PEPERANGAN

PEPERANGAN

Islam merupakan agama damai dan cintakan keamanan dan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud aman (salam ) dan perdamaian

Islam tidak menganjurkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa alasan dan sebab yang munasabah

Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata untuk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu

Peperangan dalam Islam dilakukan mempunyai tujuan seperti mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan, mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara, mencari keamanan, menegakkan keadilan, dan melindungi hak asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat.

Islam telah menggariskan prinsip-prinsip umum dalam berjihad atau berperang yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika berperang. Oleh itu, sebelum berperang, golongan kafir hendaklah diseru atau diajak kepada Islam terlebih dahulu atau berdamai sebelum diperangi.

0 comments: