Sebenarnya setiap manusia yang hidup di muka bumi ini perlu berkomunikasi dengan makhluk yang lain dan sikap ini sinonim kiranya saya katakan apabila seseorang itu sudah mesra dalam komunikasi ini, maka timbullah sikap yang semulajadi di tonjolkan kepada sesiapa yang berada disisi kita. betul atau tidak, korang mungkin ada jawapannya, tapi, simpan dahulu..hehe.
Dalam komuniti kita di negara aman makmur ini sikap ini lama kelamaan akan berubah menjadi satu tabiat dan akhirnya ia menjadi budaya serta tamadun untuk satu jangka masa yang lama. sebenarnya sikap ini melambangkan keperibadian seseorang, betul. dan sikap ini dipengaruhi oleh zaman silamnya atau mungkin ambilan daripada sikap kedua ibu bapanya.

mungkin ada juga aspek-aspek lain yang mungkin korang tahu. jadi kepada rakan-rakan semua. silalah komen jika apa yang saya nyatakan di sini tidak menepati langsung, atau tidak tepat, atau apa jua yang ingin ditegur untuk penulis baru seperti saya.

p.s : boleh ker entry macam ni eh ??
2 comments:
jaga diri dan peribadi kita lagi lagi dalam dunia yang kian mencabar. sikap adalah cermin diri seseorang. kalau baik, cantiklah ia dan begitulah sebaliknya.
betul tu.. :D
Post a Comment