Dataram Merdeka menjadi saksi indah apabila seorang remaja hampir maut apabila motosikal berjenama megah Yamaha LC 135 masuk semak ketika ingin lari daripada sekatan jalan raya. remaja tersebut ingin melawan arus dengan kelajuan bagaikan dalam cerita "rempit" terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. dia terselamat, cedera ringan manakala motosikalnya remuk sedikit di bahagian hadapan. 2 lagi motosikal Yamaha 125z yang merempuh sekatan jalan raya tersebut juga dapat ditahan setelah berlaku aksi kejar mengejar di kawasan berdekatan. mereka kesemuanya setelah diperiksa didapati tidak mempunyai lesen memandu, diulas oleh Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik KL (U3K).OPS selama 2 1/2 jam itu bermula 12.20pagi -3.00pagi telah menyebabkan saman dikeluarkan sebanyak 185 saman (171 motosikal 14 kereta) = 420 pemeriksaan kenderaan. 46 saman untuk tiada lesen memandu, 35 saman tiada insuran kenderaan dan 12 cukai jalan tamat serta pelbagai kesalahan lain seperti tiada flat hadapan, tiada cermin sisi dan lain-lain
p.s :- kuat diorang OPS sekarang ni kan..hehe
0 comments:
Post a Comment