sakit perut atau sinonimnya dengan cirit-birit adalah perkara yang sering kita dengar. apakah penyebab sakit ini ?

nama saintifik : diarrhea
definisi cirit birit :  merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.
Definisi untuk diarea sebenar ialah peningkatan berat najis melebihi 200 gm dalam 24 jam.

tanda awal

  •  rasa kurang selesa dibahagian perut
  • sakit dibahagian ulu hati 
  • Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan 
  • Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.
simptom

  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus
  • Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.
tempoh sakit
 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.

sebab kejadian cirit birit
  • Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:[1]
  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar.
  • Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
  • Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
  • Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
tahun ini ramai yang dapat penyakit ni, betapa serius sakit ni pada manusia..??
jom kita tengok keja..
thanks... :D

APA ITU PENYAKIT DENGGI?
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.


JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

b. Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.

Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.



PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti

Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.

2. Aedes albopictus

Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.

Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

CARA JANGKITAN
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.

Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Cara jangkitan penyakit denggi

TEMPAT PEMBIAKAN

Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.

Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

A. Di dalam rumah

1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.

2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.

3. Perangkap semut.


B. Di luar rumah

1. Di dalam tayar buruk.

2. Saluran air hujan.

3. Tin-tin kosong atau botol.

4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan

5. Cawan getah

6. Lubang pokok

7. Tunggul buluh

8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas


TANDA-TANDA ATAU GEJALA
1. Demam Denggi Klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam Denggi Berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.


DIAGNOSIS PENYAKIT DENGGI
Diagnosis demam denggi secara klinikal kadangkala menyebabkan kekeliruan . Oleh itu diagnosis makmal adalah sangat penting. Terdapat 3 teknik untuk mendiagnosis denggi di makmal iaitu secara isolasi virus, serologi dan mengenalpasti DNA virus denggi. Kini terdapat satu peralatan komersial yang dipanggil 'Dengue Blot' yang digunakan untuk tujuan yang sama.

1. Isolasi virus denggi

Isolasi virus denggi dari darah atau spesimen tisu adalah cara yang paling konklusif untuk diagnosis denggi. Walaubagaimanapun tatacara ini bukanlah mudah kerana virus ini tidak hidup dengan baik di dalam binatang dan kultur sel. Satu cara yang telah dimodifikasikan supaya keputusan didapati dengan mudah dan lebih cepat adalah dengan mengisolasikan virus melalui inokulasi larva 'Toxorhynchites splendens' (Lam 1993). Pusat Demam Denggi dan Demam Denggi berdarah di Universiti Malaya dengan kerjasama WHO telah menggunakan teknik kombinasi inokulasi nyamuk dan kultur sel nyamuk

2. Serologi

Kebanyakan makmal menggunakan teknik serologi bagi mengenalpasti penyakit denggi. Ujian piawaian bagi penyakit denggi adalah 'Haemagglutination Inhibition Test'(HI). Ujian ini berdasarkan kepada keupayaan antibodi seseorang menghalang virus denggi dari mengaglutinasikan sel-sel darah merah yang tertentu. Selain dari memastikan jangkitan denggi ujian HI ini juga berupaya memastikan samada jangkitan adalah primer atau sekunder berdasar kepada tahap antibodi. WHO telah menetapkan titer bagi jangkitan sekunder sebagai 1:2560, manakala Malaysia pula menggunakan titer1:1280.

Ujian yang lebih cepat ialah pengesanan denggi IgM melalui 'Enzyme-Linked Immunoabsorbent Assay'(ELISA). IgM ini didapati hanya seketika pada jagkitan primer dan sekunder dan pengesanan IgM di dalam serum menunjukkan kepada jangkitan aktif atau jangkitan yang baru. Lebih dari 6,000 sampel serum telah diuji dengan ujian HI dan ELISA dan didapati kedua-dua ujian adalah sama dari segi spesifisiti dan sensitiviti. Namun begitu ELISA lebih cepat, hanya memakan masa beberapa jam bagi jangkitan sekunder dan 7 hari untuk jangkitan primer.

3. Dengue Blot

Dengue Blot adalah satu peralatan komersial yang telah dimodifiaksikan dari ujian ELISA. Kajian yang telah dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Dengue Blot mendapati ia mempunyai sensitiviti 100% bagi jangkitan sekunder dan hanya 28.6% bagi jangkitan primer. Oleh itu ujian ini berguna sebagai ujian saringan terutama sekali di negeri-negeri yang endemik dimana sebilangan besar penduduk telah dijangkiti virus denggi. Sampel-sampel yang negatif perlu dibuat ujian serologi yang lain (Lam 1993).

4. Pengesanan asid nuklik virus

Ini merupakan satu teknik yang baru dengan menggunakan teknik 'Polymerase Chain reaction'(PCR). PCR telah dapat memastikan beberapa kematian akibat denggi apabila teknik-teknik lain gagal berbuat demikian.


Jawapan ada pada anda, dan hanya anda seorang sahaja yang tahu jawapannya.
usaha-doa-tawakal

Kalau anda serius dengan perniagaan anda, by now, anda patut dah sedar, untuk kekal relevan dan kekal mendominasi pasaran, anda WAJIB memastikan anda sentiasa improve.

Hari ini kita berinteraksi dengan pelanggan kategori bijak.

Mereka tahu banyak perkara tentang anda dan juga perniagaan anda. Kalau mereka mahu, mereka boleh semak dari A sampai Z tentang anda.

Bila saya kata dari A sampai Z tentang anda, ini termasuklah

  •     Harga dan caj bagi perkhidmatan anda 
  •    Kelemahan pada produk anda 
  •    Kualiti produk anda
  •    Kedudukan kewangan anda
  •    Siapa pelanggan-pelanggan anda sebelum ini

Maklumat-maklumat tersebut amat mempengaruhi keputusan mereka untuk berurusniaga dengan anda.

Proses untuk mendapatkan persetujuan pelanggan untuk membeli SEKARANG jadi lebih kompleks.

Teknik yang anda pelajari semuanya dah lapuk?

Itu yang saya rasakan apabila hampir setiap teknik jualan yang saya tahu dan yang saya gunakan gagal hasilkan jualan.

Adakah teknik-teknik ini semua dah lapuk?

Ya, memang dah lapuk. TETAPI bukanlah 100% dah tak berfungsi.

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, segalanya dah berubah. Jadi anda kena ubah cara anda gunakan teknik-teknik dan strategi jualan yang anda pernah pelajari sebelum ini.

Adakah anda perasan yang sebenarnya teknik dan strategi jualan yang anda pelajari ada kekurangan dari segi

   Macam mana anda buatkan diri anda berbeza berbanding pesaing anda?

   Macam mana nak bina kredibiliti?

   Macam mana nak survive dalam bidang jualan?

By now, anda patut dah mula sedar, apa yang saya katakan ini sebenarnya make sense.

Izinkan saya bantu anda!

Izinkan saya selesaikan masalah anda.

Hari ini saya ingin mengajak anda untuk mengubah fokus anda.

Anda dah cukup hebat! Anda dah cukup pengalaman! Anda dah cukup pengetahuan!

Namun, jika anda masih lagi belum mempunyai rahsia ini, seolah-olah anda kehilangan maklumat yang penting.

Ikhlas saya hasilkan panduan ini untuk bantu anda.

100 Rahsia Psikologi Pelanggan

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah s. 5(1) dalam Akta ini demi menjaga keutuhan data peribadi

Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan

Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

Kelima - Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan

Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

Ketujuh - Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

info lain SINI sini
p.s joint group fb disini
salam jumaat
di negara kita, semakin hari semakin ramai pengguna telefon bimbit yang berjenama
bermula dengan telefon bimbit berpenggera biasa kepada polifonik dan seterusnya di upgrade kepada jenis telefon pintar (android) dan juga telefon yang menggunakan aplikasi windows8. 
pengguna bertambah dari hari ke hari dan keuntungan pasif akan diperolehi kepada beberapa syarikat telko yang lain,jadi...
jom kita tengok siapa pemenang pengguna telefon di negara kita.. :D

menurut kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
pada tahun 2012
‪#‎bisnestelekomunikasi‬
peratusan pengguna telefon bimbit meningkat dari tahun 2008-2012
dan pengguna terbanyak adalah lelaki, bukan wanita ???
boleh lihat di sini sini
p.s boleh klik jika anda ingin cuba sesuatu yang baru di SINI
Kisah 50sen yg menyentuh hati      
Cikgu : Kenapa Alif x rehat ?         
Alif : mak sy beri 50sen sehari cikgu.. kat kantin 50sen ni dpt beli nugget je skeping,, malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget skeping jaa . Jd sy kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , jd sy dpt la mkn nugget ngan air sirap 50sen..
Sy kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Alif tertunduk malu)
Perasaan sy mula bercampur baur, sedih & sebak. d zaman 2014 ini masih ada pelajar yg membawa 50sen ke skolah. ramai d antara kita memandang 50sen itu jumlah yg kecil sedangkn bg pelajar ini 50sen sgt besar ertinya ..
Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?
Alif : Oh .. hari jumaat duit 50sen ni sy sdekah ms bacaan yasiin , cikgu.
" jwb Alif dgn bersahaja.
"mak sy kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."
Mata sy dh berkaca... sy tkejut & btambah sebak. dh la duit ada 50sen,, siap boleh sdekah pulak lg.. Ya Allah, limpah kan laa rezeki bg keluarga pelajarku ini..
luaskn rezeki mereka smoga mereka x lagi brada dlm kemiskinan..
Huh, mcm terpukul sungguh sy, bayangkn duit 50sen yg d beri utk makan, dia sdekahkn 50sen utk tabung skolah setiap Jumaat smasa bacaan yasiin..
        
mngkin cerita nie nmpk simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebih kan bersedekah .
KLIK
Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.

Teh Ais

Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.

“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal,  teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

      Pembentukan Batu Karang
Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.

Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.
klik sini

1. Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.

2. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.

3. Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.

4. Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.

5. Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.

6. Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.

7. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.

8. Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.

9. Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.

10.Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.

11.Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.

12.Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.


Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka. Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU? 

1. Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi.

2. Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.

3. Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.

4. Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.

BAGAIMANA MENGELAKKANNYA? 

1. Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.

2. Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.

3. Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

4. Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).

5. Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
klik sini


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar / terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor / kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan


mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10.Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11.Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12.Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13.Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14.Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran-jiran anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dalam mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15.Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.


16.Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17.Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18.Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19.Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20.Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21.Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
KLIK sini