Kimia-kimia ini wujud seperti racun (toxins) yang mempunyai empat kesan buruk iaitu:
Ø Merosakkan sel dan tisu, serta menganggu gugat fungsi pelbagai enzim dan asid amino.
Ø Mengalirkan tenaga untuk respon lawan, lari atau survival.
Ø Menggunakan terlalu banyak tenaga (glukos), vitamin, zat galian dan enzim kerana emosi negatif memerlukan lebih banyak tenaga dari emosi yang tenang.
Ø Menggunakan banyak bekalan oksigen untuk gerak-geri badan dan tubuh yang geram, muka marah serta jeritan dan perasaan keras. Dalam keadaan ini bekalan oksigen ke otak akan berkurangan.
Akibat dari kesan buruk di atas ialah:
Ø Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yang keras, kuat atau marah.
Ø Tubuh bacan, sel dan tisu mudah rosak.
Ø Mudah letih.
Ø Keuzuran lambat pulih.
Ø Susah faham, cepat lupa dan tidak mampu untuk konsentrasi.
Ø Menjadi kebiasaan untuk mudah marah, benci, dengki, jahat dan segala emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus.
Ø Susah dan sukar mendapat ketenangan.
Ø Mudah mendapat penyakit seperti darah tinggi dan jantung.
Sekarang kita sudah faham mengapa Islam menganjurkan kepada umatnya supaya banyak bersabar. Dan orang yang bersabar tempatnya ialah di sisi Allah dan menjadi hamba yang paling di kasihiNya.
Seperti di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”
Surah Ali Imran: 146
Berbalik kepada perkara di atas, kita berfikir melalui fungsi dan tugas otak. Otak yang nisbah beratnya adalah 2% hingga 5% dibandingkan dengan berat badan, memerlukan lebih dari 20% nisbah bekalan oksigen. Jika berkurangan fungsi otak kita akan terjejas dan tergugat seperti mula pening, pelupa, mengantuk, pengsan, sawan, koma atau mati. Apabila kita mudah stress, marah, geram, benci dan khianat maka fungsi otak kita akan mudah terjejas.
Oleh itu, antara cara boleh meningkat kesabaran apabila menempuh pelbagai cabaran kita sama-sama praktikan cara berikut:
Ø Selalu bernafas yang mendalam (deep breathing).
Ø Bernafas secara rentak (rhythmic breathing).
Ø Sering lakukan: bernafas dalam kiraan 7; tahan nafas dengan kiraan 7, lepaskan nafas dalam kiraan 7. Ulanginya lagi.
Ø Selalu amalkan latihan bernafas di atas sambil berzikir.
Ø Berdiri dan tolak tangan dan kaki (stretch) sejauh-jauhnya (stretch body, hands and legs) bertahan dalam keadaan tersebut dalam kiraan 15-20. Ulang 3-5 kali atau lebih.
Ø Dalam keadaan duduk, kita buat latihan tekanan otot tangan, leher dan peha.
1 comments:
terima kasih kerana memberi info ;)
Post a Comment