NYAH Kau Kuman !!!

KAJIAN dilakukan Universiti Arizona di Amerika Syarikat, mendapati kira-kira 200,000 bakteria pada setiap 12.9 sentimeter persegi lantai. Justeru itu, bayangkan lantai di kediaman kita tidak mustahil dipenuhi bakteria atau kuman berbahaya.

Sehubungan itu, kediaman yang sempurna, bersih dan terpelihara daripada kekotoran atau bahaya adalah syurga bagi keluarga, terutama jika mempunyai anak kecil yang tidak tahu membezakan persekitaran selamat mahupun tidak, bersih atau kotor.


Selain lantai, kawasan seperti bilik air, tandas dan dapur terutama permukaan sinki antara kawasan yang mungkin dihuni bakteria berbahaya tetapi tidak dapat dilihat mata kasar manusia menyebabkan kita hanya membersihkan setiap hari sambil lalu tanpa terfikir bahawa bakteria masih kekal di situ.





Di Malaysia, kesedaran terhadap kewujudan bakteria, virus dan kulat di tempat yang tidak dapat dilihat masih berada di tahap rendah.


Menyedari hakikat itu, jenama peluntur nombor satu negara, Clorox dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC) menganjurkan Bulan Mencegah Jangkitan Kuman (IPMM).


Kempen yang berlangsung selama sebulan itu diadakan setiap Oktober dan diharap dapat meningkatkan kesedaran selain membantu rakyat negara ini mencegah kuman punca utama penyakit.
Ia juga secara tidak langsung mengetengahkan pendekatan menyeluruh di samping memberi petua dalam usaha mencegah jangkitan misalnya tahap kebersihan diri yang baik, pengendalian serta penyediaan makanan secara bersih dan selamat selain cara hidup sihat, imunisasi dan penjagaan ahli keluarga sakit.


Presiden MSIDC, Prof Dr Yasmin Abdul Malik, berkata penyakit berjangkit kian menjadi masalah global yang sangat membimbangkan dan penambahan jenis virulen patogen (penyebab penyakit) juga memburukkan keadaan di serata dunia.

“Sejak 20 tahun lalu, kita mengesan peningkatan prevalen jangkitan biasa. Kini kita berhadapan epidemik bermusim dan pandemik pada skala yang belum pernah dialami sebelum ini.


“Disebabkan itu, orang ramai tidak terdaya melawan ancaman ini walaupun hakikatnya terdapat cara yang mudah mengatasinya. Apa yang diperlukan adalah pengetahuan asas dan beberapa langkah pencegahan mudah menghalang penyakit ini daripada terus merebak,” katanya.


Beliau berkata, penekanan diberi terhadap isu kebersihan persekitaran dan pembasmian kuman pada permukaan kerana meskipun ramai sedar kedua-dua isu berkenaan, masih kurang yang mengambil berat sedangkan kelalaian terhadap isu ini menjadi penyebab utama jangkitan.


“Hari ini terdapat pelbagai jenis vaksin dan ubat bagi membantu mencegah jangkitan tetapi petua pencegahan mudah seperti sanitasi dan penjagaan kebersihan perlu diberi keutamaan setiap individu dan inilah sebabnya kita perlu mengingatkan orang awam mengenai cara betul membasmi kuman di tempat tinggal, kerja, makan dan bermain,” katanya pada majlis pelancaran itu.


Majlis itu turut diikuti seminar dihadiri ahli profesional penjagaan kesihatan termasuk Ketua dan Pakar Kanan (penyakit berjangkit), Dr Christopher Lee yang juga memberi ceramah mengenai Trend Semasa dalam Penyakit Berjangkit: Kepentingan Pencegahan serta Ahli Mikrobiologi; dan Profesor Jabatan Tanah, Air dan Sains Persekitaran Universiti Arizona, Prof Dr Charles Peter Gerba.


Dalam temubual yang diadakan di Balai Berita baru-baru ini, Dr Gerba menegaskan penting bagi setiap rumah terutama yang mempunyai anak kecil, menjaga kebersihan bagi mengelak jangkitan kuman yang seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit seperti demam dan selesema.


“Penyakit berjangkit adalah penyebab ketiga kematian di Amerika Syarikat hari ini, namun bagi negara membangun, ia adalah yang pertama. Kira-kira 80 peratus jangkitan biasa seperti selesema dan cirit-birit merebak melalui persekitaran (udara, air dan makanan).


“Tempat seperti sinki, lantai dapur, papan pemotong, tempat duduk tandas adalah lokasi utama yang digemari bakteria. Hasil kajian mendapati lantai bilik air antara tempat paling digemari bakteria dengan 18,025 diikuti lantai dapur, 2,546 dan permukaan dapur sebanyak 1,686,” katanya.


Kajian di Amerika Syarikat turut mendapati, pembasmi kuman menghalang 50 peratus ketidakhadiran di sekolah. Kesimpulannya, kebersihan yang baik memberi kesan kepada kesihatan manusia daripada pembangunan vaksin dan antibiotik.


Turut hadir dalam sesi temubual ialah Pengarah Kesihatan Global Clorox, Ricardo J Leon. Beliau berkata Clorox sudah menjalankan tanggungjawab sosial korporat di kebanyakan negara dan peluntur ini diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


“Kebanyakan pembasmi kuman lain perlu digunakan tanpa campuran air supaya ia boleh membunuh kuman. Jika anda inginkan lebih kepastian, periksa label dengan teliti dan lihatlah sendiri hasilnya.


“Ia turut disyorkan pihak berkuasa kesihatan, WHO serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat juga mengesyorkan penggunaan peluntur bagi membunuh virus, bakteria dan kulat seterusnya membantu menghentikan penyebaran jangkitan,” katanya.


Pengarah Pemasarannya, Lee Swee Chin pula berkata, banyak sebab mengapa rakyat negara ini perlu memilih Clorox terutamanya kerana ia adalah jenama peluntur peneraju pasaran Malaysia.


“Ia juga terbukti secara saintifik membunuh 99.9 peratus kuman, tidak berasid atau menghakis, paling efektif apabila digunakan mengikut sukatan betul dan paling utama, untuk membasmi kuman Clorox,” katanya.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Basmikumanpersekitaran/Article/artikelMA

2 comments:

Mr Han said...

ha tu la psal..aku ingat kuman tue asal dr kokdiang la..die mai dr cna tue yg wa x bleh tahan tu..

jgn lupe 27 nie de kenduri..ye ajis yg keje dewan bandaraya tue yg kawen..anak tok penghulu..

sekian..

nangit86 said...

hehe.
mr han biar betul ni..hehe