NYAWA di Hujung Sepucuk Pistol



Boleh anda bayangkan apabila diacukan pistol dari jarak dekat dan hanya tinggal penekan picu pistol itu dilepaskan.... pistol itu tidak berfungsi, hanya tuhan sahaja yang tahu nyawa anda bukan diambil hari ini. Itulah yang telah terjadi kepada seorang ibu yang disamun dan nyaris meragut nyawanya sendiri apabila 2 ekor penjenayah berpistol telah menceroboh kediamannya petang kelmarin. Wan Zuriani Wan Abd. Hamid 46 baru sahaja pulang daripada majlis kenduri (Sepang) bersama 2 orang anaknya yang sedang bermain bola di hadapan rumahnya berumur 17 dan 15 tahun. penjenayah yang terus meluru tanpa memberi salam dahulu telah menjerit "hutang-hutang... jangan bergerak !". Sambil mengacukan pistol kepada 3 beranak itu, satu pergelutan telah berlaku mengakibatkan suspek telah melepaskan 2 das tembakan ke arah lantai dan pagar rumah. Suspek itu dengan aksi 18SG telah mengacukan pistol itu tepat pada dada Makcik Wan namun gagal untuk melepaskan tembakan akibat picu pistol itu terlekat,atau rosak akibat pergelutan tadi. Hasilnya penjenayah itu melarikan diri dan sempat merembat beg tangan Makcik Wan dan menghentak kepala anaknya menggunakan topi keledar. Namun tiada kehilangan nyawa, namun mimpi ngeri ini mungkin akan menyebabkan trauma kepada mereka

p.s : berhati-hatilah walaupun rumah anda berada di kawasan awam dan kelihatan oleh orang ramai..bahaya sekarang ni kan..em..

0 comments: