Cara mudah selamatkan diri anda

EARsAlert2...
Emergency Assistance and Response Services (EARs)
Hanya menekan butang yang bewarna merah, maka dengan sekejap sahaja 5 rakan anda akan dihubungi dan mereka akan mengontek anda ketika anda dalam kesusahan (kereta rosak) atau dalam bahaya diserang sebarang bentuk serangan yang mengancam nyawa..so, review sikit ape bende ni..



Perisian EARsAlert2 adalah sebuah perkhidmatan pertolongan yang perlu dimiliki oleh setiap individu terutama golongan wanita. Ia terbahagi pada dua bahagian iaitu perlindungan keselamatan diri dan automotif.


Cara ia berfungsi sangat mudah iaitu selepas butang ditekan. Dalam masa lima saat, sistem amaran automatik berfungsi serta-merta. Perisian EARs boleh dimuat turun secara percuma di iTunes.





Pengguna yang menggunakan telefon dualband, mereka boleh membuat panggilan ke talian 1300-22-0123 untuk mengaktifkan butang kecemasan EARs.


Menurut Pengarah EARs, Edwin Ong, 28, selepas tempoh lima saat berlalu, satu sistem pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada lima buah nombor panggilan yang telah diberikan oleh pengguna.


“Nombor-nombor tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan pengguna berdasarkan waktu dan lokasi terkini,” kata Edwin ketika ditemui Kosmo!


Para operator seramai lima orang dalam satu-satu masa akan membuat panggilan susulan terhadap semua nombor bagi memastikan SMS dihantar telah dibaca.


Kandungan panggilan telefon dan SMS yang dibuat oleh petugas operator 24 jam itu mengandungi jenis kecemasan yang dihadapi dan kedudukan pengguna.


Tidak perlu risau jika mengalami kesusahan pada waktu malam kerana operator akan bertugas mengikut tiga waktu shift yang berbeza dan mereka akan memastikan sekurang-kurangnya salah satu pemilik nombor mengetahui situasi kecemasan yang dihadapi pengguna.


Selain kemalangan atau kerosakan kereta, satu lagi fungsi yang sangat baik adalah untuk perlindungan terhadap keselamatan diri. Ia terbukti melalui statistik pada tahun 2007 dengan peningkatan kes jenayah sebanyak 15.74 peratus atau 198,622 kes.


Daripada jumlah tersebut, sebanyak 590 kes pembunuhan dan 3,176 kes rogol dilaporkan. Menurut Edwin, aplikasi EARs bukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah terjadi tetapi, lebih kepada mengelakkan sesuatu perkara tidak baik berlaku,


Versi kedua


Perisian itu menyamai konsep filem cereka Hollywood berjudul Minority Report lakonan Tom Cruise, cuma tidak terlalu kompleks dan beroperasi dengan cara yang mudah.


Jika anda seorang wanita muda yang sedang dalam perjalanan balik ke rumah pada waktu malam dan mendapati keselamatan terancam kerana diekori dengan orang yang menunjukkan ciri-ciri seorang penjahat.


Ambil telefon bimbit anda dan tekan butang EARs. Dalam masa kurang 10 saat, rakan-rakan yang anda percayai akan cuba menyelamatkan anda.


Terlibat dalam bidang automotif selama 11 tahun, Edwin telah berdepan dengan pelbagai masalah melibatkan rakan-rakannya dan para pelanggan.


Melalui pemerhatiannya, kaum wanita sering mengalami serangan panik tatkala berdepan masalah itu dan ia menjadi lebih rumit apabila mereka tidak boleh memberikan kedudukan sebenar.


Pada tahun 2009, Edwin telah berjaya mencipta versi pertama EARs tetapi, ia kurang efisien kerana penggunaannya tidak sesuai dengan telefon pintar.


PERISIAN EARs kini lebih mesra pengguna.


Kelemahan ketara pada versi pertama adalah untuk melancarkan sistem pertolongan. Ujar Edwin, terlalu banyak butang yang perlu ditekan dan tidak mesra pengguna.


Selepas kajian mendalam dibuat, sistem EARs versi kedua berjaya direalisasi pada tahun 2010 dengan rekaan butang pelancar lebih baik, mudah digunakan dan boleh dikomersialkan


Perkhidmatan EARs menggunakan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan semua model telefon pintar yang menggunakan teknologi 3G, Edge dan GPRS.


Tatkala EARs dilancarkan, sistem tersebut akan mengesan kedudukan pengguna yang berdepan masalah melalui pengesanan koordinat dalam GPS, manakala operator di pusat kawalan diberitahu.


Disebabkan ia menggunakan GPS maka, EARs boleh digunakan di mana-mana sahaja walaupun ketika melancong ke luar negara selagi sistem tersebut dapat mengesan lokasi kedudukan yang menghadapi kesusahan.

0 comments: