Sikap VS Manusia

Salam sejahtera semua, selamat malam. hehe. hari jumaat ni mungkin hari yang sangat bahagia untuk anda sumerkan.kan. hehe, bukan ape, esok cuti.so, bolehla merambu-ramba di mana celah ceruk pelusuk kita boleh pegi bersama (3K) kawan,kekasih atau keluarga. so entri kali ini saya ingin mempersoal diri ini dan juga korang sumer di luar sana tentang satu topik. SIKAP !

Sebenarnya setiap manusia yang hidup di muka bumi ini perlu berkomunikasi dengan makhluk yang lain dan sikap ini sinonim kiranya saya katakan apabila seseorang itu sudah mesra dalam komunikasi ini, maka timbullah sikap yang semulajadi di tonjolkan kepada sesiapa yang berada disisi kita. betul atau tidak, korang mungkin ada jawapannya, tapi, simpan dahulu..hehe.
Dalam komuniti kita di negara aman makmur ini sikap ini lama kelamaan akan berubah menjadi satu tabiat dan akhirnya ia menjadi budaya serta tamadun untuk satu jangka masa yang lama. sebenarnya sikap ini melambangkan keperibadian seseorang, betul. dan sikap ini dipengaruhi oleh zaman silamnya atau mungkin ambilan daripada sikap kedua ibu bapanya.
Dalam aspek perubahan sikap pulak, setiap individu itu yang inginkan perubahan haruslah mempunyai semangat atau satu matlamat yang khusus sebelum ia melakukan perubahan sikap. seperti contohnya, "ahmad berubah sejak beliau sudah ketiadaan kedua orang tuanya yang meninggal akibat kemalangan ( ahmad dahulu seorang mat rempit joki terkenal di sebuah kampung).
mungkin ada juga aspek-aspek lain yang mungkin korang tahu. jadi kepada rakan-rakan semua. silalah komen jika apa yang saya nyatakan di sini tidak menepati langsung, atau tidak tepat, atau apa jua yang ingin ditegur untuk penulis baru seperti saya.
sekian..
p.s : boleh ker entry macam ni eh ??

2 comments:

Anonymous said...

jaga diri dan peribadi kita lagi lagi dalam dunia yang kian mencabar. sikap adalah cermin diri seseorang. kalau baik, cantiklah ia dan begitulah sebaliknya.

nangit86 said...

betul tu.. :D