SEREMBAN - Polisi mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pada masa ini kementeriannya dalam proses akhir menyiapkan segala perkara perlu sebelum pengumuman dilakukan.
"Langkah ini akan memberi manfaat kepada 30 peratus daripada pekerja tempatan yang pada masa sekarang mendapat gaji kurang daripada RM900," katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Labu dekat sini semalam.
Beliau berkata, polisi baharu mengenai gaji pekerja swasta itu tidak akan menggugat keupayaan negara bersaing di peringkat antarabangsa mahupun mengurangkan peluang pekerjaan.
"Semua ini sudah diambil kira dan kadar yang akan kita umumkan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara termasuk meningkatkan ekonomi,'' ujarnya
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV selaku Pemerintah Tertinggi ATM. – BERNAMA

Tiada yang sangat teruja apabila pengumuman CUTI untuk kita yang bekerja,berstudy,bercucuk tanam anggur dan pelbagai pekerjaan lain seperti pemberus gigi beruang dan harimau, pengepam tayar keretapi dll. tarikh tersebut merupakan hari cuti sempena Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Rabu 11 April, Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam. Istiadat ini dijalankan apabila pada 12 November 2011 Sultan Mizan Zainal Abidin telah tamat tempoh pemerintahannya.

"Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,”
 kenyataan berikut kepada cuti umum 11 April ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan
Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Sebab saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

“Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang”

Artikel diambil bulat-bulat dari blog bulanpurnama89.blogspot.com & arshad-terunadara.blogspot.com
Pernahkah anda (wanita)penggemar kepak ayam ?
Jika jawapannya YA, cuba lihat dahulu kisah dibawah untuk renungan dan tindakan anda di kemudian hari. semoga perkongsian ini berguna untuk wanita seluruh dunia.hehe

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.
Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

sumber :- informasikini.com & arshad-terunadara.blogspot.com
Macam tak percaya jer bila ada statement macam ni keluar, ye lar sebelum ni ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.
Definisinya mengikut wikipedia ialah :-

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).
Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:
Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".
Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.
Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.
Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu


Terkejut Beruk sepasang suami isteri yang berkursus urutan tradisional apabila dijamu dengan pandangan atau satu demonstrasi yang bukan demonstrasi jalanan apabila guru tersebut dengan muka tidak bersalah mengurut bahagian V-SPOT dan payudara salah seorang peserta kursus.Kejelikan demonstrasi tersbut membuatkan pasangan Asman, 50, dan Laila, 47 (pengusaha perniagaan refleksologi) berasa kekok dan terasa seperti hendak muntah agaknya apabila demonstrasi tersebut dijalankan di pusat kursus urut tradisional di KL dan kejadian ini membuatkan mereka berjumpa dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan juga wartawan harian metro.Modul yang disampaikan juga berbeza dengan apa yang diceritakan oleh penceramah. Yang agak musykilnya ialah sukarelawan wanita tersebut tidak segan silu melondehkan pakaiannya untuk dijadikan model dalam acara tersebut tanpa memikirkan keAIBnya terserlah di mata-mata peserta lain. Mungkin kejadian ini tidak akan berulang lagi di kemudian hari.

Isu Agama sekali lagi ditampilkan di Seremban dengan satu eksiden, iaitu sejadah yang mempunyai corak babi di dalamnya membuatkan seorang wanita yang juga anak saudara 20thn kepada Pn.Mas, 50thn yang ingin solat Asar di rumahnya berhenti  solat apabila ternampak corak kepala babi di tepi sejadah tersebut.
Mengikut kenyataan Pn.Mas dan keluarga, sejadah tersebut dibelinya 6 bulan lepas apabila ada jualan lelong berdekatan dengan tempat tinggalnya dengan harga RM10 (3 sejadah)
Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. “Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang
ANGGOTA Jabatan Perhutanan gembira apabila menjumpai tempat sarang maksiat itu, mungkin kerana si beliua "kiri sekali" pernah memarahi pasangan yang beradu asmara disitu akan tetapi tidak di endahkan oleh mereka. ataupun beliau"kri sekali" pernah ke pondok itu untuk mencari daun pucuk paku atau tumbu-tumbuhan untuk dibuat ulam

TILAM, BANTAL, SELIMUT, TIN & KONDOM dijumpai pada 16 buah pondok nipah buatan manusia di Hutan Simpan Kenaboi Jelebu yang mana  tempat mereka melempiaskan nafsu seks tanpa mengira tempat dan persekitaran. Selain itu juga fasiliti lain juga turut dijumpai seperti dapur gas, kuali, periuk dan tandas.Mungkin cara ini selamat dan paling utama ia paling menjimatkan wang tanpa perlu check-in di hotel-hotel bajet kerana takut diserang hendap oleh pasukan pencegah maksiat Jab.Agama di negeri mereka. Mengikut sumber Markas tempat pelempiasan nafsu itu dibina oleh sekumpulan pemilik kenderaan pacuan 4 roda (4x4) yang mempunyai hobi beriadah dan bersuka ria secara agak kurang sopan pada hujung minggu.
Datuk Seri Najib Tun Razak  program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.
Program perumahan ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.
"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baharu RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Alor Gajah, Melaka semalam.
JOHOR BAHRU 23 Feb. - Sebuah kedai gambar di Taman Ungku Tun Aminah di sini bukan sahaja sering dikunjungi oleh pelanggan yang ingin memproses gambar dan membeli peralatan kamera malah ia turut menjadi tumpuan pekerja yang sering 'sakit'.
Ini kerana premis berkenaan dikesan menjual sijil cuti sakit (MC) palsu dan kegiatan haram itu dipercayai mula aktif sejak setahun lalu.
Hasil maklumat orang ramai dan siasatan polis, seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pemilik kedai gambar itu ditahan pukul 1.26 petang, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, turut dijumpai semasa serbuan itu adalah 172 keping sijil cuti sakit disyaki palsu dengan 10 keping ditemui di dalam poket seluar suspek, manakala bakinya ditemui dalam pejabat kedai tersebut.
"Polis turut menemui 13 unit cop getah atas nama 13 doktor yang bekerja di hospital kerajaan, tiga unit komputer, sebuah komputer riba, dua pencetak, dua 'pendrive', dua keping disket yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk menghasilkan sijil cuti sakit palsu.
"Siasatan awal mendapati, pemilik kedai itu menjual sijil cuti sakit palsu kepada rakyat tempatan yang bekerja di Singapura dan sekitar bandar raya ini dengan harga RM25 sekeping," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Menurutnya, butiran maklumat pesakit serta tarikh cuti perlu diisi sendiri oleh pelanggan kerana mereka hanya menyediakan sijil dan cop doktor sahaja.
Mohd. Mokhtar berkata, berdasarkan semakan 13 cop doktor berkenaan, seramai enam doktor masih berkhidmat di hospital kerajaan di Johor Bahru, manakala selebihnya telah bertukar ke hospital lain.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Dalam satu lagi kes, beliau memberitahu, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas sepucuk pistol bersama kelopak peluru kosong serta dadah dipercayai jenis syabu di Taman Ungku Tun Aminah pada Khamis lalu.
Beliau berkata, lelaki yang ditahan pukul 6.30 petang itu memiliki satu rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Berbahaya 1952, katanya.