Baru- baru ini digemparkan oleh berita kisah kedua-dua tajuk arikel di atas.

Makan ludah penyelia asrama
Lepas nafsu kencing muka & ‘Perangai bagai haiwan’
Penyanyi buas Anak tiri jadi ‘isteri kedua’
Entah apa lagi akan kita baca dan akan dipaparkan oleh media-media untuk kita esok,lusa dan hari-hari lain.
mungkin bagi pembaca sekitar negara kita akan berkata "Astagfirullahalazim...ape nak jadi zaman sekarang ni!!" dan beberapa momokan lain yang akan kita dengar oleh helawa telinga telinga.Namun persoalannya, sampai bilakah kejadian sebegini akan terus menjenguk kita saban hari dan Adakah kehidupan norma masyarakat kita akan seterusnya begini dan mematikan ketamaduan sahsiah diri kita akan datang.sama-sama kita fikirkan.
Saya bukanlah menyokong perkara sebegini, akan tetapi keruntuhan akhlak dan ketandusan ilmu serta sikap yang semakin menjurus kepada hasutan syaitan akan mengeruhkan lagi keadaan kita pada masa akan datang. maafkan saya dahulu, saya seperti tinggal di tempat manusia yang tidak lagi percaya kepada pegangan yang betul, hanya meneruskan kehidupan di tempat yang mana "asal bangun saja mau wangggggggg!!!!"
untuk itu sama-sama kita fikirkan cara bagaimana untuk kita perbetulkan minda dan sikap masyarakat kita agar dapat berada dilandasan yang betul dan tidak mengikut hawa nafsu serakah dan hasutan syaitan yang tidak kering gusi melihat,ketawa kepada kita kerana mengikut segala ajakan amarahnya.sekian

p.s : maafkan saya, nukilan hang leqiu10
Seringkali anda memakai seluar, bahagian perut anda terasa sangat susah untuk menyarung seluar yang anda baru sahaja beli bulan lepas. Masalah ini mungkin hilang ketika anda bersama teman anda keluar melepak di kedai makan mamak/mapley yang berdekatan. sambil ketawa berdekah-dekah, mee goreng, kentang goreng, teh ais, neskafe ais dan pelbagai makanan & minuman telah masuk ke dalam perut anda tanpa dipaksa oleh mulut dan tangan anda.
itulah rentetan yang selalu kita dengar daripada kawan-kawan rapat kita.APA kata, anda sarankan senaman sihat ini untuk mereka agar mereka dapat mengekalkan badan sihat, cantik menawan dan segak.hehehe
Langkah demi langkah:

(1&2) KAKI...untuk menguatkan kaki, luruskan badan sambil kedua-dua tangan memegang sebiji bola. Kemudian, dengan perlahan bengkokkan kaki ke bawah. Tahan, kira sebanyak 15 kali dan lakukannya dua set.

3&4) TANGAN BELAKANG...bengkokkan kaki kiri sambil tangan menahannya di atas bangku. Tangan sebelah kanan yang memegang dumbell diangkat lurus hingga bahagian pinggang dan hayun ke bahagian belakang secara perlahan-lahan. Tahan dan kira sebanyak 15 kali, buat dalam dua set. Ulangi rutin yang sama untuk tangan kiri. 

5&6) TANGAN DEPAN...luruskan badan dan pegang dumbell untuk dijadikan beban. Dengan perlahan-lahan, bengkokkan tangan ke atas hingga paras bahu. Ulang sebanyak 15 kali, buat dua set bagi menguatkan otot pada bahagian tangan depan.

p.s : selamat mencuba..heheh
IALAH degupan jantung yang pantas dan ia berlaku sepanjang masa .AF ialah gangguan rentak jantung berterusan yang paling lazim dan menjejaskan lebih lima juta penduduk Amerika Syarikat dan enam juta orang di Eropah. Dianggarkan 0.4 peratus penduduk negara kita turut mengalami masalah inirentak degupan jantung yang tidak normal, tidak sekata dan sangat cepat iaitu antara 350 hingga 700 degupan seminit sedangkan kadar degupan jantung yang normal ialah antara 60 hingga 100 degupan seminit.

Keaadan ini berlaku apabila..........
Jantung kita mempunyai 4 bilik
- 2 bilik di bahagian atas (kiri dan kanan)
- 2 di bawah. Untuk membolehkan jantung berdegup (dan mengepam darah), ia memerlukan sistem elektrik yang dihasilkan oleh sel dalam bilik kiri atas yang bergerak ke bilik kanan atas.

Dataram Merdeka menjadi saksi indah apabila seorang remaja hampir maut apabila motosikal berjenama megah Yamaha LC 135 masuk semak ketika  ingin lari daripada sekatan jalan raya. remaja tersebut ingin melawan arus dengan kelajuan bagaikan dalam cerita "rempit" terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. dia terselamat, cedera ringan manakala motosikalnya remuk  sedikit di bahagian hadapan. 2 lagi motosikal Yamaha 125z yang merempuh sekatan jalan raya tersebut juga dapat ditahan setelah berlaku aksi kejar mengejar di kawasan berdekatan. mereka kesemuanya setelah diperiksa didapati tidak mempunyai lesen memandu, diulas oleh Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik KL (U3K).OPS selama 2 1/2 jam itu bermula 12.20pagi -3.00pagi telah menyebabkan saman dikeluarkan sebanyak  185 saman (171 motosikal 14 kereta) = 420 pemeriksaan kenderaan. 46 saman untuk tiada lesen memandu, 35 saman tiada insuran kenderaan dan 12 cukai jalan tamat serta pelbagai kesalahan lain seperti tiada flat hadapan, tiada cermin sisi dan lain-lain

p.s :- kuat diorang OPS sekarang ni kan..hehe
Minuman yang berpengaruh di negara kita seperti yang diatas terhadapa setiap individu didalam muka bumi ini. Pelbagai gerai dan kedai makanan & minuman telah meangkat kopi sebagai tema utama kedai mereka seperti. Old Town White Coffee,Starbuck, dll. Minuman ini menjadi salah satu kegemaran pertama mereka dan wujudlah pelbagai persoalan di mana, selamatkah minuman berkafein ini untk tubuh badan manusia.
( menarik perhatian setiap pengkaji untuk mengkaji kadaran kopi sebagai salah satu minuman utama manusia )

ALZHEIMER
-penyakit ini boleh mengganggu fungsi sistem otak
-pesakit boleh merosot pengingatannya, membuat keputusan dan memahami perbualan(lampi @ lambat pikap)
-pesakit boleh juga berubah sikap dan ia selalu terjadi kepada ketika usia mencecah 60 tahun ke atas.
-faktor persekitaran & genetik juga mempengaruhi pesakit ini.

Namun demikian, punca utama penyakit ini masih dapat belum didapati sehingga kini. Beberapa kajian telah dijalankan dan mendapati serta mencadangkan bahawa pengambilan KOPI dapat mengurangkan risiko Alzheimer.
KAJIAN KES untuk golongan pertengahan mendapati bahawa dengan kopi, risiko lebih rendah untuk mereka mendapatkan  penyakit Dementia & Alzheimer apabila umur mereka meningkat.
Individu minum 3-5 cawan sehari mendapati risiko lebih rendah daripada individu yang tidak minum.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.
Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.
Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.
“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.
“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Faizal Hussin 41, (bukan pelakon) akibat membeli Iphone dalam laman sesawang telah membuat dirinya tertipu dan kerugian RM 1750. bekerja sebagai pengurus salah sebuah syarikat swasta dan tinggal di taman impian jaya johor bahru. telah menempah sebuah Iphone daripada syarikat Jay One Communication & Services dan telah membayar ke atas akaun penama Yow Wei Xian dan dijanjikan 2hari kiriman pos laju akan sampai ke rumahnya.Alangkah terkejut dan terkujatnya beliau apabila bungkusan yang diterimanya bukanlah Iphone, tapi berus cat terpakai, komik berbahasa cina dan sebuah telefon mainan. kerana marah dan rasa tertipu beliau telah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).Selain itu juga faizal telah mencari alamat syarikat tersebut dan mendapati sebuah rumah yang disewa sekumoulan melayu.akhirnya, pihak TTPM telah menyuruh Yow Wei Xian untuk membayar ganti rugi sebanyak rm1750 kepada faizal.









p.s: hati2 membeli belah kt internet ni tau.
DATUK SERI LIOW TIONG LAI/MENTERI KESIHATAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata punca virus yang disebabkan pencemaran air disalurkan kepada dua daerah di Batang Padang dan Hilir Perak juga sudah dikenalpasti."Kita telah kenalpasti punca dan bilangannya telah dikawal. The number goes up to 2k cases, now we have identified the cost of pollution and we will address the situation."Katanya,  kematian melibatkan dua bayi berusia dua dan 10 bulan di perak itu disebabkan kekurangan air akibat cirit birit yang teruk.
Sebelum ni kecoh sekejap di ruang legar ke udara mengenai topik ini, atas dasar ingin tahu aku pun search la bab ni. sebab utama jugak tempat serangan virus ini adalah salah satu kampungku, agak bahaya jugak kalau kita lihat virus ni untuk kanak-kanak. ( kenapa tak serang dewasa )
Virus ni sama seperti penyakit cirit-birit teruk a.k.a selsema perut. walaupun nampak berbeza dengan selsema tetapi virus yang dikenali sebagai RNA dalam keluarga Reoviridae. Setiap kanak-kanak akan terkena penyakit ini paling kurang sekali seumur hidupnya. virus ini tidak sekuat mana dan jika ia terkena kepada orang dewasa, tidak menjadi apa-apa perubahan dalam sistem imunan badan.Virus ini dihantar oleh laluan tinja oral dan ia akan menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang terdapat dalam usus kecil dan menyebabkan gastroenteritis. Rotavirus telah ditemui dalam 1973 di luar negara, hampir 500,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mati akibat jangkitan rotavirus dan setiap tahun hampir 2 juta lebih menjadi sakit teruk di United States. Sebelum permulaan program pemvaksinan rotavirus, rotavirus menyebabkan kira-kira 2.7 juta kes gastroenteritis teruk pada kanak-kanak, hampir 60,000 kemasukan ke hospital , dan sekitar 37 kematian setiap tahun.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan? 
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.

Sumber – Kementerian Kesihatan Malaysia
p.s : jaga tubuh badan kita agar sihat sampai akhir hayat ....







Isteri atau suami yang salah..hehe, pasal CD tak pulang. seorang isteri terkena 1 tamparan hebat jurus langit ke-6  apabila menekan hot-button suaminya apabila memaksa suaminya memulangkan CD lagu yang dipinjam dari abg kandung isterinya. selesai menampardan memukul kepala isteri, suaminya menurunkan isterinya di salah satu jalan di ibukota raya dan meninggalkannya.sebenarnya suami tersebut ingin membeli CD baru kerana CD tersebut telah rosak sebelum memulangkan kepada abg iparnya. tapi apakan daya "malang tidak berbau". hehehe





p.s : jangan menekan kalau takut tekanan :D