Keranda Raja Bhumibol DISEMADI DALAM kayu cendana


Keranda Diraja yang akan digunakan pada Upacara Persemadian Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada akhir bulan depan.

BANGKOK: Tukang mahir terbaik di Thailand bekerja keras selama berbulan-bulan membuat reka bentuk dan membina keranda diraja yang akan digunakan dalam Upacara Persemadian Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej hujung bulan depan.

Keranda diraja yang dihiasi dengan hiasan dan diukir halus itu diperbuat daripada pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak, kayunya berbau harum dan dianggap membawa tuah oleh penganut Buddha dan sering digunakan dalam upacara keluarga diraja.


"Keranda diraja itu diperbuat daripada 12 batang pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak. Ia ditebang di Taman Negara Kui Buri, di Prachuapkhirikhan," kata pegawai daripada Jabatan Seni Halus kepada media baru-baru ini.

Keranda itu mempunyai 132 lambang garuda, dedah pegawai tersebut iaitu satu daripada ciri terpenting yang terdapat pada keranda diraja.

0 comments: