Pada tahun 2009 ia adalah antara 4 dadah jalanan yang paling popular di United Kingdom, di belakang ganja, kokain dan estacy. Selain meow-meow, nama jalanan lain ialah meph, drone, MCAT dan bubles.
Berdasarkan sejarah penemuan dadah tersebut, ia bermula dengan projek Penyelidikan Psychonaut, sebuah organisasi Kesatuan Eropah yang mendapatkan maklumat mengenai ubat-ubatan baru menggunakan internet pada tahun 2008. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa dadah tersebut mula wujud pada tahun 2007. Dadah Mephedrone ini pertama kali disita di Perancis MEI 2007, selepas pihak polis tempatan menghantar pil tersebut yang dianggap estacy untuk dianalisis. Pada mulanya dadah tersebut digunakan dalam produk seperti pil Neodoves, iaitu sejenis ubat makanan tambahan yang telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat ternama iaitu Neogranics. Namun pengeluarannya dihentikan pada Januari 2008 selepas kerajaan Israel mengharamkan pengeluaran produk yang berasaskan mephedrone. Kini mephedrone dilaporkan mula merebak penjualannya dan dikenali sebagai "estacy" di kota-kota Australia bersama dengan ethylcathinone , dan ia juga dilaporkan telah berada di Eropah dan Amerika Syarikat. The Daily Telegraph melaporkan bahawa pengilang mengaut keuntungan yang besar hasil jualan dadah tersebut. Pada JANUARI 2010, majalah druglink melaporkan bahawa pengedar Britain menghabiskan £2.500 mengimport 1 kilogram dari China, tetapi ia telah dijual pada harga £10 untuk 1 gram dan mengaut keuntungan sebanyak £7,500. Laporan terbaru pada MAC 2010, menyatakan bahawa harga borong mephedrone adalah £4000 atau bersamaan RM 25, 00 per kilogram.
Pengguna mephedrone akan menjadikan pengguna dadah berkenaan meningkat tahap kepekaan, euforia, kegembiraan dan perasaan rangsangan. Hasil daripada penggunaan mephedron boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pendarahan hidung, halusinasi, mual, muntah, masalah peredaran darah, ruam, cemas, paranoid, bertenaga dan berkhayal. Di samping itu pengguna dadah berkenaan turut akan mengalami kesan sampingan yang lain termasuk masalah tumpuan, memori jangka pendek, peningkatan denyutan jantung, denyutan jantung yang tidak normal, kemurungan yang teruk, kerap berpeluh, anak mata melebar, kesukaran untuk membuka mulut dengan sempurna dan kancing gigi. Kajian yang dilakukan oleh National Addiction Centre, UK turut mendapati bahawa 51% dari pengguna mephedrone mengatakan mereka menderita kerana sakit kepala, 43% degupan jantung yang pantas, 27% berasa mual dan 15% lagi menunjukkan jari semakin sejuk dan kebiruan.
Di Malaysia, semua bahan yang mengandungi cathinone adalah dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB 1952) di Jadual Pertama Bahagian III. Memiliki, mengedar dan menggunakannya adalah salah di sisi undang-undang.
sumber :
UNODC, National Addiction Centre, Mephedrone (4-mmc),http://en.wikipedia.org/wiki/Mephedrone, Akta Dadah Berbahaya 1952
0 comments:
Post a Comment