7 Jenis Pembeli di Facebook Yang Perlu Usahawan Ambil Tahu 


Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini. Jika disenaraikan, ia begitu banyak sekali.

Begitu juga dengan pembeli di Facebook, terdapat banyak jenis dan ragam mereka tersendiri.


Tujuh daripadanya adalah seperti berikut


Pertama 

Pembeli yang amat suka bertanya. Gunakan Facebook agar mudah untuk mereka bertanya tanpa perlu mereka buka emel.

Mereka suka bertanya sama ada melalui ruangan komen, wall post dan ruangan mesej (Inbox).



Kedua

Pembeli yang suka terus membuat pembelian tanpa mahu bertanya apa-apa.

Mereka ini akan lihat produk dan terus bayar.
Cukup letak gambar produk dan maklumat pembayaran.



Ketiga 

Pembeli yang suka tengok-tengok gambar produk dahulu sebelum beli.

Maka upload gambar-gambar produk ke dalam setiap album masing-masing di Facebook, atau gunakan online shopping cart.


Mereka suka tengok macam-macam jenis produk, contohnya fesyen baju yang pelbagai.

Mereka ini suka ‘menjamu’ mata dahulu sebelum pilih produk yang lebih mereka berkenan.



Keempat

Pembeli yang akan membuat pembelian di lain hari.
Mereka lebih suka 'window shopping' terlebih dahulu di Facebook.

Cara untuk jadikan mereka sebagai pelanggan adalah dengan upload gambar produk ke dalam album ataupun wall Facebook Page.


Biasanya mereka akan 'tag' diri mereka pada gambar produk ataupun 'share' di wall mereka terlebih dahulu.


Kelima

Pembeli yang tidak suka penerangan panjang lebar. Mereka ini biasanya akan tanya satu soalan
dalam satu masa.

Jika soalan mereka ringkas, kita jawab seringkas yang boleh tetapi jawapan itu jelas dan menjawab soalan mereka.


Keenam 

Pembeli yang suka tanya banyak soalan. Mereka ini seorang yang amat teliti.

Mereka akan bertanya dari sekecil-kecil soalan sehingga kepada sebesar-besar persoalan.

Mereka hanya akan mula membeli setelah mereka benar-benar puas hati.


Melayan pembeli sebegini memerlukan kesabaran yang amat tinggi.


Ketujuh 

Pembeli yang tidak suka baca jawapan sedia ada.

Mereka ini mahu jawapan mereka dijawab terus kepada mereka.


Contohnya jika mereka bertanya melalui Inbox, mereka mahu soalan itu dijawab melalui Inbox
itu terus dan bukan dengan memberikan mereka jawapan yang telah siap sedia seperi
pada Notes ataupun gambar produk.




8 Cara Membina Hubungan Baik dengan Fans dan Friends di Facebook 



Mempunyai Fans ataupun Friends yang ramai di Facebook adalah sia-sia jika kita tidak 
membina berinteraksi dengan mereka. 

Ini kerana apabila kita tidakberkomunikasi secara konsisten, kepercayaan mereka terhadap kita adalah tidak sepenuhnya. 


Hal ini tidak bermaksud kita perlu kenal setiap orang Fansdan Friends, tetapi bagaimana cara mendorong mereka untuk memberikan komen kepada tulisan statuskita,menghubungi kita melalui Inbox dan juga klik Like pada status yang kita tulis. 



Berikut adalah 8 cara untuk berinteraksi dengan mereka 


  • Tanya Soalan 



Bertanyakan soalan kepada Fans adalah salah satu cara yang amat berkesan. 

Bertanya kepada mereka bermaksud kita memberi peluang kepada mereka menunjukkan pengetahuan yang mereka ada. 


Walaupun jawapan yang mereka berikan tidak begitu baik, kita ucapkan saja terima kasih kepada mereka. 

Apabila bertanya soalan sebegini, gunakan ayat pertanyaan yang ringkas sahaja.



  • Kongsi cerita dan aktiviti 



Sebagai usahawan, sudah semestinya kita banyak aktiviti pada setiap hari. Kongsikan perkara bisnesyang sedang, telah ataupun yang akan kita lakukan. 

Jika boleh, tulis ia secara umum dan tergantung agar Fans ataupun Friends bertanya untuk lebih tahu. 


Contohnya, kita nyatakan begini: 

"Baru balik dari pejabat pos. Hantar 25 bungkusan serunding ikan bilis kepada pelanggan dari beberapa negeri." 

Apabila kita tulis begini, mereka akan bertanya, produk apa yang kita jual dan lain-lain soalan. 



  • Letak gambar menarik 



Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian mereka. Gambar itusama ada milik kita ataupun kita kongsikan daripada sumber lain. 

Gambar-gambar yang menarik adalah seperti gambar yang lucu, keindahan alam, dan termasuklah gambar berkaitan bisneskita seperti gambar bungkusan produk. 


Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej) berbanding teks. 

Malah mengikut kajian, status Facebook yang disertakan dengan imej lebih mendapat respons yang tinggi berbanding teks sahaja. 


  • Balas komen 



Ini adalah bahagian yang paling penting. Apabila ada Fansatau Friends memberikan komen di status kita, kita perlu cepat-cepat membalas komen itu. 

Jika mereka bertanya, bantu kefahaman mereka dengan menjawab dengan jelas dan mudah. 



  • Berkomunikasi melalui Inbox 



Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia adalah satu perkara yang amat baik. 

Ini kerana, ia bermaksud Fans atau Friends itu sudah mula berminat untuktahu lebih lanjut 
mengenai produk kita ataupun diri kita. 


Pastikan kita berhubungan dengan hemah terhadap mereka. 

Jawab pertanyaan mereka sehingga mereka faham dan jelas. Jika mereka belum berminat, berikan mereka masa. 

Malah selang beberapa masa selepas itu, kita boleh hubungi mereka kembali dengan tawaran diskaun. 


Mereka tidak akan ada halangan jika kita hubungi mereka melalui Inboxkerana mereka sudah mula biasa dan telah mengenali kita. 

Cuma kita tulismesej dengan bahasa yang baik dan jangan sesekali memaksa mereka membeli produk kita. 



  • Berikan komen yang bernas dan positif sahaja 



Apabila mereka memberikan komen, tugas kita adalah memberikan komen yang terbaik dan 
tidak melukakan mereka. 

Jika dapat balas komen dengan ringkas, ia lagi baik. Selain ia mudah dibaca, ruangan komen akan menjadi satu ruangan perbincangan dengan berbalas komen. 


Akhirnya, statusitu akan menjadi viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka yang belum menyertai (Like) Fan Page kita. 

Biarkan mereka terus bertanya di ruangan komen, kerana ia baik untuk proses pembinaan 
hubungan. 


  • Buka ruangan 'wall' kepada umum 



Ini adalah satu perkara yang amat penting. 

Sekali fikir, kita takut untuk buka ruangan wall kepada umum kerana takut mereka menulis ayat-ayat iklan dan promosi di wall Facebook Page kita. 

Ia bukanlah perkara besar kerana kita boleh memadam tulisan sebegitu. 


Membuka wall kepada umum agar mereka dapat menulis sesuatu adalah satu tindakan yang menguntungkan kerana mereka dapat terus berkomunikasi dengan kita tanpa melalui Inbox, ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka. 


Fans lain pula akan membaca jawapan dan balasan kita yang profesional. 

Tulisan mereka di wall kita juga adalah salah satu cara untuk memperbanyakkan kandungan perbincangan tanpa perlu kita sendiri memikirkannya. 


  • Ingat dan kenal  'detail' mereka
Tidak susah sebenarnya ingin mengingat rakan-rakan kita di facebook. kita boleh 'stalk' wall selepas berinteraksi di dalam komen atau inbox. jika kita membalas komen dengan mengetahui pekerjaan,minat, dan apa yang mereka mahukan,adalah bonus kepada kita untuk mengenal mereka dengan lebih rapat lagi.siapa tak suka kalau ada seseorang yang kenal kita secara lebih detail dan telus kan.silap-silap boleh jadi bakal pelanggan kita suatu hari nanti.





8 Jenis Produk Paling Laris di Facebook 


Sekarang nak membeli belah pun mudah, tak macam dulu. semua di hujung jari kan? hehe

Semakin ramai yang berminat untuk menjual di Facebook, lagi-lagi setelah membaca banyak 
kisah kejayaan yang diraih oleh orang lain. 

Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga semakin biasa 'membeli-belah' di Facebook. Ia 
sudah tidak asing lagi bagi mereka. 



Perkembangan ini adalah satu berita dan perkara yang baik untuk kita. 

Tidak mengambil peluang ini sama ada untuk menjana pendapatan tambahan ataupun 
sepenuh masa, adalah satu kerugian yang amat besar. 


Salah satu perkara yang menyebabkan ramai orang yang tidak mula berniaga dan menjual di 
Facebook adalah kerana : 


  • tidak tahu produk apa yang dapat dijual 
  • tidak tahu bagaimana cara mendapatkan produk yang akan dijual itu. 



Dalam perniagaan online mahupun offline, ia bukan mengenai "apa yang ingin kita jual", tetapi persoalan yang betul adalah "produk apakah yang ramai mahu beli". 

Apabila kita bertanyakan soalan yang betul, barulah kita dapat tahu produk yang laris dan laku di Facebook. 

Tidak begitu sukar untuk mengetahui produk yang paling laris di Facebook. 

Salah satu caranya adalah dengan melihat produk usahawan dan peniaga lain jual. 

Jika produk itu laku, maka itu bermaksud produk jenis itu mendapat sambutan di Facebook. 


Berikut adalah lima jenis (kategori) produk yang paling laris di Facebook : 


  1. Pakaian (terutama pakaian wanita). 
  2. Makanan kering (seperti rempah segera, serunding daging, dan sebagainya). 
  3. Buku (terutama buku yang topiknya ada pasaran yang besar). 
  4. Produk kesihatan seperti makanan tambahan. 
  5. Produk penjagaan diri seperti rawatan wajah. 
  6. Produk Kecantikan Wajah / Kulit 
  7. Produk Putihkan Badan / Wajah
  8. Produk Kurus






Setelah mengetahui produk yang terlaris di Facebook, di manakah kita dapat perolehi produk ini 
untuk mula menjualnya? 


Ada beberapa cara : 

1.Jadi ahli dropship mana-mana syarikat dropship seperti Lazada, Zalora, EdyMart.com dan MuslimNiaga.com. Ada yang percuma dan ada yang mengenakan bayaran bulanan dan keahlian seumur hidup, kita boleh menjual banyak produk tanpa menyimpan stok di rumah. ( tak pasti masih lagi dibuka atau sudah ditutup, boleh google untuk kepastian )


2.Cari pembekal dan beli secara borong. Cara untuk mencari pembekal amat mudah. Gunakan Google.com dengan menaip "pembekal + nama produk". 



Contohnya, "pembekal + kerepek". Hubungi mereka dan buat temujanji untuk berjumpa. 

Pastikan mereka ada rekod yang bersih dan bukan penipu. Elakkan berurusan tanpa mengetahui maklumat mereka sepenuhnya. 



3. Affiliate. Ini adalah pilihan yang paling mudah. Namun kadar keuntungan yang diperolehi 
adalah amat rendah berbanding dua cara di atas. pendaftaran PERCUMA dan jika ingin belajar cara mudah untuk buat duit dengan bisnes affiliate boleh KLIK SINI





5 Jenis Bentuk Ayat Status Facebook yang Mudah Mendapat Like dan Mungkin Boleh Jadi Viral, siapa tahukan ? belum cuba belum tahu . hehe :D

Betul Ke Mudah Dapat Like ?

Penting Sangat Ke  ? 


Mendapat Like untuk tulisan kita di Facebook adalah penting, kerana ia juga salah satu 
proses penjenamaandan juga interaksi bersama Fans. 

Selain itu, apabila sesebuah status tulisan mendapat Like, Friends kepada Fans yang 
Like itu dapat melihat status tersebut. 

Akhirnya mereka juga akan masuk ke Fan Page kita. 


Persoalannya, apakah bentuk ayat yang mudah mendapat Like? 



Pertama 

Tulisan yang ringkas 


Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. 

Mereka boleh sahaja membaca tulisan yang panjang lebar, tetapi tidak selalu. 

Jadi, tulisan yang ringkas dan pendek adalah santai kerana ia mudah dibaca. 


Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans : 


  • gembira, 
  • bersemangat, 
  • rasa dihormati 
  • dan seronok. 
  • empati ( aku rasa apa kau rasa )
letakkan diri kita sama macam pembaca yang baca post kita tu nanti, boleh paham tak  ? :D


Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka. 




Kedua 

Tulisan berinformasi 


Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang bermaklumat, 
iaitu terdiri daripada fakta, beritadan perkara yang bergunauntuk mereka. 

Tulis ayat yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.Apakah maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda? 




Ketiga 

Tulisan "How To" 


Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang, tulisan "how to" (cara buat sesuatu) pula akan menyebabkan kita ataupun bisnes kita mendapat tempat di hati mereka. 


Ini kerana, tulisan berbentuk "how to" amat membantu mereka melakukan ataupun  menyelesaikan sesuatu. 

Contohnya jika kita menjual 'produk makanan' (contohnya rempah segera), kita boleh 
kongsikan cara memasak dengan menggunakan rempah itu, secara percuma di Fan Page. 




Keempat 

Tulisan beserta gambar (imej) 


Mana-mana jenis tulisan di atas, jika disertakan dengan gambar yang menarik dan berkaitan, pembaca akan lebih rasa mahu klik Like. 

Ini adalah fitrah manusia yang sukakan sesuatu yang ‘indah’ pada pandangan mata, selain 
sudah terbukti melalui kajian para Facebook Marketer. 




Kelima

Wujudkan Contest atau Pertandingan.

Cuba postkan soalan teka-teki , pertanyaan tentang perbezaan gambar atau soalan matematik yang simple. selain itu boleh jugak letak gambar berupa puzzle penyelesaian masalah.

Anda boleh search di goole gambar-gambar ini.

Selamat Mencuba

SHAH ALAM - Seorang jururawat dicabul ketika sedang bertugas di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Lebih teruk lagi, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu, suspek yang merupakan pesakit di hospital terbabit adalah berpangkat ‘Datuk’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa berusia 19 tahun mendakwa telah dicabul dengan cara dipegang punggung, payudara dan dicium pipi oleh seorang pesakit.


Menurutnya, kejadian itu berlaku di wad hospital terbabit.

"Mangsa kemudian telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. Suspek berusia 58 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah Fadzil, suspek merupakan seorang ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka di Malaysia berpangkat Datuk.


Katanya, suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.


Jika Dilihat dalam gambar di bawah menunjukkan  pusat galaksi kita yang menunjukkan lokasi Sagittarius A* dan kepulan gas CO–0.40–0.22, yang dipercayai mempunyai sebuah lohong hitam besar di tengah-tengahnya. Kredit gambar: Oka et al. (2016).


Pada 4 September lalu, kumpulan saintis Jepun daripada Universiti Keio yang diketuai Tomoharu Oka menerbitkan dapatan kajian berkaitan penemuan bukti kewujudan lohong hitam baru di galaksi kita dalam jurnal Nature Astronomy.

Lohong hitam CO–0.40–0.22*


Petanda kewujudan lohong hitam tersebut pada awalnya dijumpai pada tahun lepas oleh kumpulan saintis yang sama apabila mereka menemui kepulan gas molekul aneh yang bergerak dengan kelajuan tinggi berdekatan pusat galaksi kita dengan menggunakan teleskop radio Nobeyama di Jepun. Kepulan gas molekul tersebut dinamakan CO–0.40–0.22. Berdasarkan kinematik (pergerakan) gas-gas molekul di dalam CO–0.40–0.22, mereka merumuskan bahawa pergerakan aneh kepulan gas tersebut adalah disebabkan oleh kewujudan sebuah lohong hitam yang mempunyai jisim sekitar 100, 000 kali lebih berat berbanding matahari kita.


Susulan itu, mereka mengkaji kepulan gas tersebut menggunakan pelbagai teleskop, terutamanya teleskop radio ALMA (Atacama Large Millimeter/submillimeter Array) di Chile yang mempunyai keupayaan lebih tinggi berbanding teleskop Nobeyama. Dengan menggunakan teleskop ini mereka dapat mengkaji kepulan gas tersebut dengan lebih terperinci. Mereka mengesan sebuah objek tumpat di tengah-tengah kepulan gas tersebut yang mengeluarkan gelombang radio dengan ciri-ciri yang sama seperti gelombang radio yang dikesan pada Sagittarius A*, iaitu lohong hitam gergasi di pusat galaksi kita. Namun begitu, objek tersebut yang dinamakan CO–0.40–0.22*, mempunyai kecerahan 500 kali lebih malap berbanding Sagittarius A*. Berdasarkan data-data baru yang diperolehi, mereka menyimpulkan bahawa kemungkinan tinggi CO–0.40–0.22* adalah sebuah lohong hitam besar, sekaligus menyokong rumusan mereka yang terdahulu.



Lohong hitam perantaraan

Kumpulan saintis tersebut akan terus memantau CO–0.40–0.22* bagi mengumpul lebih banyak data yang dapat menyokong kesimpulan mereka. Jika kewujudan lohong hitam ini dapat disahkan, ia akan menjadi lohong hitam kedua terbesar dalam galaksi kita selepas Sagittarius A*, yang mempunyai keberatan 4 juta kali lebih berat berbanding matahari.

Jika benar, lohong hitam ini juga akan termasuk dalam kategori lohong hitam “intermediate” (perantaraan), iaitu lohong hitam yang mempunyai keberatan lebih kurang 100-100,000 kali lebih berat berbanding matahari. Lohong hitam ini adalah lebih besar daripada lohong hitam yang terhasil daripada kematian bintang, tetapi lebih kecil berbanding lohong hitam gergasi yang menduduki pusat-pusat galaksi besar dalam alam semesta kita.


Walaupun terdapat beberapa calon objek yang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini, sehingga kini saintis masih belum dapat mengesahkan kewujudan lohong hitam dalam kategori ini kerana masih belum ada bukti yang kukuh. Saintis percaya lohong hitam perantaraan ini boleh membantu kita memahami bagaimana lohong hitam gergasi di pusat-pusat galaksi besar terbentuk.


Bagaimana ia terhasil?

Jangkaan berat CO–0.40–0.22* adalah terlalu besar untuk terhasil daripada kematian sebuah bintang, mahupun kematian sekumpulan bintang. Kemungkinan besar lohong hitam ini merupakan pusat galaksi kerdil yang bergabung dengan galaksi kita berjuta-juta tahun dahulu. Memandangkan kedudukan lohong hitam ini berdekatan dengan pusat galaksi kita, terdapat juga kemungkinan bahawa ia akan bergabung dengan lohong hitam gergasi kita, Sagittarius A*, pada satu masa nanti.


Catatan: Adlyka Annuar dan pasukan penyelidik Centre for Extragalactic Astronomy, Durham University, United Kingdom pernah menggegarkan Malaysia dan komuniti astrofizik antarabangsa apabila menemukan Lohong Hitam Supermasif. Beliau pernah ditemubual oleh MajalahSains pada Januari lepas

BAHAYA MERKURI DI DALAM KOSMETIK


Merkuri atau raksa ialah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik.

Merkuri wujud dalam persekitaran terutamanya adalah dari pembakaran bahan api seperti arang batu, petrol, dari industri yang melibatkan merkuri seperti peralatan elektronik, bateri, lampu, termometer, dental filling dan juga dari sektor pertanian yang menggunakan fungicide (bahan kimia untuk membunuh kulat).

Penggunaan merkuri kini semakin berleluasa di dalam kosmetik. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah.
G.A.N.D.A.K.A.N. W.A.N.G. P.E.R.S.A.R.A.A.N.



Sebenarnya akaun 1 €PF ni ramai masih tak tahu. 
Selain pengeluaran masa pencen nanti, 
.
.
ada juga cara sebenarnya nak keluarkan sekarang. 
Cara nak keluarkan ni yang ramai orang tak tahu lagi. 
.
.
Keluarkan duit dari Akaun 1 supaya dapat digandakan lagi duit.
.
.
Ramai yang dah berjaya keluarkan dan gandakan duit Akaun 1 tu. 
Mereka semua happy sebab tak perlu keluar duit satu sen dari poket. 
.
Tak kacau bajet harian keluarga pun.
.
Cara semakan akaun 1 sangat mudah..
inbox saya latest statement KWSP dan 
anda akan tahu terus kelayakan anda..
.
untuk keterangan lanjut whatsapp 010-5138101

#singlelicenseimvestment 
#350funds 
#25topperformancefund 
#EPFinvestment 
#Cashinvestment 
#financialconsultant 
#insurancetakaful 
#retirementplanning


Projek perumahan rakyat PR1MA yang dilancarkan di banyak negeri lain di seluruh negara sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan.

PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang untuk membangunkan dua perbandaran baharu, masing-masing di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata perbandaran di Teluk Intan dijangka dibangunkan di atas kawasan seluas 56.8 hektar merangkumi pembangunan bercampur komersial dan kediaman, manakala di Teluk Kumbar pula dirancang di atas kawasan seluas 44.2 hektar.

"Kami sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri yang berkenaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu Abdul Mutalib mewakili PR1MA menandatangani memorandum perjanjian dengan Institut Perancang Malaysia (MIP) yang diwakili Presidennya Ihsan Zainal Mokhtar bagi memulakan Pertandingan Idea Perbandaran PR1MA-MIP 2017/2018.

Bertemakan 'Youth in Community - Why I See', pertandingan mempelawa belia, siswazah muda dan firma perancang baharu untuk menghasilkan perbandaran yang dapat meningkatkan semangat masyarakat dalam pembangunan yang dirancang baik, lestari dan berdaya tahan.

"PR1MA percaya golongan muda memainkan peranan penting dalam masyarakat. Pertandingan ini akan membolehkan mereka menterjemahkan aspirasi mereka dalam reka bentuk yang bukan sahaja mencerminkan keperluan serta minat mereka tetapi juga peranan golongan itu dalam masyarakat," katanya.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang PR1MA di https://www.pr1ma.my/

Vera, 24, mendakwa hubungannya dengan pelajar 13 tahun itu bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa pelajar tersebut.



ALEXANDRIA M. Vera, seorang guru wanita mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah Stovall di Houston, Texas ditahan pihak berkuasa pada Rabu atas tuduhan jenayah penderaan seksual berterusan ke atas salah seorang anak muridnya yang berusia bawah 14 tahun.

Pihak polis mengambil masa dua bulan menyiasat kes berkenaan dan penangkapan Vera, 24, dibuat hanya selepas lapan bulan dia menjalinkan hubungan seks dengan murid gred lapan itu.

Menurut laporan, Vera pada April memberitahu bahawa hubungannya dengan lelaki yang berusia 13 tahun itu bermula melalui mesej di Instagram – dan telah berkembang menjadi cinta.

Vera ditahan di penjara sementara di Montgomery County dengan ikat jamin USD$100,000 (RM410,000), lapor Associated Press.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah Harris memberi gambaran terperinci dari segi hubungan cinta mereka yang dikatakan bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa murid terbabit.
Pengetua sekolah itu, Elsa Wright, hanya menerima maklumat tentang Vera pada April lalu, dan aduan telah dibuat kepada jabatan polis sekolah berkenaan sebelum siasatan dimulakan.

Dokumen mahkamah juga menunjukkan Vera tidak menafikan hubungannya, malah mengakui perkara berkenaan di hadapan pengetuanya dan seorang anggota polis.

Vera turut mengakui mengadakan hubungan seks 'hampir setiap hari' dengan anak muridnya itu sehingga menyebabkan dia hamil.

Dia kemudian bertemu ibu bapa murid terbabit, dan mereka dilaporkan menerima berita (hamil) dan hubungan itu dengan hati terbuka.

Namun, pada Februari kandungan tersebut digugurkan kerana Vera mula disoal siasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.

Dalam soal siasat berasingan oleh polis, murid berkenaan turut mengakui menjalankan hubungan seks dengan gurunya itu.

Polis berkata, mereka menemui banyak mesej antara lelaki tersebut dan gurunya, sekaligus mengesahkan apa yang telah diceritakan Vera.

Pejabat Guam Bela Harris County memberitahu ABC News 13 bahawa ibu bapa murid berkenaan boleh didakwa atas kesalahan gagal melaporkan penderaan kanak-kanak jika sah mereka mengetahui mengenai hubungan tersebut. 

Ibu murid terbabit kini sedang disiasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.