Ada Apa dengan TEH TARIK anda ???




Zaman kini, sudah biasa digelar dengan nama di atas, akan tetapi tahukah korang asal usulnya. Teh sebenarnya berasal dari China, ditemui oleh salah seorang Kaiser Seng Nun dimana ketika beliau memanaskan air, telah jatuh daun bernama camelia dan masuk ke dalam air yang tengah dididihkannya. Aromanya yang menyentap hati, beliau terus minum dengan selera. kemudian resipi itu disebarkan kepada seluruh negara China itu. Khasiat teh ini juga terdapat didalamya kerana ia dapat menyembuhkan penyakit buah pinggang, batu karang, demam, infeksi dan tumor kepala (terbukti daripada kajian pakar).Teh ini popular pada zaman kurun ke-17 dahulu, pedagang Belanda telah mengambil daun teh dari China dan didagangkan di Eropah. mengikut kata-nya, kebanyakan Orang Inggeris lebih suka kopi berbanding teh dan lama-kelamaan selera mereka beralih arah kepada teh. Mengikut sumber, Bangsawan Eropah ada protokol ketika minum teh ni. Mengikut sumber pakcik wiki "Teh tarik merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya. Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, dll.Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah diantara dua koleh dan kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama. Cara yang sama digunakan bagi mengekalkan buih sabun ketika bermain buih sabun. Cuma tambahkan gula kedalam larutan sabun bagi menjadikan buih sabun tahan lebih lama

1 comments:

Brocade Blue said...

thats an odd name. andragogi?