RASAH 11 Okt. - Seorang pensyarah kolej swasta warga Filipina diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Seremban dekat sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis pada hujung tahun lalu.
Hakim Datuk Zulkifli Bakar memutuskan demikian terhadap Aida Dizon Garcia, 51, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh.
Mahkamah menetapkan 14 November ini untuk wanita tersebut mula memberi keterangan bela diri.
Garcia didakwa mengedar kanabis dengan barat kasar seberat 11.9 kilogram di tepi Plaza Tol Seremban, dekat sini pada pukul 5.30 pagi, 27 November 2010.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Haresh Mahadevan.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, wanita itu ditahan polis dalam Ops Narkotik selepas disyaki memiliki dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM50,000 dekat plaza tol berkenaan. - Utusan
0 comments:
Post a Comment