FAEDAH SENAMAN
- meningkatkan daya tahan dan kekuatan badan
- dapat menghindarkan dari terjatuh dan cedera
- meningkatkan keanjalan (fleksibiliti) otot dan sendi
- baik untuk jantung, paru-paru dan perjalanan darah
- menjadikan badan lebih tegak
- mengurangkan ketegangan mental
- memperlahankan proses penuaan seperti kerapuhan tulang bagi wanita yang telah putus haid
- mengawal berat badan
- meningkatkan tahap kesihatan
- meningkatkan imej kendiri
- jangan lakukan senaman semasa perut kosong atau dalam masa 2 jam selepas makan
- pakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai (saiz kasut yang betul dan tidak licin)
- minum air secukupnya semasa dan selepas senaman bagi menggantikan kehilangan cecair dalam badan akibat berpeluh
- elakkan bersenam ketika cuaca terlalu panas
- jangan lupa lakukan senaman regangan memanaskan badan dan regangan selama 5-10 minit sebelum bersenam dan senaman menyejukkan serta regangan selepas bersenam
- pastikan ambil kadar nadi sebelum dan semasa senaman (perbezaannya antara 20-30 denyutan)
- berhenti senaman jika terdapat tanda seperti loya, pening, berpeluh sejuk, berdebar dan sakit dada.
- pilih senaman mengikut kemampuan dan minat contohnya berjalan kaki, tai chi, kayu basikal dan sebagainya
- elakkan senaman sekiranya sakit atau demam
- lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20-30 minit atau lebih bagi setiap sesi
- senaman bersama rakan lebih menyeronokkan
TINDAKAN JIKA CEDERA
- hentikan senaman dengan segera dan berehat
- jika berlaku kekejangan oto, lakukan regangan otot secara perlahan-lahan
- rehatkan anggota yang terseliuh
- letakkan air batu/ais
- balut dengan pembalut plastik
- tinggikan anggota yang bengkak
Peringatan :- Jangan urut supaya tidak bertambah teruk. sakit keterlaluan, bengkak berterusan, lebam yang teruk, sendi yang kurang bergerak atau petanda patah, sila jumpa doktor dengan segera
0 comments:
Post a Comment