Air Sejuk


Minum air sejuk setiap hari sebanyak 6 @ 7 gelas boleh menyegarkan badan dan menjaga kesihatan. Air yang diminum sebaiknya hendaklah dimasak setiap kali hendak minum. Minum air masak boleh menghindarkan penyakit berjangkit. Jika anda terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka, minum segelas air sejuk boleh menteteramkan keadaan dan mengawal tekanan darah. Ada orang suka melakukan olahraga dan bersukan tetapi menghadapi masalah, setelah melakukan olahraga atau bersukan, bada selalu tidak sihat dan terasa sakit di setiap sendi. Anda dinasihatkan supaya minum air sejuk yang dicampur dengan garam. Caranya, ambil gelas atau cawan dan diisi dengan air yang sudah dimasak. Dicampurkan dengan garam secukupnya. embunkan air itu di tempat lapang dan bersih udaranya. Apabila bangun daripada tidur, berkumur sedikit dengan air tersebut dan minum baki air yang tinggal. Bagi mereka yang menghidap sakit buah pinggang, minum terlalu banyak air boleh memudaratkan kesihatan. Air hendaklah mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor
Post a Comment