Bahaya Ragut

Dimanakah Peragut dan Penyeluk Saku Bertindak

  • Jalan atau lorong yang gelap/sunyi
  • lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal/kereta untuk melakukan kegiatan mereka
Bagaimana ia Boleh Berlaku
  • Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkan untuk tontonan orang ramai
  • Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak
Langkah-Langkah Keselamatan dari Diragut
  • Sentiasa membawa wang secara minima
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut/disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelakkan dari berlaku kecederaan kerana diseret
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat sunyi atau semasa menaiki lif
  • Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai
  • Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit/dibimbit dengan tangan
  • Elakkan dari memakai barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah
  • Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpanyanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan lain-lain
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
Cara Untuk Menghindari Penyeluk Saku
  • Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai
  • Anda boleh membeli di internet atau menggunakan kad kredit
  • Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya
  • Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan
  • Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul/troli di pusat membeli belah
  • Periksa beg duit/beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab
  • Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi

0 comments: