Beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.
 Antaranya;

#1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

#2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

#3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!

#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

#5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.

#6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

#7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb.


sumber
Baiklah, mari kita lihat beberapa tips asas dalam membeli rumah pertama anda.

1. Semak status kewangan anda

Kebanyakan dari kita akan membeli rumah melalui kaedah pinjaman kewangan justeru langkah pertama anda ialah dengan menyemak status kewangan anda. Semak kembali aset dan liabiliti anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank.

Kalau anda beli rumah dengan bayaran tunai, memang tiada masalah ;)

2. Tentukan anggaran bajet anda

Setelah yakin anda mampu untuk membeli rumah dengan status kewangan anda, tentukan anggaran bajet anda untuk rumah yang anda akan beli. Masukkan sekali kadar faedah pinjaman dan juga kos-kos tambahan seperti renovasi, cukai dan juga yuran komuniti penduduk ke dalam bajet anda.

Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman yang kami sediakan untuk memudahkan anda menentukan anggaran bajet anda.

Apaibla anda sudah dapat menentukan anggaran bajet anda tersebut, fokus perbelanjaan anda pada pembelian rumah untuk memastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik.

3. Bertemu dengan pemberi pinjaman

Langkah seterusnya ialah dengan bertemu dengan pemberi pinjaman iaitu pihak bank. Terpulang kepada anda untuk memilih dari pihak mana anda ingin membuat pinjaman. Salah satu tips ialah dengan memilih pihak bank yang tidak terlalu memilih dan mempunyai syarat yang longgar.

4. Bertemu dengan perunding hartanah

Sekiranya anda sudah cukup yakin yang anda boleh menguruskan urusan jual beli rumah dengan sendiri, anda boleh skip langkah ini namun memandangkan prosedur jual beli rumah bukanlah satu prosedur yang mudah dan anda perlu berurusan dengan pihak kewangan dan juga peguam ditambah pula dengan kesibukan dalam hari-hari anda, bertemu dengan perunding hartanah akan membantu anda untuk mendapatkan rumah yang anda idamkan.

Ini adalah kerana pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka pada hari ini gemar memilih perunding hartanah untuk memudahkan urusan jual beli rumah mereka dan perunding hartanah boleh mencadangkan rumah-rumah yang terbaik untuk anda.

5. Melihat kawasan persekitaran rumah

Setelah mendapat cadangan rumah yang ingin anda miliki ataupun rumah yang telah anda pilih tersebut, cuba lihat dahulu kawasan persekitaran rumah tersebut. Adakah jalan utama yang menghubungkan anda dengan pusat bandar ke kawasan perumah selalunya sesak teruk, adakah kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan yang tidak anda suka dan sebagainya. Hal ini penting kerana anda sudah tentu akan tinggal di rumah ini untuk satu jangka masa yang lama.

6. Membuat pemeriksaan rumah

Jangan sekali-kali membuat pembelian rumah sebelum anda memeriksa keadaan rumah tersebut sehingga anda puas hati. Setelah bersetuju dengan perunding hartanah untuk membawa anda melihat keadaan dalam rumah tersebut (home viewing), pastikan anda memberiksa keadaan rumah tersebut sepenuhnya. Ruang tamu, bilik tidur, sebarang kebocoran dan sebagainya. Ini adalah kerana selepas anda membayar wang pendahuluan dan booking, sudah terlambat untuk anda menyesal sekiranya anda mendapati ada kecacatan atau kerosakan pada rumah tersebut.

7. Memuktamadkan pembelian anda

Setelah anda berpuas hati dengan rumah yang ingin anda miliki tersbut, serahkan urusan kepada prunding hartanah untuk menjalankan prosedur jual beli rumah untuk anda. Selalunya anda akan diminta mengisi borang tertentu dan membayar wang booking sebanyak 3%. Pastikan anda membaca borang yang akan anda isi dengan teliti. Kemudian follow up perkembangan prosedur jual beli rumah anda dengan perunding hartanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Langkah terakhir di dalam pembelian rumah anda ini sudah pastilah dengan anda akan mendapat kunci rumah dan anda akan memulakan hidup baru di rumah idaman anda itu.
sumber