Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan
keseriusan penyakit tersebut :
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
Faktor atau penyebab buasir ialah :

- Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
- Cirit-birit yang kronik.
- Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
- Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom Penyakit
Buasir ialah :
- Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
- Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
- Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
- Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
- Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
PPH
Mereka yang mengalami sImptom-simptom berkenaan perlu
berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada
pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan
rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor
setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi
berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.
Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk
mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya
agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya
Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).
PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan
kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak
mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.
Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa
kelebihan seperti :
- Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
- Tempoh berada di hospital yang singkat.
- Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
- Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.
Sumber maklumat : Wanita, September 2005
Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah
Pencegahan Buasir
* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

0 comments:
Post a Comment