Orang berfikiran positif, dia akan anggap gurauan sebagai satu hiburan. 
Orang berfikiran negatif, dia akan menganggap gurauan sebagai satu sindiran.
Orang yang suka menyindir, cepat terasa dan cepat bersangka buruk terhadap kata-kata yang tidak betul, dia sebenarnya orang berfikiran negatif. 
Jika Anda orang sebegini, maka Anda adalah seseorang yang berfikiran negatif. 
Jika Anda tidak ambil kisah dengan gurauan, sindiran pedas mahupun kata-kata tohmah, Anda seorang insan berfikiran positif.
Orang berfikiran positif mempunyai daya tahan tinggi apabila berdepan sesuatu yang bersifat negatif misalnya sindiran, kemarahan, permasalahan.
Secara ringkasnya, orang berfikiran positif ni mudah memaafkan, mudah melupakan, lebih banyak memainkan peranan dari mempersoalkan hak.
Orang berfikiran positif lebih suka menyelesaikan masalah. Orang berfikiran negatif lebih banyak mempertikaikan masalah.
SEREMBAN . - Seorang lelaki warga India yang cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM3.9 juta mungkin menyangka tidak akan ditahan pihak berkuasa selepas dia terlepas daripada pemeriksaan keselamatan sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Ahad lalu.
Namun, tanpa disedari, dia sebenarnya termasuk perangkap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengesan suspek lain di negara ini.
Hasilnya, selain suspek berusia 37 tahun, JKDM menahan dua lagi suspek warga tempatan berusia 20 dan 55 tahun ketika urusan penyerahan dadah dilakukan di hadapan sebuah hotel murah di ibu negara, pukul 12 tengah malam semalam.
Timbalan Pengarah JKDM Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, lelaki India itu tiba di ibu negara dari Bangalore, India melalui LCCT pada pukul 10.30 malam, Ahad lalu.
Ketika pemeriksaan bagasi, pihaknya mendapati lelaki itu membawa 15 alas kaki yang dimasukkan di dalam sebuah beg.
"Hasil pemeriksaan kita dapati alas kaki itu terlalu berat dan hasil imbasan menunjukkan ada serbuk mencurigakan di dalamnya.
"Kita mengambil keputusan melepaskan lelaki itu dan pada masa sama pasukan khas ditubuhkan untuk mengekori suspek," katanya pada sidang akhbar di Kampung Jijan, Nilai dekat sini hari ini.
Liah memberitahu, selepas keluar dari LCCT, lelaki tersebut terus ke sebuah hotel murah di ibu negara dan bertemu dua lelaki warga tempatan.
"Beberapa pegawai JKDM lalu menahan kesemua suspek. Kita percaya kesemua suspek sedang melakukan urusan penyerahan dadah di hadapan hotel berkenaan sebelum serbuan dilakukan," jelasnya.
Menurut Liah, selain menemui 15.6 kilogram syabu, pihaknya turut menemui tujuh gram dadah dipercayai syabu bersama wang tunai RM10,000 dalam dua kereta milik lelaki warga tempatan itu.
"Berdasarkan dokumen perjalanan kita mendapati lelaki warga India itu berulang-alik ke negara ini sebanyak tiga kali dalam sebulan sejak Mei lalu.
"Dengan tertangkapnya kesemua lelaki itu, kita percaya JKDM dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa di negara ini," katanya.
Liah berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan direman selama tujuh hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tenaga atom atau kuasa nuklear dibekalkan kepada berjuta-juta rumah-rumah seluruh dunia. Di bawah adalah senarai 10 kuasa nuklear terbesar di dunia. berbanding dengan sumber-sumber pengeluaran kuasa elektrik lain, tenaga nuklear mempunyai kurang berbahaya terhadap alam sekitar. Misalnya kuasa nuklear tidak memancarkan mana-mana bahan pencemar bahan udara kerana ianya terkawal. Tumbuh-tumbuhan kuasa nuklear menyediakan kuasa boleh diramalkan yang kos rendah di harganya amat stabil dan penting dalam memelihara kebolehpercayaan sistem kuasa elektrik. Bagaimanapun , krisis nuklear di Jepun (Fukushima Nuclear Power Plant) telah menarik perhatian kepada pengeluaran kuasa nuklear di dunia, mengingatkan kita tentang malapetaka-malapetaka dan kemalangan-kemalangan , dan membawa kepada peningkatan ke atas sumber  tenaga. Disini terdapat 10 kuasa nuklear terbesar yang  di dunia…

10. Fukushima Daiichi 4,696 MWh (Okuma, Japan)



9. Oi 4,710 MWh (Fukui prefecture, Japan)


8. Bruce Nuclear Power Plant 5,090 MWh (Inverhuron & Tiverton, Canada)


7. Cattenom Nuclear Power Plant 5,448 MWh (Cattenom, France)


6. Paluel Nuclear Power Plant 5,528 MWh (Normandy, France)



5. Gravelines Nuclear Power Plant 5,706 MWh (Gravelines, France)


4. Zaporizhzhia Atomic Energy Plant 6,000 MWh (Enerhodar, Ukraine)


3. Yonggwang Atomic Energy Plant 6,137 MWh (Yonggwang, South Korea)


2. Uljin Nuclear Power Plant 6,157 MWh (Gyeongsangbuk-do province, South Korea)


1. Kashiwazaki-Kariwa Nuclear Power Plant 8,212 MWh (Niigata prefecture, Japan)


Hai semua, disini ade satu gambar yang menarik untuk ditengokkan..gambar ni macam menunjukkan sesuatu objek ibarat macam satu lembaga yang berkepak..( p.s kalo x silap aku la )
Silalah komen kalau rase ayat ni x betul..tenkiu-tenkiu



Salam semua. sementara menunggu jam masuk ke dalam angka 12.00am, aku cuba juga memerahkan idea untuk menulis paling tidak 1 entry 1 hari. p.s : kalau tak sedap bace jangan mara, budak baru lagi ni)
Isu kali ini cuma nak terangkan kat engkorang semua, mungkin jugak pertanyaan yang mana adakah RUMAH yang pertama dalam hidup korang ni senang atau susah untuk dimilikinya. aku jawab susah. sebab apa susah,

  • golongan muda sekarang tidak besar gaji, macam orang dewasa/tua yang sudah mencapai gaji 4,5 angka sebulan. so, dorang takde masalah nak bubuh 10%  untuk beli rumah. macam contoh, harga rumah sekarang yang aku survey di area Lembah Klang, khususnya di bandar, hampir 300-500k rumah yang sudah siap dibina. bagi golongan muda agak kurang senang mendengar harga itu tapi itulah hakikatnya. dan yang paling penting harga ini akan naik dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun.
so sekarang, baru aku paham kenapa ramai orang kawin tetapi untuk terus beli rumah tidak. mungkin ini jawapannya. mereka mengumpul dana dari masa ke semasa untuk membeli rumah idaman mereka.
pada aku. aset itu adalah penting akan tetapi aset kebahagian itu lagi penting dari segala apa yang ada di alam semesta ini...hehehe ( poyos sikit )
Jadi untuk konklusinya, sama-sama kita fikirkan bagaimana untuk kita mudah membeli rumah nanti..

Sekian
Kat sini ada beberapa gambar untuk ilusi visual. korang dapat x nampak gambar ini selain dari gambar ini..
Cuba lihat..n komen cikit.heheh