Sejak kebelakangan ni, makin jarang saya updated blog ini. macam maner la nanti..erm..
saya harap selepas ini saya dapat isi balik ruang kosong semua ni..
Anda mengalami masalah 

  • berat badan, 
  • kemurungan, 
  • keletihan,
  • cepat marah, 
  • sakit otot, 
  • sakit sendi, 
  • masalah tidur  
  • stres.
masalah ini juga berlaku kepada wanita dan lelaki yang dalam lingkungan umur 20-30an bukan. berlaku perubahan NEGATIF kepada kehidupan seharian dan juga sikap malas yang membuak-buak. Sebenarnya ramai lagi yang masih tidak tahu yang mana mereka mengalami masalah hormon, iaitu ketidakseimbangan hormon.
Hormon memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan, cerminan penampilan dan emosi. Badan manusia bergantung pada hormon untuk tidur, bangun pagi setiap hari, berfikir dengan jelas, membantu pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, berat badan dan paras rupa.
EARsAlert2...
Emergency Assistance and Response Services (EARs)
Hanya menekan butang yang bewarna merah, maka dengan sekejap sahaja 5 rakan anda akan dihubungi dan mereka akan mengontek anda ketika anda dalam kesusahan (kereta rosak) atau dalam bahaya diserang sebarang bentuk serangan yang mengancam nyawa..so, review sikit ape bende ni..



Perisian EARsAlert2 adalah sebuah perkhidmatan pertolongan yang perlu dimiliki oleh setiap individu terutama golongan wanita. Ia terbahagi pada dua bahagian iaitu perlindungan keselamatan diri dan automotif.


Cara ia berfungsi sangat mudah iaitu selepas butang ditekan. Dalam masa lima saat, sistem amaran automatik berfungsi serta-merta. Perisian EARs boleh dimuat turun secara percuma di iTunes.


AGAK berbeza dengan penyakit lain, Hepatitis C merupakan jangkitan yang sukar dikesan oleh pesakit sendiri kerana ia selalu menyerang tanpa membawa simptom, membawa simptom yang tidak menonjol atau tidak berpanjangan.

Hepatitis C sering menerima gelaran sebagai pembunuh senyap kerana ramai pesakit tidak mengetahui diri mereka dijangkiti sehingga bertahun-bertahun malahan berpuluh tahun lamanya.

Apa yang menyedihkan, kebanyakan kes Hepatitis C hanya diketahui selepas umur 40 tahun walaupun ramai pesakit tersebut dipercayai telah menghidap virus berkenaan tersebut jauh lebih awal.


ALOR SETAR 4 Jan. - Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pencuci kontrak selepas disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zulkifli Md. Ridzuan, 36, selepas mendapati keterangan saksi pembelaan untuk menyangkal keterangan lapan saksi pendakwaan tidak berasas dan pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes.

"Selepas mendengar dan meneliti semua keterangan, mahkamah tiada budi bicara dan tiada hukuman lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh,” katanya.

Mohd. Zulkifli, berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang, dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 2,532 gram di hadapan gerai Rumah Makan Intan Penjaja, Taman Cengkok, Lunas, di Kulim pada 9.30 malam 19 Ogos 2010.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam J.M Martin. — BERNAMA



Utusan Malaysia Online - Terkini
Haaaaaa.. ada satu citer baru akan datang tak lama lagi. meh kita tengok citer apakah ini.
Review filem....

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?


Boleh anda bayangkan apabila diacukan pistol dari jarak dekat dan hanya tinggal penekan picu pistol itu dilepaskan.... pistol itu tidak berfungsi, hanya tuhan sahaja yang tahu nyawa anda bukan diambil hari ini. Itulah yang telah terjadi kepada seorang ibu yang disamun dan nyaris meragut nyawanya sendiri apabila 2 ekor penjenayah berpistol telah menceroboh kediamannya petang kelmarin. Wan Zuriani Wan Abd. Hamid 46 baru sahaja pulang daripada majlis kenduri (Sepang) bersama 2 orang anaknya yang sedang bermain bola di hadapan rumahnya berumur 17 dan 15 tahun. penjenayah yang terus meluru tanpa memberi salam dahulu telah menjerit "hutang-hutang... jangan bergerak !". Sambil mengacukan pistol kepada 3 beranak itu, satu pergelutan telah berlaku mengakibatkan suspek telah melepaskan 2 das tembakan ke arah lantai dan pagar rumah. Suspek itu dengan aksi 18SG telah mengacukan pistol itu tepat pada dada Makcik Wan namun gagal untuk melepaskan tembakan akibat picu pistol itu terlekat,atau rosak akibat pergelutan tadi. Hasilnya penjenayah itu melarikan diri dan sempat merembat beg tangan Makcik Wan dan menghentak kepala anaknya menggunakan topi keledar. Namun tiada kehilangan nyawa, namun mimpi ngeri ini mungkin akan menyebabkan trauma kepada mereka

p.s : berhati-hatilah walaupun rumah anda berada di kawasan awam dan kelihatan oleh orang ramai..bahaya sekarang ni kan..em..

KURANG daya tahan melawan penyakit menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan penyakit seperti selesema dan demam.

Namun, selepas tiga tahun penyelidikan yang panjang oleh Dr. Jose Miguel Sempere Ortells yang bertugas di Jabatan Bioteknologi, Universiti Alicante, Sepanyol, menemui satu lagi penemuan baharu kebaikan sejenis air yang telah ditemui sejak lebih sekurun yang lalu.


Manjung Setiawan telah menjadikan tempat itu suatu tempat puaka dimana 7 ahli keluarga MAUT bersama-sama hasil pertembungan kenderaan MPV (Honda Stream) mereka dengan lori treler (membawa tong gas)ketika ambang tahun baru semalam. Dengan hasil beberapa cebisan anggota badan yang hampir tercerai dari tubuh di Batu 6, Jalan Lekir-Setiawan. Mayat yang terbujur kaku itu tidak mengerti ajal yang menjemput mereka kerana mungkin terlalu awal baginya untuk menghadap ilahi. Tapi mungkin ini telah tersirat dan ibu bapa mereka hanya mampu untuk berserah dan pasrah dengan takdir yang menimpa. Mangsa-mangsa yang MAUT berikut adalah :
1- Badrul Isa Sulaiman, 19;
2- Mohamad Hadi, 17,
3- Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15,
4- Mohamad Kamil Samsuri, 15,
5- Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15,
6- Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.
7- Mohd. Hisam Mat Zaki, 22,

Cedera ringan (penumpang yang lain)
1- Khairul Faiz Mohd. Noor, 17,  2 orang rakan perempuan mereka

Cedera parah (pemandu treler)
1- Abdul Rashid Abdul Aziz, 49

p.s : Mari sama-sama kita hadiahkan mereka semua dengan Ayat Suci Al-Fatehah, Amin