SILA KLIK

"Kenapa zaman sekarang semua orang berebut tak kesudahan nak berniaga kalau boleh dari rumah guna laptop sambil goyang kaki?

Anda ingat senang?

Saya belajar dengan cara yang susah. Saya train minda saya. Yes memang ambil masa yang lama untuk saya belajar apa itu yang di maksudkan FOCUS seperti mata tajam burung helang.

Tapi saya push diri saya. Cuba bagi tahu saya. Siapa yang tak nak lifestyle dengan passive income? Travel satu dunia, duit tetap masuk. Reality memang dah ramai pun orang kerja macam ini. Cashflow 5 angka masuk setiap bulan.

Berapa ramai yang “NAK”? Tapi berapa ramai juga yang hanya sekadar “NAK” tanpa bertindak seperti orang yang benar-benar “NAK”.

Kenapa benda ni berlaku?

Sebab semangat ENTREPRENEURSHIP itu tiada dalam jati diri. Sebenarnya-benarnya mereka hanya berfikir seperti “NAK” jadi usahawan, tapi mereka sendiri masih keliru. Mereka terlupa akan sesuatu yang lebih unggul dari seminar-seminar yang kini bersepah tak cukup kira pakai jari.

Mereka tidak berfikir dan bertindak 500% seperti orang yang dah benar-benar berjaya.

Hanya mencari peluang, tapi belum benar-benar menjiwai ENTREPRENEURSHIP memang tidak akan kemana2.

Itu semua nanti jadi abu selagi INNER STRENGTH pun masih longlai.

Dalam blog post ini, saya akan tekankan cara-cara berfikir seperti orang kaya. Nak kaya? Betul nak kaya? Betul-betul nak berubah untuk jadi kaya? Betul-betul baca blog post ini dan fahamkan.

Tanya diri sendiri kenapa aku masih belum berjaya… ZERORIZE IS KEY !!!

1. Orang kaya akan cakap “aku yang resposible untuk tentukan macam mana aku nak hidup”. Orang miskin akan cakap “rezeki tiada, atau cukup la sekadar apa yang dah di beri”.

Orang miskin sentiasa akan blame orang lain, benda itu ini yang menjadi penghalang impian. Sentiasa mencari alasan tak habis-habis.

Enough!

Orang kaya sentiasa take charge of the situation! Become the alpha! You are lions.

2. Orang kaya akan invest duit untuk menang. Orang miskin akan simpan duit sebab takut nak kalah.

Penakut walau macam mana besar suara, sentiasa penakut. Kalau takut nak labur duit dengan ilmu dan perniagaan, jangan berniaga. Sebab nak berniaga mesti ada kedua-dua sekali. Ilmu itu wajib. Saya sanggup spend berpuluh ribu untuk ilmu, sebab saya yakin, pulangannya bukan sekadar duit tapi lebih dari itu. Cahaya kehidupan.

3. Orang kaya bagi 500% commitment untuk jadi kaya. Orang miskin sekadar nak jadi kaya.

Hanya pandai berkata-kata. Tapi tindakan, seperti air di dalam bekas yang berdebu. Nak kaya, tapi pemalas. Dah pemalas, jangan harap nak jadi kaya.

4. Orang kaya sentiasa berfikiran besar. Orang miskin sentiasa berfikir kecil.

Ataupun dengan kata lain, orang kaya sentiasa berfikir tentang impian. Orang miskin, hanya pandai berfikir masalah. When your dream is bigger than problems, you won’t have a problem.

5. Orang kaya focus pada peluang. Orang miskin focus pada halangan.

Peluang dah ada di depan mata tapi masih lagi berfikir “kalau tak jadi nanti macam mana…”

Nampak?

Belum buat pun lagi dah ada halangan then bagaiman nak berjaya? Tak cuba macam mana nak tahu?

Ini category minda paling lemah. Saya advice tengok cerita In Pursuit Of Happiness. Lakonan oleh Will Smith. Superb movie.

6. Orang kaya sentiasa jadikan orang yang lebih kaya sebagai idola atau peminat setia. Orang miskin angkuh, berlagak, dan sombong walaupun tak sedar diri dia miskin.

Mindset orang macam ini sebab mereka belum benar-benar Zerorize.

7. Orang kaya sentiasa bekerjasama dengan orang yang positive dan berjaya. Orang miskin, takut nak bergaul dengan orang yang berjaya.

Maka mereka pun bergaul la dengan orang sama level. Kalau dah sama level, sampai bila nak improve diri? Pelik kan manusia? Berkawan dengan orang buat RM1000 sebulan, kita pun buat RM1000 sebulan.

Common sense. Choose your friends wisely. Ini rahsia… SHHH jangan bagi tahu orang lain.

Nampak tak? Senang kan nak berjaya?

8. Orang kaya sentiasa cari jalan bagaimana nak promote diri sendiri untuk contribute value to the society. Orang miskin
a
kan sentiasa fikir aku takut nak menjual dan buat promosi.

Takut nant
i apa orang lain akan cakap. Then bagaimana nak berniaga kalau tak nak buat promotion?

All successful people are the BRAND. Nak berjaya mesti stand out from the crowd.

9. Orang kaya lebih besar dari masalah. Orang miskin lebih kecil dari masalah.

Inilah masalah kekebalan. Nak jadi kebal, diri sendiri mesti lali dengan apa sahaja masalah di depan. Tak kira masalah apa pun. Kalau kita rasa kita bawa kancil, memang kita bawa kancil la jadinya. Confirm tersekat kat sempadan Thailand. Orang lain dah naik kereta kebal pergi berperang.

Sebab mereka kebal. Bagi orang yang dah berjaya, masalah itu small pieces yang boleh di baham waktu sarapan pagi.

10. Orang kaya seperti sponge. Sentiasa menerima. Orang miskin rasa diri dia dah cukup bagus.

Cawan penuh cawan bocor. Tapi miskin tak kesudahan.

Orang kaya sentiasa nak lagi dan lagi dan lagi. Tak pernah cukup.

11. Orang kaya nak di bayar berdasar kan result yang mereka dapat. Orang miskin pilih untuk di bayar mengikut masa.

Sumber rezeki datang dari perniagaan. Bottom line, orang nak RESULT.

Masa yang terlalu banyak tapi miskin tak guna juga. Sebenarnya sebab terlalu banyak masa itulah anda masih lagi miskin.

Orang kaya sentiasa penuh kan hari-hari mereka dengan ACTION.

12. Orang kaya dia akan cakap “kedua-duanya sekali”. Orang miskin akan cakap “sama ada ini atau itu”.

Sama seperti berniaga MLM...whatever just go ahead and do it! Tak kisah yang penting dapat RESULT.

13. Orang kaya akan focus pada net worth. Orang miskin akan focus pada income pekerjaan.

Dalam perniagaan MLM jangan kejar comission. Tapi kejar net worth. Apa itu net worth. Your value as a person and your networking empire that you struggle to build. Apa lagi yang anda boleh contribute? Itulah net worth.

14. Orang kaya akan manage duit betul-betul. Orang miskin akan enjoy!

Ramai orang kecundang di sini. Pantang dapat RM30k sebulan, kereta BMW sebiji. Tak cukup sebiji, beli lagi sebiji superbike. Tak salah beli BMW, tapi apa kata kita manage duit itu simpan untuk bina asset yang berterusan hingga kekal ke anak cucu.

15. Orang kaya dia akan buat duit bekerja keras untuk mereka. Orang miskin akan kerja keras untuk duit.

Orang kaya akan reinvest duit sebagai smart investment untuk berganda-ganda kan lagi keuntungan. Orang miskin masih bangun pagi balik malam untuk dapat gaji hujung bulan. Menjadi hamba duit semata-mata untuk kayakan boss.

16. Orang kaya akan bertindak walaupun mereka takut. Orang miskin biarkan ketakutan jadi penghalang untuk terus maju.

Saya juga pernah tersangkut di sini. Lama. Saya takut bila saya berniaga MLM saya terpaksa jumpa dengan ramai orang. Sebenarnya jumpa orang ni tiada dalam kamus saya. Tapi bila saya buat tindakkan dan belajar dalam masa yang sama, rupanya orang yang takut dengan saya. Funny thing right? How our mind works.

Itu yang dimaksudkan jangan mati sebelum mati. Sebab pencapai impian, mereka bukan dari kalangan orang penakut.

17. Orang kaya akan sentiasa belajar dan sentiasa grow. Orang miskin rasa mereka dah tahu semua benda.

Ini yang terakhir, dan yang paling penting. Ilmu tak akan pernah cukup. Kita sentiasa perlukan ilmu. Lagi tinggi ilmu kita, lagi rendah diri kita berpijak di muka bumi.

Orang kaya, mereka bukan kaya, tapi mereka kaya dengan ilmu. Ingat tu.

That’s it!

17 point yang saya benar-benar genggam dalam hidup. InsyaAllah, dengan izin Allah, perjalan hidup ini akan jadi lebih cerah dan teratur.

Percayalah, kejayaan itu datangnya dari Allah. Bila kita yakin, bila kita percaya, trust me… NOTHING in this world can stop you.

~Dr. Azizan Osman~
Berani Berniaga 2014

SILA KLIK

Sumber

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Sumber
KLIK

Salam semua,
KLIK
Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku "21 Formula Hidup Luar Biasa" setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.

Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten.

“Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?”

Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangka masa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold His Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut, saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia dan di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billionaire dan philanthropists serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangka masa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9   malam selewat-lewatnya 10 malam)

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat:-

1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Saya cadangkan anda kongsikan artikel dan ebook formula ini sebagai hadiah anda kepada 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa mereka agar hati mereka sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.

Sesungguhnya, melalui the ‘Power of Giving’, kita lebih bahagia memberi daripada menerima kerana terdapat banyak nikmat hidup dan manfaat dalam "Memberi". Insya Allah, lebih banyak amalan kita dalam "Memberi", lebih banyak Allah swt akan memberi kita keberkatan dan kenikmatan hidup dalam pelbagai cara. Ada keajaiban di sebalik "Memberi", rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang yang berjiwa besar. Cuba anda amalkan dan lihat perubahan dalam hidup anda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan saya doakan semoga ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam kehidupan dan perniagaan anda. Saya sentiasa doakan anda semua Kaya & Berjaya dunia akhirat.

Love,

Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia
KLIK
www.AzizanOsman.com

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

KLIK

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

〰〰〰〰〰〰
KLIK

Nak share sikit..Closing Hati Kering..

KLIK

Alasan 1) Ada yg kata Tak Minat nak join peluang2 mcm ni..
- Habis tu yg KO tiap2 hari Terpaksa bangun pegi kerja, ngadap jemm hari2 &

dikerjakan oleh boss hari2 tu pasal Minat Ke??

p/s: ramai yg fikir nak buat sesuatu mestilah yg kita minat TAPI hakikatnya halatuju tu sama jer..

Nak Duit.. Boleh KO buat kerja yg KO minat tu TANPA dibayar gaji?...hehe..

Kalau nak tahu sebenarnya ramai yg jadi Jutawan hari ni bukan dari bidang yg dia minat.

Alasan 2) Ada jugak yg kata tak suka Cari2 Orang ni..

- Habis tu yg KO habiskan duit cari2 orang yang jual itu ini tu hapa??

- Nak mintak kerja pun cari2 orang gak utk dptkan kerja tu hapa??

- Ada pulak yg kata join dia punya program Tak Perlu Cari Orang sedangkan dia pun promo juga pada orang...haha..yg ni kelakar ~

p/s; cari2 orang tu sebenarnya kerja polis..kerja kita sampai peluang jer..

Ikutlah kata Rasul kita.."sampaikan perkara2 yg baik pada saudara2mu"

Alasan 3) Ada yg kata mereka dah selesa sebab ada Kerja Tetap..

- Dah nama pun Kerja Tetap income KO pun Tetaplah mcm tu jer, kalau naik pun adalah sikit sedangkan

Harga Barang naik lagi besar dari kenaikkan KO tu..Nak naik gaji pulak diri kita di

Gred kan oleh Boss..KO suka ke diri KO di Gred kan oleh orang lain??....

Sebagai contoh tak payah tgok kat luarlah, tgok yg dalam rumah tu yg dh

Bekerja bertahun2 tu..apa yg dia ada hari ni?...
hmmm...bolehlah setakat utk hidup jer...adehhh ~

p/s; kalau buat kesilapan yg pertama tu takpa sbb tak tahu, tapi kalau buat kesilapan kali ke 2 tu namanya kurang cerdik..

lagi KO nak pilih Makan Gaji??

Alasan 4) Kebanyakkan orang Lokek keluarkan sedikit modal utk sesuatu program yang boleh berikan yang Terbaik utk mereka..

sedangkan hari2 depa dok keluarkan modal utk pergi bekerja..adehhh ~

Contohnya..
- Kalau sehari pegi kerja utk makan + minyak kereta@motor + jajan/rokok ke modal dlm RM30 sehari..x30hari = RM900..

katalah Gaji sebulan RM2000 - RM900(modal pegi kerja sebulan) tinggal RM1100..tolak Loan Kereta, tolak Hutang itu ini..tinggal berapa??...RM600 ke??...

hahaha... Berbaloi ke keluar modal setiap bulan RM900 utk dpt RM600 tu??..

KO ingat Gaji RM2000 tu semua KO punyer ke??

p/s: sebenarnya kalau gaji
kita rm3000, boss cuma nilaikan diri kita ni 24sen jer..takkan serendah tu nilai diri kita ~

Inilah antara Alasan2 yang biasa Aku jumpa yang buatkan Bangsa Kita semakin hari semakin

Terpinggir & semakin ramai yang Miskin!!

Sketsa Manusia Yang Bijak Tapi Kurang Cerdik Bila Berfikir!!

Berubahlah Wahai Bangsaku!!..

supaya generasimu tidak akan ditindas disebabkan miskin tapi kaya dengan

Alasan2 yang Kurang Cerdik darimu!!..

Selamat Beramal ~

KLIK


Berbanding penyakit lain, sakit sendi sering dianggap remeh kerana dirasakan tidak berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Tanpa menyedari penyakit dideritai ialah Artritis Reumatoid (RA), pesakit lambat mendapatkan rawatan, menyebabkan usaha mengubatnya sukar. Ini kerana RA mengambil masa lama untuk menunjukkan gejala ketara.

Sekitar lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan.

Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Amir Zain berkata, RA ialah penyakit auto imun sistemik kronik yang menyakit dan melumpuhkan.

"Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak dan kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Kajian menunjukkan individu dengan RA adalah 40 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami kesihatan am yang sederhana atau teruk berbanding individu tanpa RA.

"Sebagai tambahan kepada simptom yang menyakitkan dan kesan seterusnya ke atas kualiti hidup, RA adalah penyakit jangka masa panjang yang boleh membebankan penyakit dari segi ekonomi," katanya.
Kanser usus atau kolorektal semakin bertambah jumlahnya dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (NCR) pada 2007, kanser usus adalah kan­ser kedua tertinggi insiden di Malaysia selepas kanser payudara.

Semakin ramai mendapat pe­nyakit ini, terutama golongan lebih muda, kerana gaya hidup tidak sihat, termasuk masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok dan pemakanan tidak sihat.

Pemakanan faktor terpenting mencegah kanser usus. Satu kajian dijalankan di Eropah selama 12 tahun menunjukkan enam gaya hidup yang meningkatkan risiko kanser usus adalah kegemukan, perut buncit, kurang aktiviti fizikal, merokok, minum minuman beralkohol dan makan makanan proses.

Untuk mengurangkan risiko kanser usus, pakar mencadangkan beberapa langkah boleh kita amalkan.

Amalkan pemakanan seimbang dan sihat mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan makanan berserat tinggi seperti oat, beras perang. Sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis dan taugeh sangat baik dimakan selalu untuk mencegah kanser usus.

Kurangkan makan daging merah seperti daging lembu dan kambing. Masak daging dengan suhu tinggi seperti menggoreng, memanggang hingga hitam atau barbeku boleh meningkatkan risiko kanser usus kerana penghasilan bahan dipanggil AGE (advance glycation endproduct).


Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka.

Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.

Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan.

Cara pengambilan ubat juga penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat rawatan optimum. Ibu bapa atau penjaga perlu mengikut arahan doktor dan ahli farmasi dalam memastikan keberkesanan rawatan.

Pengetahuan berkaitan ubat yang betul, dos yang betul, cara dan masa pengambilan yang betul serta tempoh rawatan ubat yang optimum dapat membantu dalam pemulihan dan pencegahan penyakit.


Menurut Kaji Selidik Tingkah Laku dan Kepuasan Seksual 2013, sebanyak 45 peratus lelaki dan 71 peratus wanita dilaporkan mengalami masalah ejakulasi pramatang (PE) dan tidak puas dalam hubungan mereka.

Sebanyak 89 peratus lelaki dan 81 peratus wanita yang mengalami masalah PE pula menyatakan, ia memberi impak negatif terhadap hubungan dengan pasangan masing-masing.

Mengapa sesetengah lelaki sukar bertahan di ranjang, sedangkan situasi ini menimbulkan tekanan emosi kepada mereka dan pasangan?

Dulu saya sangat ego, saya tidak boleh menerima yang saya gagal dari segi kewangan. Saya pandai, saya ada kerja, saya ada bisnes, saya tak perlukan nasihat sesiapa untuk menyelesaikan masalah kewangan saya.

Rupa2nya, Ego itulah merupakan tembok penghalang terbesar dalam diri saya untuk bergerak dari satu tahap kepada satu darjat yang lebih baik.

Disebabkan terlalu fokus mencari duit untuk menyara keluarga, dan hasilnya duit yang dicari tidak pernah cukup, tanpa saya sedari, saya terlepas dan terlupa untuk menikmati hidup ini.

Bagaimana kuat sekali pun saya bekerja, saya tetap dapat duit yang sedikit, yang hanya mampu untuk meneruskan kehidupan yang biasa2 saje. Tiada nikmat tetapi keperitaan yang sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri.

Ego lah yang memenjarakan kita selama ini untuk menikmati keindahan hidup yang Tuhan kurniakan dimuka bumi ini. Ego lah yang menyebabkan syaitan terkeluar dari kenikmatan tersebut. Ego lah tahap pengukur darjat manusia.

Mungkin kita tidak sedar, sebab kita rasa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kewangan kita, kita sangat rajin bekerja, tetapi 'belum ada rezeki lagi'.

Mungkin anda betul, anda belum bertemu jalan sahaja lagi. Tetapi hakikatnya, anda tidak akan bertemu jalan tersebut, jika anda tidak mahu mencari.

Doktor tidak dapat mengubati pesakit yang tidak mahu datang ke hospital untuk berubat. Cikgu tidak boleh mengajar murid yang tidak mahu pergi sekolah.

Seseorang tidak boleh dibantu kalau dia sendiri tidak mahu dibantu. Kesedaran tidak akan datang kepada sesiapa yang awal2 lagi sudah menutup pintu hati untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Anda tidak akan berubah jika anda sendiri tidak mahu berubah.

ikhlas daripada
KPL azmiee zein
KEIKHLASAN PERNIAGAAN LANCAR-KPL