Pengertian Kaunseling VS Bimbingan

PENGERTIAN KAUNSELING
Pengertian kaunseling dalam zaman pascaindustri menjelang zaman maklumat pada alaf 200 sudah berubah merangkumi pelbagai kemajuan teknologi, perhubungan dan maklumat. Pengertian kaunseling kini sudah mencakupi segala aliran pengetahuan yang pernah pada suatu ketika dahulu dihadkan hanya kepada konsep bimbingan sahaja. Pada hakikatnya, kaunseling merupakan proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan. Usaha tersebut adalah hasil pemangkin yang berpunca daripada orang yang memberi pertolongan.
PENGERTIAN BIMBINGAN
Bimbingan pula adalah proses menolong. Bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya penyampaian maklumat yang diinginkan oleh penerima daripada pemberi diperlukan oleh penerima bagi menentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Pengertian kaunseling sezaman yang sejagat sekarang sudah mula mencakupi kawasan yang bermaksud bimbingan. Proses ini teserlah dengan wujudnya pelbagai pendekatan dan teknik yang mengandungi unsur kognitif terarah bagi memberi kesedaran wawasan psikologikal kepada seorang insan untuk membuat alternative penyelesaian yang sewajarnya.

0 comments: