- Cari Jalan Dua Hala!
Jalan sehala ini maksudnya, jalan yang ada divider di tengah-tengahnya. Sebabnya, di jalan sehala ini, pemandu selalunya akan memandu dengan laju, jadi sangat sukar untuk mereka berhentikan kenderaan untuk singgah membeli di gerai anda.
Jadi, pastikan anda pilih lokasi di jalan dua hala di mana, dimana, kebiasaanya di jalan-jalan masuk ke taman perumahan dan jalan-jalan kecil.
Di jalan dua hala ini, selalunya.. kelajuan orang memandu kenderaan sekitar 40km/j ke bawah. Dengan kelajuan tersebut, orang lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah di gerai anda.
- Gerai Di Sebelah Kiri Jalan.
Tetapi jika anda berniaga sebelah pagi (6-9 pagi), pacak gerai anda di laluan kiri menghala keluar ke bandar atau ke pekan dimana orang keluar pergi bekerja.
- Cari Tempat Mudah Parking
Ini pun penting, apabila anda mencari lokasi untuk gerai anda, pastikan ada ruang untuk orang berhenti parking.
- Berniaga Di Sebelah Gerai Lain
Orang ramai lebih suka berhenti di tempat yang ada beberapa gerai sebab banyak benda yang boleh mereka beli sekaligus, berbanding berhenti di tempat yang hanya ada sebuah gerai yang menjual sejenis air sahaja!
Jadi, janganlah marah kalau ada orang pacak gerai disebelah gerai anda, cuma pastikan, orang tu berniaga produk lain la.. janganlah sama sebijik macam produk anda.
- Gantung Banner
Banner digantung bagi menarik perhatian orang ramai.
Ramai peniaga yang terlepas pandang perkara ini. Mereka selalunya hanya ingat meja dan payung sahaja bila nak buka gerai.
Sedangkan banner adalah antara benda yang paling penting untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang anda jual.
Bila ada banner, dari jauh orang dah boleh nampak dan tahu anda jual apa! Bila orang dah tahu anda jual apa, maka mereka tak teragak-agak untuk berhenti dan membeli.
- Pantas Layan Pelanggan
Bagi peniaga baru, kena praktis siap-siap cara nak ceduk dan ikat air. Takdelah nanti terkial-kial nak ikat air depan pelanggan
- Modal 1/3
Bila jual air, sebaiknya, pastikan modal harian untuk buat satu balang air tu hanya 1/3 atau 1/4 sahaja dari hasil jualan.
Contohnya, kos untuk buat 1 balang air jambu ialah RM20.. tetapi bila habis terjual 1 balang air itu, anda boleh dapat RM80.
Dengan cara ini juga, ianya membuatkan anda lebih tenang berniaga dan takderlah terasa “down” sangat bila air anda tak habis. Sebab anda dah tahu, anda hanya perlu jual 1/4 balang sahaja air untuk memastikan anda balik modal pada hari tersebut.
- Air Wajib – Air Teh / Air Milo
Jika anda berniaga di pasar malam atau pesta, air milo adalah air yang wajib anda jual, ianya adalah bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak.
Kanak-kanak ni mmang takkan pandang air lain, air milo sahajalah yang mereka tahu dan mahu. Bila anak-anak dah mintak air, mak bapaknya pun akan beli sekali lah air-air yg lain.
- Konsisten
Kalau begitu gayanya, memang orang menyampah dan sakit hati.
Semalam masa orang tak teringin nak beli, dia buka, hari ini, bila nak beli, dia tutup pula.
Memang susahlah nak dapat pelanggan tetap kalau buat gaya macam tu! Itulah serba-sedikit tips yang dapat kami kongsikan bila berniaga di tepi jalan ni.
Saya harap anda dapat sedikit input daripada perkongsian saya ini. Jika anda inginkan lagi teknik-teknik melariskan jualan air balang, boleh baca perkongsian saya dengan klik banner di bawah