SEREMBAN - Polisi mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pada masa ini kementeriannya dalam proses akhir menyiapkan segala perkara perlu sebelum pengumuman dilakukan.
"Langkah ini akan memberi manfaat kepada 30 peratus daripada pekerja tempatan yang pada masa sekarang mendapat gaji kurang daripada RM900," katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Labu dekat sini semalam.
Beliau berkata, polisi baharu mengenai gaji pekerja swasta itu tidak akan menggugat keupayaan negara bersaing di peringkat antarabangsa mahupun mengurangkan peluang pekerjaan.
"Semua ini sudah diambil kira dan kadar yang akan kita umumkan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara termasuk meningkatkan ekonomi,'' ujarnya
0 comments:
Post a Comment