Salam sejahtera.
Masa kini, sudah ramai rakyat kita yang celik mata tentang keajaiban emas yang sudah lama terletak di muka bumi ini. dengan harga yang selalu melonjak naik dan tinggi itu membuatkan kita tidak senang duduk jika masih tidak memiliki barang kemas seperti rantai, gelang, cincin, jongkong, syiling dan pelbagai lagi barangan berasaskan emas. Persoalannya, adakah emas ini selamat jika kita memakainya selalu dan menyimpannya di rumah tanpa pengawasan dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Kes kecurian, rompakan yang kini kian meninggi statistiknya melibatkan rakyat kita sendiri yang menjadi mangsa atau pemangsa telah memberikan ilham untuk saya berkongsikan sedikit tips. silakan untuk membaca. terima kasih


Tips berguna untuk anda:

1. Simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai dalam peti keselamatan bank.
2. Asingkan jenis-jenis barang kemas semasa menyimpan.
3. Jangan simpan semua barang kemas dalam beg tangan semasa pergi beraya kerana takut tertinggal atau dicuri semasa orang ramai.
4.  Cara membersihkan barang kemas – campurkan sabun dalam air panas dan masukkan barang kemas. Angkat bila air suam dan berus perlahan dengan berus gigi. Bilas dengan air sejuk dan biar kering.
5.  Jika sorok barang kemas, jangan lupa di mana tempatnya.
6  Jangan pakaikan anak dengan barang kemas semasa hendak pergi membeli-belah kerana kemungkinan akan diragut.
7.  Bila ke kedai emas, cari tempat letak kereta yang paling hampir.
8.  Jangan pakai terlalu banyak barang kemas pada satu masa kerana rekaannya tidak jelas dan tidak cantik.
9.  Barang kemas asas yang mesti ada – rantai, gelang, cincin dan kerongsang. Beli yang boleh dipakai dengan semua baju.
10. Bagi yang belum ada barang kemas, beli satu rantai tangan pintal kerana rekaannya evergreen, sesuai dengan semua baju dan cangkuknya selamat.
  • Pastikan anda memegang cincin pada gelungnya, tidak pada batu berlian. Jari anda boleh meninggalkan lapisan nipis berminyak pada batu yang akan mengurangkan kilauannya. Ia boleh diatasi hanya dengan menghembus perlahan-lahan pada permukaan cincin, selepas itu gosok lembut dengan kain pengesat cermin mata
  • Dapatkan khidmat pakar emas bagi memastikan ikatan tatahan cukup teguh setiap 12 - 18 bulan sekali. Ini penting terutama bagi cincin emas putih yang jauh lebih rapuh berbanding emas kuning.
  • Anda mungkin ingin memakai cincin berlian setiap masa, tetapi adalah lebih elok menanggalkannya setiap kali melakukan aktiviti lasak. Walaupun berlian emas sangat keras, pukulan kuat boleh menyebabkann ia sompek atau retak. Jangan letak cincin anda di tepi sinki atau berdekatan dengan lubang longkang kerana kemungkinan anda terlanggar barang kemas dan boleh menyebabkan ia hilang dalam air.
  • Simpan cincin berlian dalam kotak berasingan atau beg lembut kecil bagi mengelak batu permata lain daripada tercalar akibat bergesel dengan barang kemas lain. Cara lain adalah dengan membalut cincin berlian dalam fabrik lembut, kertas tisu atau beg kecil tertutup
  • Simpan barang kemas di tempat kering. Udara yang keterlaluan atau lembap memberi kesan ke atas sebarang batu permata.
  • Klorin boleh menyebabkan lekukakn hodoh atau perubahan warna pada "ikatan" tatahan atau gelung cincin. Elak daripada menyarung cincin ketika mengguna sebarang pencuci perkakas rumah atau ubat peluntur atau ketika berenang dalam kolam mandi.
  • Cara paling selamat membersih barang kemas ialah menggunakan air suam bersabun. Kekotoran atau minyak yang terkumpul pada berlian boleh hilang dalam campuran 50/50 air dan amonia. Rendam cincin 30 minit kemudian kesat dengan berus gigi lembut. Bilas dengan cermat dan kering menggunakan fabrik pengesat cermin mata.
  • Jika cincin berlian anda kelihatan malap, serlahkan kilauannya dengan sapuan lembut fabrik chamois. untuk hilangkan kesan kusam, rendam dengan air suam bersabun bercampur sedikit titisan amonia dan gosok dengan berus gigi lembut.

Seorang pencuci bas menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia kelihatan seperti sedang tidur berbantalkan lengan di atas meja makan selepas menghabiskan segelas teh tarik di sebuah warung dekat Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini semalam.
Rahman Ibrahim, 74, dari Melaka tetapi hidup sebatang kara di kawasan Bukit Bintang di sini sejak 10 tahun lalu, ditemui telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung oleh pekerja warung berkenaan pada pukul 12 tengah malam.
Pekerja yang enggan dikenali itu memberitahu, sebelum meninggal dunia, dia nampak Rahman yang telah selesai minum mengurut-urut dadanya sebelum meletak kepala di atas lengan seperti orang sedang tidur
 ( KUALA LUMPUR )

PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.
Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.
“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.
Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.
Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).
“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.
Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.
Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu -KUALA LUMPUR-
Salam sejahtera kepada semua. pada pagi ini saya ingin kongsikan kepada anda hiv & aids. Banyak daripada kita yang mungkin sinonim dengan perkataan di atas, akan tetapi fahamkah kita mengenai makna keseluruhan daripada penyakit tersebut. di bawah saya saya kupaskan sedikit darinya daripada anda untuk anda.

Apa itu HIV (Human Immunodeficiency Virus) ?
HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Terdapat 2 jenis virus HIV iaitu HIV-1 dan HIV-2. HIV-1 merupakan jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang ramai manakala HIV-2 pula tidak begitu berbahaya. HIV menyerang Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama 70 tahun
Dalam Al-quran pula telah mempamerkan sebanyak lebih 40 kali kata akar yang berkenaan dengan "akal". Allah s.w.t juga menempelak manusia yang tidak suka berfikir. berfirman olehNYA,
Lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan

 Pernyataan di atas dapat kita saksikan bahawa kemahiran berfikir itu bermaksud kebolehan seseorang manusian itu dengan menggunakan kedu-dua domain kognitif & afektif dalam usaha untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. konklusinya, KB merupakan kemahiran seseorang menggunakan otak & hati @ tindakan.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w

Dalam badan manusia itu ada seketul daging
Sekiranya daging itu baik, maka baiklah badan itu
Sekiranya daging itu tidak baik atau busuk
Maka tidak baik atau busuklah badan itu
Daging itu adalah HATI
 domain kognitif  : berfikir dengan berasaskaan kebolehan menggunakan otak
domain  afektif : berfikir berasaskan perasaan seperti emosi, sikap seseorang dan moral individu
MUAR 1 Mac – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket dadah terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya lima lelaki dan tiga wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini pada Isnin lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, polis merampas dadah jenis syabu, heroin, ketamin, pil ekstasi, ganja dan peralatan memproses dadah termasuk tiga buah kereta mewah kesemuanya bernilai RM1 juta.
Operasi yang dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar itu turut merampas wang tunai berjumlah RM4,200.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, rumah tersebut dipercayai dijadikan makmal untuk memproses dadah sejak sebulan lalu
KUALA LUMPUR 4 Mac - Seramai 37 rakyat Malaysia termasuk enam wanita kini diburu oleh polis antarabangsa (Interpol) kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes jenayah serius yang berlaku di dalam dan luar negara sejak empat tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, usaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah menyusup ke luar negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol menemui kesukaran kerana mereka yang diburu ini licik menyembunyikan diri dengan melakukan perubahan fizikal pada penampilan dan identiti bagi mengelak dikesan.

Suspek berusia antara 21 dan 69 tahun itu diburu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dan kegiatan penyeludupan dadah membabitkan nilai ratusan juta ringgit di negara ini dan juga luar negara seperti Indonesia, Brunei serta Amerika Syarikat.

MELAKA 4 Mac - Kerajaan negeri berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa di Hong Kong bagi menangani masalah penggunaan dadah terutama dalam kalangan remaja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan negeri bercadang menghantar beberapa pegawainya ke negara itu atau mendapatkan kerjasama untuk memberi tunjuk ajar kepada pegawai di Melaka.

Menurutnya, kaedah pendidikan dan promosi yang digunakan oleh pihak berkuasa Hong Kong dilihat berkesan untuk membendung golongan tersebut terjerumus dalam penagihan dadah.

"Usaha yang lebih agresif perlu dilakukan kerana menjelang 2015 di bawah Pelan Colombo, Melaka diisytiharkan sebagai negeri bebas dadah.
SEPANG 1 Mac - Kegiatan penyeludupan dadah di pintu-pintu masuk utama negara oleh sindiket pengedaran antarabangsa dikesan masih menggunakan taktik menelan dadah, meskipun ia berisiko tinggi dan mampu mengundang maut.
Jika sebelum ini, mereka lebih gemar menyeludup masuk bekalan dadah menggunakan bagasi tarik, taktik menelan dadah dilihat tetap menjadi trend yang popular meskipun ia sudah dikesan sejak sekian lama dalam aktiviti penyeludupan oleh pihak berkuasa.
Ini berdasarkan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan tiga kes penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tahun ini yang menggunakan taktik menelan bahan larangan itu.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, tiga kes itu dikesan dalam tempoh dua minggu iaitu dari 16 Februari sehingga semalam melibatkan dadah seberat 2.56 kilogram bernilai RM626,500.
"Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga Nigeria berusia 31 tahun yang menelan 66 ketulan syabu seberat 1,056 gram dibalut dengan kondom dan plastik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Zainul Abidin, kes kedua dikesan pada 25 Februari lalu melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun juga dari Nigeria yang menelan 50 ketulan syabu seberat 1,000 gram bernilai RM250,000.
Kata beliau, kes ketiga pula dikesan pada 26 Februari lalu melibatkan lelaki Iran berusia 27 tahun yang menelan 75 ketul syabu seberat 450 gram bernilai RM112,500.
Beliau berkata, pada 25 Februari lalu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga India berumur 32 tahun di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
"Lelaki itu disyaki membawa dadah jenis ketamin seberat 4 kilogram yang disorok dalam bagasi tarik," katanya.
Beliau berkata, semua suspek kini ditahan reman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati mandatori.
Menurut Zainul Abidin, sepanjang Februari lalu, lapan kes penyeludupan berjaya dikesan melibatkan rampasan sebanyak 24.8 kilogram dadah bernilai RM3.45 juta.