INFO : Tenaga untuk otak

KEBANYAKAN ibu bapa mahu anak mereka mendapat yang terbaik dalam hidup, terutama perihal pelajaran. Dalam dunia yang semakin menuntut daya saing tinggi, ibu bapa akan mengambil langkah utama untuk memastikan anak mereka menerima pendidikan terbaik.
Sesetengahnya menghantar anak ke sekolah swasta atau menggaji pengajar peribadi untuk memberi kelas tambahan di rumah. Namun, ramai ibu bapa mungkin terlepas pandang satu cara mudah tetapi berkesan untuk merangsang pencapaian anak mereka iaitu melalui pengambilan sarapan pagi. 
Gaya hidup yang semakin sibuk menyebabkan ramai mungkin mendapati sukar menyediakan sarapan pagi yang sesuai setiap hari.

Sedih tetapi benar, ramai mungkin tidak mengambil sarapan kerana bangun lewat atau terlalu letih untuk memasak. Akibatnya, ramai kanak-kanak tidak mendapat keperluan zat harian mereka untuk membesar dengan sempurna.

Kebiasaannya kita menikmati makan malam pada jam 7 atau 8 malam iaitu sebelum tidur. Bayangkan berapa lama perut kita kosong jika tidak mengambil sarapan pagi keesokannya?
Selepas semalaman tidak mengambil sebarang makanan, kadar gula dalam darah sebenarnya sudah menurun dan rendah.

Kadar gula dalam darah yang rendah akan menimbulkan gejala hipoglikemia seperti mengantuk, cepat letih, daya tumpuan dan kerja menurun.

Kajian saintifik menunjukkan, hidangan sarapan boleh memberi kesan dramatik kepada kemampuan belajar kanak-kanak. Sarapan menguatkan daya tumpuan, masa tindak balas, kebolehan belajar, perasaan dan ingatan, manakala tidak makan sarapan mengurangkan semua perkara berkenaan mengakibatkan jatuhnya prestasi kanak-kanak di sekolah.

Pakar nutrisi Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah berkata, ibu bapa memainkan peranan penting membantu kanak-kanak memenuhi keperluan zat harian dan pilihan makanan harian seboleh-bolehnya mengikut rangka piramid makanan demi memastikan mereka mendapat gizi seimbang setiap hari.

Satu kajian di Universiti Cardiff, Wales baru-baru ini menunjukkan, mereka yang makan sarapan berserat tinggi kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus, kebarangkalian kemurungan lebih rendah dan menunjukkan kemahiran kognitif lebih baik.

Serat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama.

Pengurus Produk Horlicks, Junie H’ng berkata, hidangan untuk sarapan sebaik-baiknya mudah tetapi mempunyai nilai khasiat tinggi.

Katanya, ini penting, terutama pada waktu pagi, kerana pada masa itu kanak-kanak mungkin tiada selera untuk makan.

“Bangkitkan selera mereka dengan memberi minuman suam atau panas. Antara cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan segelas minuman malta panas.
Minuman malta segera ini diperkuatkan dengan serat dan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan,” katanya.

Minuman malta mempunyai pelbagai khasiat seperti kalsium, vitamin A, B1, B2, C, D, asid folik, zat besi dan serat. Ini memastikan minuman malta menjadi pilihan baik untuk kanak-kanak serta keluarga mereka untuk sarapan mahupun minum petang.

Minuman malta biasanya mengandungi gula semula jadi yang cepat memberi tenaga kepada badan. Malah, ia memberikan dua kali ganda kalsium berbanding susu biasa.

“Selain enak dan penuh dengan khasiat, minuman malta senang didapati di mana-mana. Ini secara tidak langsung menggalakkan ibu mempelbagaikan penyediaan minuman malta bergantung kepada kreativiti sendiri.

“Sebagai contoh, ibu boleh menambah minuman malta dengan bijirin sarapan kegemaran anak atau sebagai bahan dalam roti untuk menambah rasa. Minuman malta juga sesuai ditambah kepada oat, coklat, madu dan untuk pencuci mulut.

“Lebih penting, mereka yang ada keperluan pemakanan istimewa seperti yang mengambil gizi cecair atau apa saja pemakanan untuk penghidap gastrik boleh menikmati minuman malta yang mudah tetapi berkhasiat,” katanya.


Kebaikan makan sarapan sihat:


  • Perhatian, tumpuan dan produktiviti lebih baik di tempat kerja, sekolah atau rumah




  • Mengekalkan berat badan yang sihat 




  • Membangunkan satu tabiat pemakanan sihat sejak kecil 




  • Mempunyai nutrien yang penting 




  • Membalikkan kesan berpuasa semalaman: cepat marah dan keletihan 




  • Menurunkan kolesterol 




  • Meningkatkan kadar metabolisme 




  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar

  • sumber daripada : harian metro/ahad
  • Post a Comment