Hanya Kerana Sebiji Topi Keledar

Jam tangan ku sudah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. dengan bingkas aku bangun untuk turun makan bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Belum sempat mengangkat punggungku, disapa oleh rakanku, " weh!, teman aku jap, aku nak gi ambik xbox aku kat shah alam " sapanya.  aku dengan pantas mencelah," shah alam kat maner ?." kataku dengan muka yang biasa."Ala... dekat Alam Sentral jer, jomla!," katanya. tanpa berfikir panjang aku terus mencapai topi keledarku dan pergi bersamanya . . .
Setelah selesai urusan di sana, selepas mengisi perut kosongku yang dari pagi tidak di isi lagi, kami turun dengan riang sekali menuju ke motor, alangkah sayup hatiku seperti luluh ingin menunggu retak. aku rasakan seakan kurang sesuatu di celah bingkisan bibit-bibit tempat duduk motor kami. "Hah!!! Helmeeeettt aku...." jeritku. "alamak!, sorry la weh.... " kata kawanku dengan nada kesal. Ternyata tiada lagi bayang mahupun bentuk topi keledarku disisi motor. aku dengan hampa pulang semula ke pejabat dengan berbekalkan topi keledar yang masih tinggal satu lagi di sisi motor....
Ternyata Topi Keledarku telah DIIIIIIREMMMBATTT !!!!!!!

p.s : kepada anda semua, berhati-hatilah untuk parkir motor anda di pasaraya, berbaloikah RM1.00 jika anda simpan di tempat simpanan topi keledar berbanding anda gantung sahaja di tepi motor anda ? boleh suakan pendapat anda di bawah. terima kasih semua ..
Post a Comment