anda buncit dan cara hilangkannya


Lelaki & Wanita sekarang agak gusar apabila perutnya membuncit seperti membusung kerana ia akan menjejaskan penampilan mereka. untuk lelaki yang sudah berumahtangga, buncit bukanlah halangan mereka untuk bergaya akan tetapi bagi wanita, ia seperti satu masalah negara yang mungkin akan menjejaskan emosi dan aktiviti fizikal seharian. faktor pemakanan dan gaya hidup merupakan aset penting dalam mereka bentuk badan yang ideal, jadi di sini dikongsikan serba sedikit petua yang mungkin boleh digunapapakai untuk mereka yang mempunyai masalah perut buncit.
Petua Perut Tidak Buncit



1. Angkat kaki sambil berbaring dengan tangan diletakkan bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini berulang kali selama 20 minit setiap hari.

2. Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap (kapur turun ke bawah). Ambil air yang jernih dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dan sila amalkan dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur.


3. Rebus 10 helai daun salam dalam air sebayak dua gelas. Apabila sudah mendidih, sejukkan dan minum dua kali sehari iaitu pagi dan malam untuk mengelak perut anda daripada buncit.

4. Bancuhkan asam jawa dan garam dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok pagi, minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

5. Campurkan sebati air limau nipis dengan kapur sirih. Sapu pada perut anda kemudian ikat perut (bengkung). Amalkan pada setiap malam.

6. Tumbuk halis lada hitam kira-kira dua genggam. Campurkan dengan sebiji ragi tapai. Gaul bersama cuka bercampur asam jawa. Setelah ramuan sebati, sapukan sapukan ke perut dan sekeliling bahagian pinggang. Selepas itu, bengkung dengan ketat. Seelok-eloknya lakukan pada waktu pagi selepas bertungku.
kredit to jompetua

0 comments: