Yer.. mesti gempar bila kita lihat mahkamah main akta-akta dengan seksyen ni. Baru-baru ini terjadi satu kisah yang mungkin membuatkan seseorang menyesal tak sudah. bak kata pepatah "menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian....(sambungkan)...
Begini cerita nya. Seorang lelaki 25 Tahun yang hangat bercinta, bekerja sebagai pengedar barang dan sanggup tidak membenarkan kekasihnya pergi ke K.L untuk berkursus (MLM) jualan langsung telah membuat satu panggilan hangit (palsu) kepada Ibu Pejabat Polis Tapah pada khamis lepas dan memberitahu bahawa terdapat bahan letupan di landasan keretapi antara salah satu jambatan di laluan keretapi Bidor -Tanjung Malim. Akibatnya laluan udara terpaksa ditutup dan lebih 1200 penumpang terkandas akibat kejadian tersebut. Siasatan polis pulak menemui satu bonggol di Km 259.25 Slim river yang hanya sekeping tikar dan beberapa botol kosong. Itupun selepas polis meletupkan bonggol itu. Suspek ditahan di Teluk Intan dan 4 hari reman serta kesnya disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 7 Tahun, denda atau kedua-duanya sekali.....
p.s : pergh... inilah dia kawanku semua OMBAK RINDU.....Cinta sampai mati..hehehe, kalau anda kat tempat lelaki itu..sanggupkah anda ??? hehe..chill :-D
3 comments:
cerita apa ni??ombak rindu???
HMMM??
berita sooooooour, kt ipoh.real nye..
Post a Comment