Series Sensitif :- Sejadah VS Corak Babi


Isu Agama sekali lagi ditampilkan di Seremban dengan satu eksiden, iaitu sejadah yang mempunyai corak babi di dalamnya membuatkan seorang wanita yang juga anak saudara 20thn kepada Pn.Mas, 50thn yang ingin solat Asar di rumahnya berhenti  solat apabila ternampak corak kepala babi di tepi sejadah tersebut.
Mengikut kenyataan Pn.Mas dan keluarga, sejadah tersebut dibelinya 6 bulan lepas apabila ada jualan lelong berdekatan dengan tempat tinggalnya dengan harga RM10 (3 sejadah)
Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. “Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang

0 comments: