Jimatkan perbelanjaan makan tengah hari
Anda dapat lakukan ini dengan membawa bekal. Jika anda
takut terasing daripada rakan-rakan, bawa saja bekalan anda
ke kantin. Untuk memudahkan anda menyediakan bekal,
pastikan anda membeli barangan yang mudah dan tahan

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat
disimpan seperti sup di dalam tin, makanan sejukbeku dan
snek tenaga (energy bar).

Disamping menjimatkan
perbelanjaan, pastinya anda tampil lebih kurus dengan berat
badan ideal. Jika anda mengamalkan petua di atas, anda
dapat berjimat paling kurang RM 3 sehari.

Jika didarab,
jumlahnya hampir melangkau RM100 sebulan. Dalam setahun
anda dapat menjimat lebih dari RM 1,000. Satu langkah
positif ke arah mencapai matlamat kewangan.


Gunakan kupon diskaun / percuma
Untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang kompetitif,
banyak peniaga menawarkan kupon diskaun / percuma untuk
menarik pelanggan. Kupon seperti ini boleh didapati pada
kebanyakkan kedai, di dalam majalah kegemaran anda
mahupun di dalam kotak surat di rumah.

Jika sebelumnya
anda tidak peduli dengan apa yang ditawarkan, sudah sampai
masa anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Jika
anda telitikan, anda dapat menjimatkan sejumlah besar
perbelanjaan dengan hanya menggunakan kupon berkenaan.
Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran di Amerika
Syarikat


Dapatkan barangan atau perkhidmatan yang lebih
murah.

Tahukah anda bahawa anda membantu peniaga membayar
sewa kedai? Sebenarnya, harga barangan ditetapkan

Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat
bedasarkan kos lain yang perlu ditampung oleh mereka
termasuk sewa bulanan kedai. Sebab itu, barangan yang
sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah di kedai
biasa berbanding harga di gedung terkemuka. Jika bijak
mencari, anda pasti berjumpa kedai yang menawarkan harga
yang lebih murah dengan nilai mutu barangan atau
perkhidmatan yang sama.

Membeli-belah di pasar gudang
Banyak faedahnya jika anda berkunjung ke pasar gudang. Di
samping mempunyai kelebihan menawarkan harga lebih
rendah, anda juga dapat:

a. Membeli semua keperluan di bawah satu
bumbung

b. Menjimatkan masa pergi dari satu tempat ke
satu tempat yang lain untuk mencari barang.

c. Menjimatkan penggunaan minyak kenderaan

d. Menjimatkan pembayaran letak kereta

Membeli-belah pada jualan murah
Antara cara mudah menjimatkan wang ialah menangguhkan
pembelian sehingga jualan murah dilangsungkan. Ini
bermakna anda perlu bersabar untuk mendapatkan barangan
yang dihajati tetapi kesabaran itu ada balasannya kerana
anda dapat memperolehnya dengan harga lebih murah.
Biarpun potongannya cuma lima peratus, sekurang-kurangnya
“Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang” - 8 -
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat
ia mengurangkan perbelanjaan anda. Gunakan kempen
“Karnival Membeli-belah” dengan sebaik-baiknya. Di samping
itu, anda juga boleh mengunjungi “flea market” atau “car boot
selling” di sekitar bandar raya kini.

Tebus mata ganjaran kad kredit
Banyak syarikat kad kredit menawarkan mata ganjaran
dengan setiap pembelian. Mata yang dikutip boleh ditukar
dengan barangan tertentu yang ditawarkan.
Untuk penyimpanan wang lebih, anda boleh merujuk
kepada katalog yang dikhaskan untuk pelanggan bagi
memperoleh barang yang dihajati. Tetapi ingat! Gunakan
mata ganjaran setakat yang terkumpul saja dan jangan
gunakan kad kredit untuk menambahkan nilai mata kerana ia
menyimpang daripada objektif kewangan.


Langsaikan hutang tertunggak kad kredit
untuk memudahkan proses, anda boleh menjadikan ini
sebagai salah satu matlamat menyimpan wang. Tetapkan
tempoh masa untuk anda melangsaikan hutang dan berhenti
“Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang” - 7 -
Sebarkan buku ini jika anda rasa ia memberi manfaat
menggunakan kad kredit untuk pembelian berjumlah kecil.
Pastikan juga anda hanya
berbelanja setakat mana anda mampu membayarnya. Secara
tidak langsung, ia dapat melindungi anda daripada membayar
faedah andai kata hutang tertunggak ke bulan hadapan.


Kawal pengeluaran wang tunai daripada ATM
Anda dinasihatkan agar menetapkan jumlah pengeluaran
wang daripada ATM. Ini dapat mengawal anda daripada
berbelanja sesuka hati. Sekurang-kurangnya dengan wang
terhad yang ada di dalam tangan, anda lebih berhati-hati
berbelanja. Seperti contoh, tetapkan pengeluaran RM 300
sebulan (bergantung kepada jumlah pendapatan dan
cara berbelanja) daripada ATM. Jika wang yang dikeluarkan
hanya cukup untuk keperluan asas, maka sudah tiba masanya
anda mengurangkan perbelanjaan kapucino dan beralih
kepada kopi tempatan yang tidak kalah rasanya.

Gunakan wang tunai bagi setiap pembelian
Antara manfaat menggunakan wang tunai ialah anda
mempunyai kuasa kawalan penuh terhadap setiap perbelan
jaan. Sebagai contoh, anda akan berfikir dua tiga kali sebelum
membelanjakan wang bagi sesuatu yang tidak penting untuk
dimiliki. Bagi memupuk kebiasaan, tinggalkkan kad kredit
anda dirumah ketika pergi membeli belah.

IDEA menyimpan wang mungkin disenangi oleh
sesetengah pihak biarpun faedahnya besar dan nyata. Ini
berikutan daripada tuntutan menggunakan wang untuk aktiviti
lain yang tidak kurang pentingnya seperti membayar bil dan
sebagainya. 

Namun begitu, ia tidak patut dijadikan alasan
kerana menyimpan wang adalah aktivti mudah yang boleh
dilakukan jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan
secara sukarela mengikuti cadangan berikut:

1. Tetapkan objektif penyimpanan

Seperti merangka bajet, kita juga mesti mesti menetapkan
objektif mengapa perlu menyimpan wang. Ini penting untuk
memastikan kesinambungan aktiviti penyimpanan sehingga
apa yang diidamkan tercapai. Antara objektif penyimpanan
yang munasabah ialah:

o Membeli hadiah harijadi/ perkahwinan untuk
keluarga/sahabat.

o Pergi bercuti selepas penat berkerja.

o Mengubahsuai rumah supaya lebih selesa.

o Menambah nilai premium insurans.

“Capai Kejayaan Dengan Cipta Peluang”



GITARIS kumpulan Kristal, Rody melamar penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman menerusi laman Instagram miliknya, @rodykristal.

Menerusi entri terbaru Rody, dia memuat naik sebuah foto mesra dirinya bersama Niena.

"Jika saya ingin mencintai awak @niena_azmann... Adakah awak akan menerimanya? Kalau terima, please repost! #brocuba #kisahkita," tulis Rody.

Lamaran secara sempoi yang dilakukan Rody itu disambut baik oleh Niena.

Penjaga gol jelita itu telah mengulang siar foto yang dimuat naik oleh Rody di laman Instagram miliknya, @niena_azmann.

"Bila rockers suka... Dia buat sweet pula... Peluang datang sekali macam sepak penalti, kalau masuk menang... Kalau saya tepis awak kalah... Training betul-betul!" tulis Niena.

Rata-rata peminat menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Rody sangat 'sweet'. Selain itu, ruangan komen akaun Instagram milik Rody dan Niena dibanjiri dengan ucapan tahniah.

Menerusi laporan sebuah portal online, Rody telah menjalin hubungan dengan Niena atau nama sebenarnya, Nur Izwani Azman selama enam bulan.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin turut merancang untuk menghantar rombongan meminang dalam masa terdekat.



KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tindakan pihaknya menahan setiausaha politik, kerani dan pembantu peribadi seorang anggota Parlimen pembangkang di Selangor semalam bermotifkan politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata penahanan tiga individu itu dijalankan secara profesional.

"Kita tegaskan di sini penahanan dijalankan secara profesional dan bukan berdasarkan politik kerana SPRM tidak ada masa untuk berpolitik," katanya mengulas kenyataan Anggota Parlimen Subang daripada Parti Keadilan Rakyat R. Sivarasa yang mendakwa penahanan tiga kakitangannya itu oleh SPRM semalam bersifat politik.

Dzulkifli ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kemah Keming Tolok Rasuah bersempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar 2017) di Pantai Teluk Ketapang, di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

SPRM semalam menahan tiga individu tersebut selepas dikatakan terlibat dalam jenayah rasuah.

Dzulkifli dalam pada itu menarik perhatian agar semua pihak perlu memberi ruang dan peluang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan sebelum mereka membuat pembelaan di media massa.

"Tolong bagi peluang kita jalankan siasatan dan setelah selesai siasatan dan dibuktikan tidak bersalah, kita tidak ambil tindakan. Kalau sudah cukup bukti baru kita akan ambil tindakan.

"Yang penting isu rasuah ini perlu dibanteras. SPRM juga sebelum ini pernah mengambil tindakan terhadap anggota parti pemerintah iaitu Exco Kerajaan Johor dan baru-baru ini terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad," katanya.

Beliau berkata SPRM tidak memilih sama ada seseorang itu anggota parti pemerintah atau pembangkang dalam menjalankan tugasnya untuk membebaskan negara daripada rasuah.


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain bagi mengesan dan memastikan individu-individu atau penganjur berkaitan pesta gay yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, tidak menjejakkan kaki mereka ke negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata jika JIM mengesan individu-individu terbabit ini cuba memasuki negara, mereka akan diberikan Notis Penolakan Masuk (NIL) di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1559/63.

Katanya, pihaknya dengan tegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membawa gejala yang tidak sihat, tidak bermoral dan yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan serta kedaulatan negara ini.

"JIM dengan tegas akan menolak kemasukan individu atau penganjur yang cuba memasuki negara ini bagi menyertai pesta gay itu. Tindakan yang tegas itu diambil selaras dengan arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mustafar, seramai 46,551 individu telah ditolak kemasukan ke negara ini di atas pelbagai kesalahan imigresen dari 1 Jan sehingga 30 Jun ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept.

Beliau dilaporkan berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskannya.

Laporan sebuah laman portal mengatakan satu acara gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Sept ini, bagi mempromosikan acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu "White Party Bangkok" di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Dis depan.


TAHUKAH ANDA ?


FACEBOOK kini sedang dalam proses menguji butang snooze, yang merupakan salah satu pembaharuan untuk menaik taraf elemen 'mesra pengguna' laman sosial paling popular itu.

Opsyen snooze boleh digunakan pengguna yang tidak mahu melihat kemas kini terbaharu mereka yang berada dalam senarai rakan.

Ia juga tidak memerlukan pengguna menyingkirkan mana-mana rakan dalam senarai.

Snooze sedikit berbeza dengan butang unfollow yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana snooze memberi pilihan kepada pengguna memilih garis masa untuk tujuan berkenaan, iaitu dari 24 jam sehingga 30 hari.

Ia dilihat jawapan kepada masalah 'rakan yang menjengkelkan', di mana snooze membolehkan anda mengawal post mana untuk dilihat dalam tempoh masa yang diinginkan.

Buat masa ini, belum diketahui bila butang ini akan diperkenalkan secara menyeluruh kepada semua pengguna.

Keranda Diraja yang akan digunakan pada Upacara Persemadian Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada akhir bulan depan.

BANGKOK: Tukang mahir terbaik di Thailand bekerja keras selama berbulan-bulan membuat reka bentuk dan membina keranda diraja yang akan digunakan dalam Upacara Persemadian Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej hujung bulan depan.

Keranda diraja yang dihiasi dengan hiasan dan diukir halus itu diperbuat daripada pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak, kayunya berbau harum dan dianggap membawa tuah oleh penganut Buddha dan sering digunakan dalam upacara keluarga diraja.


"Keranda diraja itu diperbuat daripada 12 batang pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak. Ia ditebang di Taman Negara Kui Buri, di Prachuapkhirikhan," kata pegawai daripada Jabatan Seni Halus kepada media baru-baru ini.

Keranda itu mempunyai 132 lambang garuda, dedah pegawai tersebut iaitu satu daripada ciri terpenting yang terdapat pada keranda diraja.
Proses pengecaman dilakukan oleh seorang lelaki warganegara Pakistan bernama Salman Khan yang mendakwa mangsa adalah abangnya yang dilaporkan hilang sejak 8 Sept lepas


SHAH ALAM: Mayat warganegara Pakistan dengan kesan terbakar pada seluruh tubuhnya ditemui di tepi semak berhadapan rumah pam air Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Nek Zaidi Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki itu pada 1.25 petang.

Beliau berkata mangsa dipercayai mati kira-kira tiga atau empat hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya yang hampir reput dan pemeriksaan lanjut mendapati kesan tikaman pada bahagian perut lelaki berkenaan.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa atau di lokasi mayatnya ditemui namun polis menjumpai satu bekas berwarna putih disyaki untuk mengisi petrol," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan penemuan mayat itu, beliau berkata proses pengecaman dilakukan oleh seorang lelaki warganegara Pakistan bernama Salman Khan yang mendakwa mangsa adalah abangnya yang dilaporkan hilang sejak 8 Sept lepas.

Nek Zaidi berkata lelaki itu mengenal pasti mangsa, yang bekerja sebagai penjual permaidani, berdasarkan besi yang terdapat pada lutut kirinya akibat kemalangan sebelum ini.

Mangsa dipercayai bernama Ali Amjad, 25, dan sampel DNA kedua-duanya diambil bagi mengesahkan maklumat berkenaan.

"Salman Khan mendakwa abangnya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita Indonesia yang juga isteri orang dikenali sebagai Verlina dan hubungan berkenaan telah diketahui suami wanita berkenaan," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bibi Ramjani pecah tradisi jadi wanita pertama terajui KAFA



KOTA BHARU: Usahawan wanita Bibi Ramjani Ilias Khan memecah tradisi bola sepak Kelantan  apabila dipilih sebagai wanita pertama menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sejak ditubuhkan pada 1946.

Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) Julai tahun lepas.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah ketika mengumumkan pelantikan Bibi Ramjani berkata usahawan wanita itu akan memimpin persatuan itu bagi penggal 2017 hingga 2021.

Afandi berkata pengiraan undi bagi jawatan nombor satu itu terpaksa dilakukan sebanyak dua kali selepas seorang calon presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, yang juga naib presiden, tidak berpuas hati ketika pengiraan kali pertama dilakukan.

"Pada pengiraan kali pertama, Bibi Ramjani mendapat 32 undi daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan manakala Muhammad Nasir pula 19 undi sehingga menyebabkan beliau menentang pengiraan tersebut.

"Bagaimanapun pada kiraan kali kedua, Bibi Ramjani kekal mendapat 32 undi manakala Muhammad Nasir hanya menerima 16 undi," katanya kepada pemberita selepas Kongres KAFA Kali ke-63 di sini, malam ini.

Kongres tersebut berlangsung pada pukul 3 petang tadi dan berakhir kira-kira 9.15 malam ini.

Dalam pada itu, Afandi berkata beliau berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden KAFA selepas mengumpul 39 undi, sekali gus menewaskan pencabarnya iaitu Datuk Rosmadi Ismail yang sebelum ini merupakan naib presiden yang mendapat 27 undi.

Beliau berkata bagi jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Aizuddin Nik Abdul (39 undi), Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir (27 undi) dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim (21 undi), manakala dua calon lain iaitu Azman Ibrahim dan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz menarik diri di saat-saat akhir sebelum pengundian bermula.

Katanya, selain itu, 10 muka baharu turut dipilih sebagai Exco Eksekutif KAFA iaitu Datuk Mohd Rowi Dollah (51 undi),  Wan Rakemi Wan Zahari (42 undi), Nubli Ab Latiff (40 undi), Datuk Shaari Mat Husin (37 undi), Zulkifli Omar (37 undi), Akmal Ahmad Tabarani (33 undi), Mohammad Ausri Husin (29 undi), Azrul Mohd Zawawi (28 undi), Mohamed Fareez Nor Amran (26 undi) dan Datuk Azam Ismail (24 undi).

Sementara itu, Bibi Ramjani, ketika ditemui pemberita, berharap agar penyokong Kelantan memberikan beliau sedikit masa untuk menstrukturkan KAFA dan pasukan ‘The Red Warriors’ agar Kelantan kembali menjadi antara gergasi bola sepak negara yang digeruni.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Jajahan yang memberi mandat kepada beliau untuk mengemudi KAFA bagi penggal tersebut.

Bibi Ramjani sebelum ini dilaporkan akan membawa masuk penajaan daripada tiga syarikat multinasional untuk mengukuhkan kedudukan kewangan KAFA jika dipilih sebagai presiden persatuan tersebut.



KUALA LUMPUR: Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (APG KL2017) yang dibuka secara rasmi hari ini bukan hanya sekadar medan temasya sukan, sebaliknya menjadi platform penyatupaduan negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, usaha, semangat dan kegigihan atlet para perlu menjadi teras kepada perpaduan, sama seperti Sukan SEA ke-29 yang berlangsung baru-baru ini.

"Bersatu dengan semangat juara, bertunjangkan inspirasi dari atlet luar biasa, dengan keyakinan yang tinggi, semangat yang padu dengan keazaman yang membawa kita menuju ke puncak kejayaan.

"Gemilang selama-lamanya," kata Khairy semasa pembukaan APG KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Majlis pembukaan tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Tambah Khairy, temasya kali ini bukan hanya untuk meraikan individu yang telah mencipta nama, sebaliknya membentuk atlet yang akan menjadi juara pada masa akan datang.

"Malam ini kita raikan mereka semua. Bukan hanya yang sudah mencipta nama, tetapi juga yang baru mengorak langkah untuk mengukir kejayaan. Mereka adalah wira dan wirawati kita.

"Di bahu mereka tergalas impian, terpancar sinar kekuatan serta cahaya kegembiraan untuk Negara yang dilanda kesedihan beberapa hari terakhir ini.

"Usaha atlet para mengatasi kekangan fizikal atau intelektual mengingatkan kita bahawa tiada apa yang boleh menghalang semangat nurani yang ingin menggapai cita-cita.

"Walaupun berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang tidak dapat kita bayangkan, mereka tidak pernah menyalahkan takdir, tidak pernah mengeluh di tepi gelanggang membiarkan kehidupan berlalu pergi.

"Namun mereka terus mara, terus berjuang – menjadi pedoman kepada kita semua untuk menjadi bangsa yang tidak pernah kenal erti kalah, tidak memberi seribu satu alasan dan terus berani mendahagakan cita-cita besar," ujarnya.


Pada majlis pembukaan itu, penyanyi tersohor Malaysia yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna Zarai menggamatkan suasana dengan nyanyian 'Rescue'.

Hadir sama pada majlis pembukaan itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysia mensasarkan 103 pingat emas seperti dicanang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada APG KL2017 ini.

Tumpuan peminat sukan tanahair pastinya terarah kepada dua juara dunia iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik di Rio, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara olahraga di samping kemunculan atlet renang Singapura Yip Pin Xiu yang juga pemenang pingat emas temasya Sukan Paralimpik Rio.

Temasya seminggu ini disertai oleh 1,421 atlet dan 711 pegawai keseluruhan dari 11 negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.

Sejumlah 368 acara daripada 16 jenis sukan dipertandingkan dengan menawarkan 368 pingat emas.

Kontinjen negara, yang diketuai oleh Datuk R.Subramaniam, terdiri daripada 325 atlet dan 167 pegawai yang akan memulakan aksi memburu pingat dalam 16 acara iaitu acara memanah, olahraga, badminton, boccia, catur, berbasikal, bola sepak lima sebelah, bola sepak CP, goalball, powerlifting, renang, tenpin boling, ping pong, bola tampar duduk, bola keranjang berkerusi roda dan tenis berkerusi roda.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan 13 anggotanya berhubung dakwaan kebocoran maklumat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ifftifaqiyah baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan yang antara lain melibatkan rakaman percakapan, telah dimulakan sejak semalam.

"Mereka disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.


"Bagaimanapun, setakat ini tiada tangkapan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menafikan pihak polis yang membocorkan maklumat berhubung siasatan kes melibatkan pusat tahfiz berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendakwa, maklumat dan video itu disebarkan oleh agensi kerajaan lain.

Susulan kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru tahfiz pada awal pagi Khamis lalu, maklumat berkaitan tujuh suspek yang ditahan polis tersebar secara viral di media sosial sebelum ia diumumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh pada satu sidang media semalam.





Sidang media khas tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah oleh Ketua Polis 
Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

SUMBER
JIKA anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan.


Walaupun telah menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, bau rokok tersebut pasti akan kekal pada fabrik tempat duduk kereta.

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan bau tersebut?


Berikut kami kongsikan 5 benda yang boleh membantu menghilangkan masalah bau yang tidak menyenangkan terutamanya bau rokok:

1. Serbuk Kopi
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.

2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.

3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.

5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.

Sumber


KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh remaja bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Mereka berumur di antara 11 dan 18 tahun dan bukan pelajar dari pusat tahfiz berkenaan.

Penahanan itu dilakukan hasil pengecaman wajah seorang remaja melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, siasatan polis mendapati wujud unsur khianat dengan niat membakar dalam insiden yang telah meragut nyawa 23 mangsa.

Enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah, manakala dua suspek memiliki rekod kesalahan lampau.

Polis berkata motif bakar berpunca daripada ejek mengejek di antara suspek dengan pelajar tahfiz.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat guna api.



SUMBER
Sumber itu berkata, CCTV pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sebelah sekolah merakamkan kemungkinan pencerobohan ke sekolah tersebut kira-kira 2 jam sebelum kebakaran.


PETALING JAYA: Pihak berkuasa menemui petunjuk baharu dalam siasatan mereka yang membawa kepada kemungkinan wujud unsur khianat di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyebabkan 23 orang terkorban kelmarin.

Menurut laporan New Straits Times (NST), sumber yang dekat dengan polis dan siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari bangunan berdekatan pusat tersebut, mereka percaya ia berpunca daripada perbuatan membakar.
“Dari siasatan awal, kami mengesyaki kebakaran melibatkan unsur-unsur khianat. Teori ini disokong oleh petunjuk baharu selepas pihak berkuasa menyemak semula rakaman CCTV,” kata NST memetik sumber atasan yang rapat dengan siasatan.

Sumber itu berkata, CCTV pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia di sebelah sekolah merakamkan kemungkinan pencerobohan ke sekolah tersebut kira-kira 2 jam sebelum kebakaran.
“Rakaman itu menunjukkan seseorang, yang kelihatan seperti remaja, menyelinap ke sekolah tahfiz pada pukul 3 pagi.”

Sumber lain berkata penyiasat ada menemui bekas petrol di hadapan pintu ke asrama, di mana mangsa ditemui terperangkap.

Kelmarin, pasukan penyiasat menemui 2 silinder, yang bukan milik sekolah, berhampiran kawasan pintu.
Seorang warden sekolah yang selamat dari kebakaran mengatakan semasa pemeriksaan rutin sebelum tidur pada pukul 11 malam hari Rabu, dia tidak melihat silinder gas dekat pintu.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata litar pintas bukan penyebab tragedi.

“Penemuan forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan litar elektrik dan suis utama bangunan sekolah berada dalam keadaan baik,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada mangsa yang diselamatkan, api bermula dari luar pintu asrama.

Khirudin berkata jabatan itu percaya terdapat unsur “lain” dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.
Sumber itu berkata polis juga menyiasat maklumat mengenai pergaduhan antara pelajar sebagai kemungkinan motif kejadian.

Semasa ditanya mengenai perkara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Roy Suhaimi Sarif berkata polis sedang menyiasat semua sudut dan akan merakamkan kenyataan daripada semua pelajar dan guru sebelum membuat kesimpulan.

Difahamkan seorang pelajar sekolah ditahan untuk memudahkan siasatan.
Sementara itu, The Star hari ini melaporkan polis telah memanggil individu terbabit untuk memudahkan siasatan.

“Ya, saya mengesahkan kami meminta seorang lelaki untuk membantu siasatan kami,” kata The Star memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Fuzi berkata setakat ini hanya seorang individu yang telah dipanggil tetapi menolak untuk mengatakan sama ada orang itu merupakan pelajar sekolah terbabit.

“Ini hanya untuk membolehkan penyiasatan. Setakat ini, kami masih tidak pasti (sekiranya terdapat unsur jenayah),” kata beliau.

Beliau berkata pihak polis akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

sumber


KUALA LUMPUR: Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.


Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung di sini yang mengorbankan 24 nyawa.




Justeru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata PDRM akan memberikan kerjasama dan bantuan sepenuhnya dalam memastikan segala tindakan yang diambil berjalan lancar dan sempurna.



"Salam takziah daripada saya dan seluruh warga PDRM kepada semua keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya dalam satu kenyataan.



Dalam kejadian jam 5 pagi tadi, 22 pelajar dan dua tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian pintu yang terletak di bahagian tengah asrama berdasarkan keadaan mayat mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada api.

Kejadian dipercayai berpunca akibat lintar pintas kerana ada kotak suis elektrik di sebelah pintu berkenaan.


Salam Hormat, Tahu tak hari ni Hari Apa ?



Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2017 untuk seluruh rakyat Malaysia

NAK TOP UP FREE bernilai RM10 tak ?

facebook AADK Selangor ada buat contest sampai tengah malam ni ,
nak cuba boleh klik sini tau.

tak susah mana pun, cuma LIKE & SHARE jer, kacang ngat-ngat.. hehe

Selamat Mencuba

KLIK SINI

6 TIPS SAVINGS DARI BRADER "NOOBS" Ni
.


1. Rekod belanja (spending) harian di dalam buku. Setiap sen yang dikeluarkan perlu di kira
(jangan menipu , please jujur dalam hal ni.. hehe)
.
Opss kalau ada derma tu, jangan la rekod pulak sebab derma tangan kanan sorok tangan kiri hehe..
.
Dengan rekod ni, korang akan mula nampak mana duit tu flow..
.
So dari situ boleh set di dalam minda untuk kurangkan spending, supaya matlamat untuk saving duit boleh dicapai.
.
.
2. Makan jangan mengikut nafsu. Kalau teringin sangat nak makan subway or lunch mewah mewah, time lunch save la RM2-3 setiap hari.
.
.
Aku masih banyak makan roti sampai sekarang. Masih setia dengan Gardenia walaupun orang kata harga roti nak
.
(Mana ada naik! Tipu je semua tu).
.
Dengan makan roti time lunch, dan air buah yang harga bawah RM2.00
(Fav gua, Peel Fesh!).
.
.
Aku boleh jimat up to RM3-RM5 a day! Yups! Sapa kata makan roti tak kenyang? Yang kata tak kenyang tu, korang baca bismillah tak? Hehehe
.
.
3. Gunakan public transport! Walaupun aku ni sekarang ni mampu untuk membeli sebuah kereta murah (bukan nak berlagak),
.
.
tapi aku masih tak berbuat demikian dan masih setia dengan Skooter Nouvo aku! Yeah, public slow, waste time, blablabla.. but what do you gain?
.
.
Save MONEY! Time dalam public tu pula boleh dimanfaatkan dengan membaca buku dan tidur! Kan dah saving lagi masa tidur dan masa membaca buku di rumah.
.
.
4. Jangan berhutang dan mengunakan kad kredit sesuka hati! So berbelanjalah ikut kemampuan.
.
.
Kalau agak tak mampu nak beli Galaxy S4 tu, tunggu la dia turun harga, takpun cakap je kat tuan kedai "Saya ni comel!
.
.
Boleh buat gwiyomi lebih cute dari Nora Danish! Kalau taknak jual half price, saya cari kat kedai lain!".
.
.
Kita ni kalau dah tau tak mampu, tapi rasa kalau hutang, kita boleh dapat benda tu, mesti la nak berhutang kan?
.
Tapi kira tak interest hutang tu? Kalau ada 'orang lain' tolong bayarkan interest tu, takde masalah.
.
.
5. Baca buku-buku ilmiah. Percaya atau tidak, yang membaca buku, akan membuatkan korang lupa akan kemewahan dunia untuk seketika. Yups!
.
.
Korang akan rasakan yang ilmu ni, jauh lebih penting dari duit dalam poket. Dalam masa yang sama banyakkan bersedekah.
.
.
Ia akan mengingatkan kita yang ramai saudara-saudara kita kat luar sana yang tak mampu nak makan dan minum.
.
.
6. Disiplinkan diri untuk saving! Yups ini paling susah! Tapi paling berkesan jika mampu laksanakan!
.
.
Salah satu cara yang aku nampak bekersan adalah dengan menyimpan sekurang-kurangkan 10% daripada income ke dalam bank, Tabung Haji atau unit trust seperti ASB.
.
.
Selamat Mencuba 

Teringin nak trade forex ? Ada rakan yang beritahu anda beliau sudah profit (untung) dalam trading.
tunggu dulu, kaji dan belajarlah sebelum menceburi bidang ini.memang betul hanya BUY & SELL 

sahaja sudah boleh dapat untung, siapa tak nak kan.Hanya duduk depan laptop/PC atau mengadap handphone jer dah boleh jana wang yang banyak. Peluh pun tak sempat keluar! hehe

Sebab ramai yang nak dapatkan Cash cepat tanpa memikirkan risiko yang bakal di tampung kemudian hari. baiklah, jom tengok FAKTA sebenar forex ni 

dan fikir-fikirkan berbaloi tak anda nak MULA dalam bidang trading ini, dengan hanya tahu sell & buy sahaja ?

Renungkan fakta-fakta ini:


  • 95% trader adalah trader yang gagal, mahu tak anda jadi salah seorang daripada 5% trader yang berjaya?

  • Kebanyakan trader akan kehabisan modal mereka dalam masa 3 bulan sahaja. Ada yang rugi ratusan, ribuan, puluhan ribu dan juga ratusan ribu ringgit. Anda tentu tak nak jadi salah seorang daripada mereka kan?

  • Ini bukan indicator @ robot yang merapu. Ini adalah TEKNIK FOREX SEBENAR. Anda tak perlu habiskan puluhan / ratusan / ribuan ringgit untuk membeli sesuatu yang tidak berkesan.

  • Anda tidak perlu lagi membuang masa, tenaga dan wang ke sana ke mari mendalami ilmu forex yang belum tentu lagi betul atau tidak. TEKNIK FOREX SEBENAR adalah penyelesaian menyeluruh kepada segala-galanya.

  • Bukan senang nak belajar forex tanpa demonstrasi. Tetapi TEKNIK FOREX SEBENAR disertakan dengan contoh bergambar serta video panduan. Budak sekolah pun boleh memahaminya, apatah lagi orang dewasa.

  • Indicator biasanya dijual pada harga RM100.00 – 250.00, manakala kelas dan seminar pula dalam lingkungan RM1,000.00 – 5,000.00. Itupun tanpa follow up daripada penganjur. 
Tapi jangan risau, sebenarnya jika anda lengkapkan diri dengan ILMU, semua perkara akan jadi mudah dan senang, risiko memang ada. sama seperti kita menaiki kenderaan tetap ada risiko untuk kemalangan ( mintak simpang..hehe, gurau jer ). cuma kita dapat meminimakan kejadian yang buruk daripada berlaku.

Di sini saya ada jumpa satu panduan untuk jadi seorang trader forex yang ohseem!!
boleh tengok baca dan fahamkan forex ni bagi sesiapa yang minat atau dah pasang niat nak cari duit tepi melalui forex ni



7 Jenis Pembeli di Facebook Yang Perlu Usahawan Ambil Tahu 


Terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini. Jika disenaraikan, ia begitu banyak sekali.

Begitu juga dengan pembeli di Facebook, terdapat banyak jenis dan ragam mereka tersendiri.


Tujuh daripadanya adalah seperti berikut


Pertama 

Pembeli yang amat suka bertanya. Gunakan Facebook agar mudah untuk mereka bertanya tanpa perlu mereka buka emel.

Mereka suka bertanya sama ada melalui ruangan komen, wall post dan ruangan mesej (Inbox).



Kedua

Pembeli yang suka terus membuat pembelian tanpa mahu bertanya apa-apa.

Mereka ini akan lihat produk dan terus bayar.
Cukup letak gambar produk dan maklumat pembayaran.



Ketiga 

Pembeli yang suka tengok-tengok gambar produk dahulu sebelum beli.

Maka upload gambar-gambar produk ke dalam setiap album masing-masing di Facebook, atau gunakan online shopping cart.


Mereka suka tengok macam-macam jenis produk, contohnya fesyen baju yang pelbagai.

Mereka ini suka ‘menjamu’ mata dahulu sebelum pilih produk yang lebih mereka berkenan.



Keempat

Pembeli yang akan membuat pembelian di lain hari.
Mereka lebih suka 'window shopping' terlebih dahulu di Facebook.

Cara untuk jadikan mereka sebagai pelanggan adalah dengan upload gambar produk ke dalam album ataupun wall Facebook Page.


Biasanya mereka akan 'tag' diri mereka pada gambar produk ataupun 'share' di wall mereka terlebih dahulu.


Kelima

Pembeli yang tidak suka penerangan panjang lebar. Mereka ini biasanya akan tanya satu soalan
dalam satu masa.

Jika soalan mereka ringkas, kita jawab seringkas yang boleh tetapi jawapan itu jelas dan menjawab soalan mereka.


Keenam 

Pembeli yang suka tanya banyak soalan. Mereka ini seorang yang amat teliti.

Mereka akan bertanya dari sekecil-kecil soalan sehingga kepada sebesar-besar persoalan.

Mereka hanya akan mula membeli setelah mereka benar-benar puas hati.


Melayan pembeli sebegini memerlukan kesabaran yang amat tinggi.


Ketujuh 

Pembeli yang tidak suka baca jawapan sedia ada.

Mereka ini mahu jawapan mereka dijawab terus kepada mereka.


Contohnya jika mereka bertanya melalui Inbox, mereka mahu soalan itu dijawab melalui Inbox
itu terus dan bukan dengan memberikan mereka jawapan yang telah siap sedia seperi
pada Notes ataupun gambar produk.