Perlukah Kaunseling

Kaunseling adalah suatu bidang sains perlakuan terapan. Ia berasaskan ilmu pskologi, pendidikan, sosiologi, pengurusan dan perkembangan manusia, sains kaunseling telah diterima sebagai satu bidang pengetahuan yang penting. Ilmu psikologi dan sains kaunseling berkembang dengan pesatnya pada tahun 1879, apabila William Max Wundt meneroka bidang ini dengan membuka satu makmal psikologikal yang pertama di University of Leipzig di negara Jerman (Shertzer dan Stone, 1980;Gibson dan Mitchell,1990;Othman,Rahil dan Majid,1995). Bermula dengan penubuhan Institut Psikologikal di university tersebut, perlakuan manusia mula diteliti secara cerapan yang sistematik. Pada akhir abad ke 19,
usaha bagi memahami minda manusia telah berkembang dengan pesat di benua Eropah dan juga di Amerika Syarikat. Tokoh seperti James McKeen Cattel di Amerika Syarikat telah menerokai penulisan tentang kefahaman intelek dan merupakan penulis pertama mengemukakan ujian mental dalam penulisan psikologi. Manakala di negara Perancis, Alfred Binet telah menggubal satu ujian kecerdasan Binet Simon Scale pada tahun 1905 (Anastasi,1990). Sebagai satu bidang ilmu yang menerapkan sains perlakuan dan segala aspek ilmu perkembangan manusia, kaunseling telah melalui beberapa tahap pengertian mengikuti zaman.
Perkembangan kaunseling di negara Malaysia amat penting dalam pendidikan bagi melahirkan profesion yang sealiran dengan kegiatan ekonomi. Pada tahun Perang Dunia Kedua, perkembangan pendidikan dan kemajuan pembangunan persekolahan lebih mantap di Bandar-bandar daripada di desa. Hamper kesemua sekolah yang utama ditempatkan di kawasan Bandar, seperti Penang Free School di Pulau Pinang, Anderson School di Ipoh, Victoria Institution, St John Instution di Kuala Lumpur, English College di Johor Bahru dan Malay College di Kuala Kangsar. Ramai negarawan dan professional ulung yang pernah belajar di sekolah-sekolah tersebut dengan aliran Bahasa Inggeris. Pendidikan melalui aliran bahasa Melayu di Tanah Melyu sebelum Perang Dunia Kedua terhad dan dasar ini telah menyekat peluang kerjaya rakyat daripada kumpulan etnik Melayu menceburi pekerjaan professional.
Bagaimanapun, pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, pendidikan di Malay College Kuala Kangsar menjadi lebih terbuka dan berasaskan pendidikan bagi anak-anak Melayu pintar. Dalam program ini, selain daripada menempatkan anak-anak daripada golongan bangsawan etnik Melayu. Anak-anak Melayu yang pintar daripada semua golongan masyarakat Melayu, setelah diukur dengan pencapaian peperiksaan, juga dipilih untuk mendapat peluang pendidikan di sekolah tersebut (Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin dan Abd Majid Mohd Isa, 1995).

0 comments: