11 tips kawal muntah dan loya ketika mengandung / hamil

TAHUKAH anda bahawa anda boleh mengatasi masalah loya-loya atau hendak muntah ketika mengandung?
Masalah ini biasanya membingungkan para doktor kerana mereka sendiri terpaksa berhati-hati ketika memberikan ubat untuk mengurangkan rasa loya, pening dan muntah-muntah di kalangan wanita-wanita yang mengandung.
Sebenarnya kebanyakan ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan rasa pening, loya dan muntah-muntah yang menyerang wanita mengandung adalah didapati tidak selamat digunakan ketika awal mengandung.
Walaupun tanda-tanda sakit ini hilang dalam minggu kedua belas anak dalam kandungan, tidak ramai wanita yang sanggup menunggu begitu lama menanggung sakit.
Kini ada beberapa teknik baru yang anda boleh lakukan sendiri ketika menghadapi masalah ini:

  •  Lebihkan tidur. Tidur lebih dua hingga empat jam tiap-tiap malam boleh mengurangkan rasa sensitif otak satu mekanisma yang menggalakkan rasa loya dan pening.
  •  Pastikan sekiranya anda rasa loya ketika terhidu sesuatu bau. Elakkan dari bau-bau yang meloyakan itu.
  •  Elakkan dari makan terlalu banyak, kerana makan banyak akan membuncitkan perut dan mengakibatkan makanan susah hadam, faktor utama yang boleh membuatkan anda rasa hendak muntah. Cuba makan sedikit-sedikit pada satu-satu ketika.
  •  Bahkan, sekiranya anda memang cukup sihat dan cukup makan anda bolehlah berhenti makan buat selama 24 hingga 48 Jam. Berehatlah dan minurn air banyak-banyak kerana air mudah hadam. Sup, teh atau air perahan apel adalah baik sekali diminum.
  • *Jauhkan dari memakan makanan yang mendatangkan sakit perut. Caranya ialah dengan memakan makanan sedikit-sedikit. Adalah juga baik sekiranya anda minum air sebelum anda bangun dari katil tiap-tiap pagi.
  •  Sentiasa bawa bekal biskut kering ke mana juga anda pergi. Kunyahlah biskut itu sebaik saja anda rasa hendak muntah.
  •  Mungkin doktor anda dapat memberikan anda ubat antacid  yang boleh mengurangkan rasa  mual. Tetapi berhati-hatilah ketika membeli ubat ini. Jangan beli ubat yang mengandungi sodium bikarbonat. Kadar sodium bikarbonat lyang terlalu tinggi dalam tubuh badan boleh mengakibatkan kaki bengkak kerana bahan garam Itu menahan air dalam tubuh badan.
  •  Makan vitamin B6 (pyroxidine). Vitamin ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mual dan pening-pening. Adalah selamat untuk mengambil sebanyak 50 milligram, dua kali sehari seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.
  •  Sekiranya keadaan anda bertambah teruk mungkin doktor anda akan memberikan vitamin itu melalui suntikan sehingga keadaan andasembuh.
  • Satu faedah memakan vitamin B6 ini ialah ianya boleh menguat-kan otot-otot. Ini dengan sendiri-nya dapat mengelakkan anda dari sembelit dan dapat menjauhkan anda dari masalah makanan tidak hadam.
  • Sekiranya anda terlalu kerap muntah ini menunjukkan keadaan anda serius. Sekiranya ini berlaku

kemungkinan bayi dalam kandungan dan juga ibu akan menghadapi masalah dehaidrasi atau kekurangan air dalam tubuh badan. Sekiranya ini terjadi ibu dan bayi dalam kandungan juga akan menghadapi kekurangan makanan.
Apabila ini terjadi, anda harus pergi berjumpa doktor. Dalam kes-kes tertentu mungkin juga anda akan dihantar ke hospital untuk. mempastikan anda mendapat bekalan bahan besi tertentu air yang cukup.

0 comments: