Sekarang merupakan musim hujan. kilat dan petir sama rancak sebelum, ketika atau selepas hujan turun akan kedengaran di sekeliling kita, petir dalam wikipedia menyatakan iaitu
"bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya. Sekiranya bunyi yang terhasil lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar. Peningkatan tekanan dan suhu yang mendadak dari kilat menyebabkan udara sekeliling mengembang dengan derasnya dalam satu panahan kilat. Pengembangan udara inilah yang menghasilkan gelombang kejutan deras yang menghasilkan bunyi petir."
Kilat
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif.
Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan
atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam
awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar
kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu (16 kilometer) dari kawasan hujan tersebut.
.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C – iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.
dari segi agama pula, iaitu
Ar Ra’du (petir) adalah suara yang terhasil dan dapat didengar dari awan. Manakala As Showa’iq (kilat) adalah api (cahaya) yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir yang kuat.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya tentang petir, lalu Baginda Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam menjawab;
Ù…َÙ„َÙƒٌ Ù…ِÙ†ْ الْÙ…َÙ„َائِÙƒَØ©ِ Ù…ُÙˆَÙƒَّÙ„ٌ بِالسَّØَابِ Ù…َعَÙ‡ُ مخاريق Ù…ِÙ†ْ Ù†َارٍ ÙŠَسُوقُ بِÙ‡َا السَّØَابَ ØَÙŠْØ«ُ Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ
“Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)
Ali radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga, “Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”
“Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah SWT, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya.” (Lihat Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/263-264)sumber : syafiqolbu-lhthebest12
0 comments:
Post a Comment