Salam sejahtera semua. ada 5 jenis perwakilan iblis yang selalu menggoda dan mengacau privasi kehidupan kita bagi menjayakan matlamat utama mereka. kehidupan seharian kita mungkin akan terjejas jika tewas kepada hasutan dan godaan yang diberikan, untuk itu ada beberapa cara untuk mengenal jenis mereka ini iaitu dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud yang hendak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang top

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

sumber : informasi

hujung tahun mungkin saat indah bagi kebanyakaan manusia dimuka bumi ini, namun perlu diingatkan bahawa masih ada lagi mereka yang tertindas, bukan sebab tertindas oleh kuasa tertentu, tetapi tertindas dengan hujan yang tidak berhenti-henti dan juga air sungai,kolam,parit,tali air mulai naik. masalah ini meruncingkan seperti buluh yang runcing itu membuatkan ramai antara kawan-kawan atau saudara mara kita ditimpa musibah iaitu banjir. sudah seperti aktiviti tahunan banjir ini kalau dilihat secara kasar. jika dihalusi maka inilah ia kuasa tuhan. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. kepada mangsa-mangsa banjir. JANGAN RISAU!! saya sertakan sekali panduan jika menghadapi banjir. sekian ..




Berikut ini adalah 7 jenayah cyber terbesar di dunia, meskipun nama-nama pelaku adalah nama samaran, tapi mereka nyata adanya.

1. Kodiak
Tahun 1994, Kodiak mengakses akaun dari beberapa pelanggan perusahaan besar pada bank utama dan mentransfer dana ke akaun yang telah disiapkan oleh kaki tangan mereka di Finland, Amerika Syarikat, Jerman, Israel dan Inggris. Dalam tahun 2005, dia dijatuhi hukuman dan dipenjara selama tiga tahun. Diperkirakan Kodiak telah mencuri sebanyak 10,7 juta dollar.

2. Don Fanucci
Di usia 15 tahun, Don Fanucci melakukan suatu rangkaian serangan pada bulan Februari 2000 terhadap beberapa website komersial ber-traffick tinggi. Dia dihukum tahanan rumah di tempat tinggalnya, Montreal, Quebec, pada 12 September 2001 selama lapan bulan dengan penjagaan terbuka, satu tahun masa percubaan, pembatasan pemakaian Internet, dan denda. Kerosakan ekonomi secara global sebagai akibat serangan-serangannya itu diyakini mencapai 7,5 juta hingga 1,2 billion dollar.

3. Pox
Salah seorang pencipta virus e-mail “Love Bug” (i love you), Pox, diduga telah menginfeksi dan melumpuhkan lebih dari 50 juta komputer dan jaringan pada 4 Mei 2000. Virus tersebut juga menyerang komputer-komputer milik Pentagon, CIA dan organisasi-organisasi besar lainnya dan menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar akibat kerosakan-kerosakan. Kerana filipina tidak mempunyai undang-undang yang melawan kejahatan hacking komputer, Fox tidak pernah didakwa atas kejahatan-kejahatannya.

4. Mishkal
Mishkal dituduh sebagai salah satu godfather pemalsu kad kredit di Eropah Timur. Dia dan rakan-rakannya dituduh memproduksi secara massal kad kredit palsu. Pada satu ketika, mereka dilaporkan memiliki pendapatan hingga 100.000 dollar per hari. Dia ditangkap namun kemudian dibebaskan setelah enam bulan ditahan, dan dengan segera dicarikan kedudukan di pemerintahan Ukraine – sebuah kedudukan yang akan memberikan kepadanya kekebalan automatik dari penuntutan mahkamah lebih lanjut.

5. The Wiz dan Piotrek
The Wiz, 23 tahun, dan Piotrek, 27 tahun, dari Chelyabinsk, Rusia, dihukum untuk sejumlah tuntutan komplot pelbagai kejahatan komputer, dan penipuan melawan lembaga-lembaga kewangan di Seattle, Los Angeles dan Texas. Di antaranya, mereka mencuri database dari sekitar 50.000 kad kredit. Keduanya didenda dan dihukum tiga tahun penjara.

6. Roper, Red_Skwyre, dan Dragov
Tiga orang ini adalah dalang dari jaringan kejahatan dunia maya dengan memeras wang dari bank-bank, Kasino-kasino internet, dan pelbagai bisnes web lainnya. Strategi mereka sederhana, yakni meng-hack dan menahan proses transaksi akaun untuk sebuah tebusan sebanyak 40.000 dollar. Didakwa menyebabkan kerosakan langsung lebih dari 2 juta poundsterling dan kerosakan-kerosakan tidak langsung sekitar 40 juta poundsterling. Dalam bulan Oktober 2007, trio itu dinyatakan bersalah dan dijatuhi hukuman lapan tahun penjara.

7. Bandit
Bandit memanipulasi kira-kira 500.000 komputer dan menyewakannya untuk aktiviti kejahatan. Dia ditangkap pada bulan November 2005 dalam sebuah operasi FBI, dan dihukum 60 bulan penjara, dan diperintahkan untuk menyerahkan sebuah kereta mewahnya berharga 58.000 dollar yang berasal dari hasil kejahatannya. Dia juga diperintahkan untuk membayar 15.000 dollar sebagai ganti rugi kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk komputer-komputer tentera yang terinfeksi virus.

SUMBER
Sigbritt Lothberg, 75 tahun sangat bertuah apabila mencipta rekod bukan kerana wanita tertua melayari internet tetapi memiliki sambungan internet jalur lebar terpantas di dunia iaitu 40GBps. Sambungan internet ini sangat laju sehinggakan dia boleh melihat live streming High Defination TV/Video ( Full HD Streams) dengan jelas tanpa masalah. Kerja untuk muat turun filem video berdefinasi tinggi juga hanya memerlukan dua saat sahaja.
Kalau tak silap hacker Malaysia mencatatkan kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.Jadi, kenapa Sigbritt begitu bertuah mempunyai sambungan sepantas itu?Ini kerana anak nya Peter Löthberg merupakan pakar dalam bidang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat CiscoApa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai dialah teknik modulasi terbaru yang di cipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.Dengan terbuktinya sambungan 40GBps itu, Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projeknya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.sumber

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.


Tahap 2:

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).


Tahap 3:

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.


Tahap 4:

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran.  Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau penyebab buasir ialah :

soalan lazim untuk info anda :-

1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?

J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk  mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.

2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia? 

J: Syarat kelayakan adalah:

Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. 

3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?

J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.  

4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon? 

J: Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.  

5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?
 
J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

6. S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?  

J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.  

7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
 
J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.  

8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?

 J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.  

   
 9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?        

J:      Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?

J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.  

11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
 
J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini. 

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.  

12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ?

J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.  

13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?

J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.  

14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?
 
J: Permohonan tidak berjaya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
Anda telah mendaftar lebih daripada sekali

15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?
   
J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan  di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.

16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?

J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.  

17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?
 
J: Tidak layak.  

18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
 
 J: Anda dikehendaki untuk membuat  Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.  

19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
 
J:  Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.  

20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?

J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

sumber : inisiatif jalur lebar negara




Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah “vein directum”. Buasir keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk, akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur & ia memang bercampur darah.
Menurut perubatan Siddha Ayurvedha, terdapat 9 jenis buasir diikuti oleh komplikasi perut, kolon dan rektum di kalangan manusia dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Buasir berdarah atau Hemorrhoids.
baju kesayangan anda baru beli di sogo, midvalley, ioi mall, sunway piramid atau sebagainya baru sahaja keluar tanda kuning di ketiak. pemandangan kurang enak ini akan menjadikan anda kurang kemaluan untuk keluar bersama teman, sahabat handai mahupun keluarga bukan. baiklah, saya ada beberapa cadangan yang munasabah untuk anda praktikkan untuk menghilangkan ketiak kuning tersebut. cara-caranya :-

  • Untuk baju warna putih gunakan baking soda, peroksida, dan air dengan perbandingan 1 : 1 : 1. Buatlah larutan dari tiga bahan tersebut. Ambillah larutan tersebut dan bubuhkan pada noda, gosok perlahan dengan handuk kecil antara 30 detik - 2 menit dan diamkan selama minimal 30 menit. Setelah itu gosok lagi dengan sikat gigi yang lembut untuk menlonggarkan kekakuan pada kain. Kemudian cuci bersih seperti biasa dengan air hangat atau dingin.
  • Untuk baju berwarna terang (biru, kuning, pink), uji dulu dengan langkah pertama di tempat yang mencolok sebelum mencoba perawatan di bagian bawah lengan. Jika warna tidak memudar, lanjutkan seperti langkah untuk kemeja putih.
  • Warna gelap pulak, lakukan pencucian dengan menggunakan air dingin dan tambahkan satu cangkir cuka putih. Rendam selama minimal 30 menit. Tiriskan air cuka dan cuci seperti biasa dengan air dingin.

seni yang osem..hehe