Tips Elak Dirogol

Cara Elak Dari Dirogol

  • Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol
  • Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi
  • Memberi pendidikan agama dan moral tentang kekejian dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram
  • Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas. Tidak mudah mempercayai janji kepada bomoh atau singseh . telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan
  • Tidak mudah mempercayai janji untuk berkhawin dengan menyerah kehormatan diri
  • Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik atau rumah mereka
  • Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka
  • Elakkan dai berjalan bersendirian di tempat gelap/sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman
  • Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan
  • Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau peransang nafsu
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya
  • Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama
Cara Atasi Ancaman Rogol
  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang
  • Tidak lakukan tindakan yang terburu-buru
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarangbenda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan. Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis

0 comments: