KINGTON Tingkat Sistem Imun
KURANG daya tahan melawan penyakit menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan penyakit seperti selesema dan demam.
Namun, selepas tiga tahun penyelidikan yang panjang oleh Dr. Jose Miguel Sempere Ortells yang bertugas di Jabatan Bioteknologi, Universiti Alicante, Sepanyol, menemui satu lagi penemuan baharu kebaikan sejenis air yang telah ditemui sejak lebih sekurun yang lalu.
Air yang lebih dikenali sebagai Kington Life Plasma (Plasma hidup Kington) ditemui oleh ahli biologi Perancis, Rene Quiton dan terbukti mampu membantu mengubati penyakit seperti kolera dan demam kepialu disebabkan ketiadaan antibiotik sebelum ini.
Penemuan Sempere itu membuktikan plasma hidup Kington boleh mengaktifkan semula sistem imunisasi badan manusia secara in vitro (eksperimen makmal) atau in vivo (penggunaan secara semula jadi).
Menurut Pengetua Quinton Original, Robert Slovak, di negara-negara Eropah, plasma hidup Kington juga boleh membantu menghentikan penderitaan pesakit kanser dengan mengubatinya.
“Namun, perkara tersebut tidak boleh dibincangkan secara terbuka di Malaysia,” terangnya di Kuala Lumpur.
Di Eropah, seorang ahli hidroterapi, Dr. Taya Mely, menyifatkan plasma hidup Kington adalah penyelesaian terbaik untuk selesema.
Ujarnya dalam rakaman video yang ditayang dalam sidang media Elken, dia mengakui bahawa air itu mampu mengaktifkan semula imunisasi badan dengan menggalakkan sel darah putih.
Dari laut
Slovak berkata, air laut yang dipilih untuk dijadikan plasma hidup Kington adalah yang terpilih iaitu di kawasan tumpuan plankton.
“Interaksi antara fitoplankton dan zooplankton menghasilkan unsur mineral dalam bentuk mineral berhablur,” katanya kepada Kosmo!.
“Sebanyak 83 mineral boleh didapati dari dalam laut dan yang lain adalah dalam bentuk gas dan ia hanya boleh berada dalam cecair sahaja,” katanya menolak sebarang dakwaan penjual produk kesihatan.
Selain itu, dalam sistem diet harian, tidak ada makanan yang mengandungi semua unsur dan manusia terpaksa mengambil beberapa jenis makanan untuk mendapatkannya.
0 comments:
Post a Comment