Membunuh: Penarik kereta dihukum gantung



JOHOR BAHRU – Seorang penarik kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita warga emas, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas Khairul Eirman Aziz, 31, yang didakwa membunuh Tan Kim Ayu, 65, di rumah bernombor 42, Kampung Tengah 1, Telok Kerang, dekat Pontian, antara pukul 5 pagi dan 1.30 petang, 29 November 2007.

Khairul Eirman yang berasal dari Penerok, Pontian, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan manakala pihak pembelaan mengemukakan dua orang saksi termasuk tertuduh sendiri. – Bernama

0 comments: