Adakah kita pemakan buah-buahan tegar atau hanya melihat sahaja ia di dalam peti ais atau dimana sahaja kita berada. khasiat buah-buahan juga mempengaruhi dalam kesihatan dalam tubuh badan. akan tetapi berapa ramaikah kita memakannya setiap hari. atau hanya jika dihidangkan baru kita santap.hehe. sebenarnya tidak salah kalau kita makan buah-buahan yang kita suka akan tetapi biarlah ia berkhasiat. saranan saya ialah makan buah kiwi kerana ia kaya dengan serat untuk mengawal kadar gula darah untk pesakit yang menghidap penyakit diabetes. selain itu juga ia mempunya tinggi aktioksidan yang membantu menentang kerosakan disebabkan pembebasan radikal bebas dalam tubuh kita. jadi, Jom makan buah-buahan...kalau rasa nak makan..heheheh


Elak dari bercakap terlalu banyak semasa sesi soal-jawab
Salam Sejahtera, kepada semua

Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti.
Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :
  • Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang
  • Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan
  • Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
  • Ia memberikan imej gopoh kepada calon
  • Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga
  • Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya.

Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga
sumber

  • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli disekolah, malah juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah
  • Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.



Buli Fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian

Buli Mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Contohnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar yang membuli. Sungguhpun begitu, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya berlaku serius di sekolah.


  • rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar
  • individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka
  • mereka pernah menjadi mangsa buli
  • individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain
  • mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah displin
  • akibat masalah keluarga
  • sekadar mahu berseronok
  • mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajara lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan
  • iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran

Tajuk di atas sebenarnya bukanlah ingin mengajak anda untu membuli, tetapi mengenali apa itu buli. mungkin kita sendiri tidak sedar atau tidak perasan bahawa kita sedang di buli.
Membuli sebenarnya satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan mereka membuli junior contohnya, menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
Buli ini adalah perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing
Pembulli
  • terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat,lima dan enam
  • bertubuh besar,tegap dan tinggi
  • melibatkan  sekumpulan pelajar  dan biasanya usia mereka adalah sebaya
  • membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah
  • kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak oleh sesiapa
Dibuli
  • Pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu,dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah
  • bertubuh kecil




Minum air sejuk setiap hari sebanyak 6 @ 7 gelas boleh menyegarkan badan dan menjaga kesihatan. Air yang diminum sebaiknya hendaklah dimasak setiap kali hendak minum. Minum air masak boleh menghindarkan penyakit berjangkit. Jika anda terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka, minum segelas air sejuk boleh menteteramkan keadaan dan mengawal tekanan darah. Ada orang suka melakukan olahraga dan bersukan tetapi menghadapi masalah, setelah melakukan olahraga atau bersukan, bada selalu tidak sihat dan terasa sakit di setiap sendi. Anda dinasihatkan supaya minum air sejuk yang dicampur dengan garam. Caranya, ambil gelas atau cawan dan diisi dengan air yang sudah dimasak. Dicampurkan dengan garam secukupnya. embunkan air itu di tempat lapang dan bersih udaranya. Apabila bangun daripada tidur, berkumur sedikit dengan air tersebut dan minum baki air yang tinggal. Bagi mereka yang menghidap sakit buah pinggang, minum terlalu banyak air boleh memudaratkan kesihatan. Air hendaklah mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor