Musim cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, jadi sudah ramai antara kita yang merancang untuk bercuti bersama keluarga untuk merehatkan diri setelah bekerja atau merehatkan minda bagi menghabiskan cuti tahunan yang berbaki beberapa hari yang ada. Percutian antara aktiviti yang
memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan, termasuk bajet agar tidak
berlaku pembaziran serta memastikan pecutian lancar tanpa masalah. Berikut, beberapa
tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.
1.Buat
tempahan lebih awal.
Industri perlancongan banyak
bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong
sama tempatan atau asing dan sehubungan itu, lebih baik menempah tiket penerbangan
awal, beberapa bulan sebelum tarikh kita melancong. Tempoh itu membolehkan kita
merancang percutÃan dengan teliti supaya tidak mengalami masalah, sama ada
sebelum, ketika atau selepas percutian. Jika lewat membuat tempahan atau pada
saat-saat akhir, mungkin berlaku kesesakan dan kita sukar mendapat tiket serta
penginapan, mungkin tidak sempurna.
2.Pengangkutan.
Dapatkan maklumat mencukupi
mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah
bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan
paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok belok kawasan percutian
untuk mengelakkan ditipu serta sesat.
3.Perbelanjaan.
Anda juga perlu mengetahui kadar
tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuai dengan bajet yang anda
sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadar tukaran wang
membolehkan anda merancang pembelanjaan, terutama ketika membeli-belah.Selain
itu juga, anda boleh memilih menyediakan sendiri makanan bagi menjimatkan
belanja tetapi ia jarang dilakukan kecuali mereka yang ingin melakukan aktiviti
lasak ketika bercuti.
4.Melawat
negara yang menawarkan pakej percutian murah.
Pilih negara yang menawarkan
pakej percutian murah bagi mengelak pembaziran. Tiada salahnya jika pakej yang
dipilih murah tapi diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian.
Oleh itu, sebelum memutuskan untuk ke suatu destinasi selidik terlebih dulu
tempat-tempat menarik yang ada di sana agar kepuasan ketika bercuti boleh
dirasai sepenuhnya.
5.Lebih
jimat jika bercuti berkumpulan.
Bercuti secara berkumpulan banyak
keistimewaan, terutama keselamatan. Sekurang-kurangnya kita rasa selamat berada
di tempat orang bersama rakan yang boleh saling membantu jika menghadapi
masalah.
6.Melakukan
aktiviti perkhemahan.
Bagi mendapat kepuasan lebih ketika
bercuti, anda juga boleh menambah aktiviti lasak, seperti berkhemah kerana
selain menjimatkan, mampu memberi pengalaman baru berada di tempat orang.
0 comments:
Post a Comment