Salam sejahtera semua. ada 5 jenis perwakilan iblis yang selalu menggoda dan mengacau privasi kehidupan kita bagi menjayakan matlamat utama mereka. kehidupan seharian kita mungkin akan terjejas jika tewas kepada hasutan dan godaan yang diberikan, untuk itu ada beberapa cara untuk mengenal jenis mereka ini iaitu dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud yang hendak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang top

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

sumber : informasi

hujung tahun mungkin saat indah bagi kebanyakaan manusia dimuka bumi ini, namun perlu diingatkan bahawa masih ada lagi mereka yang tertindas, bukan sebab tertindas oleh kuasa tertentu, tetapi tertindas dengan hujan yang tidak berhenti-henti dan juga air sungai,kolam,parit,tali air mulai naik. masalah ini meruncingkan seperti buluh yang runcing itu membuatkan ramai antara kawan-kawan atau saudara mara kita ditimpa musibah iaitu banjir. sudah seperti aktiviti tahunan banjir ini kalau dilihat secara kasar. jika dihalusi maka inilah ia kuasa tuhan. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. kepada mangsa-mangsa banjir. JANGAN RISAU!! saya sertakan sekali panduan jika menghadapi banjir. sekian ..




Berikut ini adalah 7 jenayah cyber terbesar di dunia, meskipun nama-nama pelaku adalah nama samaran, tapi mereka nyata adanya.

1. Kodiak
Tahun 1994, Kodiak mengakses akaun dari beberapa pelanggan perusahaan besar pada bank utama dan mentransfer dana ke akaun yang telah disiapkan oleh kaki tangan mereka di Finland, Amerika Syarikat, Jerman, Israel dan Inggris. Dalam tahun 2005, dia dijatuhi hukuman dan dipenjara selama tiga tahun. Diperkirakan Kodiak telah mencuri sebanyak 10,7 juta dollar.

2. Don Fanucci
Di usia 15 tahun, Don Fanucci melakukan suatu rangkaian serangan pada bulan Februari 2000 terhadap beberapa website komersial ber-traffick tinggi. Dia dihukum tahanan rumah di tempat tinggalnya, Montreal, Quebec, pada 12 September 2001 selama lapan bulan dengan penjagaan terbuka, satu tahun masa percubaan, pembatasan pemakaian Internet, dan denda. Kerosakan ekonomi secara global sebagai akibat serangan-serangannya itu diyakini mencapai 7,5 juta hingga 1,2 billion dollar.

3. Pox
Salah seorang pencipta virus e-mail “Love Bug” (i love you), Pox, diduga telah menginfeksi dan melumpuhkan lebih dari 50 juta komputer dan jaringan pada 4 Mei 2000. Virus tersebut juga menyerang komputer-komputer milik Pentagon, CIA dan organisasi-organisasi besar lainnya dan menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar akibat kerosakan-kerosakan. Kerana filipina tidak mempunyai undang-undang yang melawan kejahatan hacking komputer, Fox tidak pernah didakwa atas kejahatan-kejahatannya.

4. Mishkal
Mishkal dituduh sebagai salah satu godfather pemalsu kad kredit di Eropah Timur. Dia dan rakan-rakannya dituduh memproduksi secara massal kad kredit palsu. Pada satu ketika, mereka dilaporkan memiliki pendapatan hingga 100.000 dollar per hari. Dia ditangkap namun kemudian dibebaskan setelah enam bulan ditahan, dan dengan segera dicarikan kedudukan di pemerintahan Ukraine – sebuah kedudukan yang akan memberikan kepadanya kekebalan automatik dari penuntutan mahkamah lebih lanjut.

5. The Wiz dan Piotrek
The Wiz, 23 tahun, dan Piotrek, 27 tahun, dari Chelyabinsk, Rusia, dihukum untuk sejumlah tuntutan komplot pelbagai kejahatan komputer, dan penipuan melawan lembaga-lembaga kewangan di Seattle, Los Angeles dan Texas. Di antaranya, mereka mencuri database dari sekitar 50.000 kad kredit. Keduanya didenda dan dihukum tiga tahun penjara.

6. Roper, Red_Skwyre, dan Dragov
Tiga orang ini adalah dalang dari jaringan kejahatan dunia maya dengan memeras wang dari bank-bank, Kasino-kasino internet, dan pelbagai bisnes web lainnya. Strategi mereka sederhana, yakni meng-hack dan menahan proses transaksi akaun untuk sebuah tebusan sebanyak 40.000 dollar. Didakwa menyebabkan kerosakan langsung lebih dari 2 juta poundsterling dan kerosakan-kerosakan tidak langsung sekitar 40 juta poundsterling. Dalam bulan Oktober 2007, trio itu dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman lapan tahun penjara.

7. Bandit
Bandit memanipulasi kira-kira 500.000 komputer dan menyewakannya untuk aktiviti kejahatan. Dia ditangkap pada bulan November 2005 dalam sebuah operasi FBI, dan dihukum 60 bulan penjara, dan diperintahkan untuk menyerahkan sebuah kereta mewahnya berharga 58.000 dollar yang berasal dari hasil kejahatannya. Dia juga diperintahkan untuk membayar 15.000 dollar sebagai ganti rugi kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk komputer-komputer tentera yang terinfeksi virus.

SUMBER
Sigbritt Lothberg, 75 tahun sangat bertuah apabila mencipta rekod bukan kerana wanita tertua melayari internet tetapi memiliki sambungan internet jalur lebar terpantas di dunia iaitu 40GBps. Sambungan internet ini sangat laju sehinggakan dia boleh melihat live streming High Defination TV/Video ( Full HD Streams) dengan jelas tanpa masalah. Kerja untuk muat turun filem video berdefinasi tinggi juga hanya memerlukan dua saat sahaja.
Kalau tak silap hacker Malaysia mencatatkan kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.Jadi, kenapa Sigbritt begitu bertuah mempunyai sambungan sepantas itu?Ini kerana anak nya Peter Löthberg merupakan pakar dalam bidang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat CiscoApa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai dialah teknik modulasi terbaru yang di cipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.Dengan terbuktinya sambungan 40GBps itu, Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projeknya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.sumber

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.


Tahap 2:

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).


Tahap 3:

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.


Tahap 4:

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran.  Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau penyebab buasir ialah :